Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Saturday, July 31, 2010

Pasal... Sea Sick? See Six? C6?

Salam,

Bangun pagi, pam susu, duk-dak duk-dak pergi Celcom ambik SIMard baru then pi HSBC ambik security device ganti. Kena bayar RM50 tu.

Then survey henpon. Kat Plaza Masalam, kat Sri Muda. Lepas tu pi rumah MIL.

Balik rumah kami then lepak. Me terlelap. Bangun maghrib then dekat pukul 9 ZwanZwan ajak kluar sebab Eiman lain macam aktifnya. So menonong kami pi Sri Muda.

Masa pilih-pilih tu me rasa macam berat jer... Bayar pun berat... Abih dah 3 tahun guna V8 tu... Dah hafal fungsi ni kat sini, fungsi tu kat situ. La ni nak kena belajar balik... 1 kerja.

However, dah lama ni, rasa ok skit dah... lega dah la tu.

Curse la sesapa yang ambik henpon V8 me tu. Padan muka ko ambik phonetader nilai kalau jual. Dah la phone tu menunggu masa jer. Tak cermat, jatuh tercabut bateri. Disamping kengkadang bila ada clash, phone hang. Cuma selama me beli V8 tu, me tak pernah buka cover plastik dia. So memang nampak macam baru.

Well, that's that!
Nangis darah pun V8 tu tak balik dah... (kot)

Now terima jer la...

Pasal... Nafsu ke Tension ke Lapaq?

Salam,

Lepas henpon kesayang-sayang-sayangan me ilang, me tak keruan. Meja opis semak sampai Mr WeiWei pun tegur, "Eh Nurul, why your table so messy?". I just answered him, "Tension henpon hilang maa.. Am I allow to do that now?". "Oh ya ya. Ya lah ho!".

Then me melilau pi pantry ngap half of half foot subway lebih dari lunch Jumaat Keemasan. Ngap ngap ngap...

Balik terus ke ATM kluarkan duit belanja bulan ni. Then me nampak Secret Recipe. Me borong 2 choc mud cake, 1 blueberri cheescake dan 1 white dark chocolate cheesscake. Gave 1 choc mud cake and bleucheess to Mama Ruby. Then straight to Pasar Malam in Sri Muda.

It was drizzling but we don't care. We brought nasi dagang, nasi kerabu, laksam. Then stop at yong tau foo. Walked then terbau those sedap smell of laksa and got 1. Before going to the car, stop to get myself some leng chi kang.

I ate nasi dagang then laksa. Pagi tadi sebelum pam susu 1 ate half both of the cakes. Maybe later the yongtau foo and is ZwanZwan wake up late, the laksam will be gone! And the cake... and the other moist choc cake that I've bought last Monday...

And Oh! I made myself a jug of rutbeer (cordial) + sparkling mineral water at 1am and drank the whole gulp in 1 go. Cool!

Is it because I lost my henpon? Or I'm just too famish?

I don't know... can't think straight, hungry again...

Friday, July 30, 2010

Pasal... TERambil?

Salam,

Ada sorang hamba Allah sudah TERambil my henpon.

There I was dalam toilet minding my own business, pumping like usuall, my Sister Ili tepon. Then tengah dapat let down, hangedup then I put down the henpon atas tong sampah bertutup sebelah 'tahta' tu.

Abih sesi mengepam, me trus dashed out sebab ada meeting dengan Big Boss.
Sejam lepas tu baru me perasan...

Me ketuk pintu opis jiran, tinggal pesan.
Me turun jumpa guard jaga bilik CCTV.
Me jumpa ketua cleaner.
Me tampal notis kat toilet.

Hm... kalau untung nasib me, murah rezeki Eiman, dapat balik la.
If Allah nak bagi dugaan lawak SLAPtik ni, me terima jer la.

Me dah usaha nak dapatkan balik... 99% dah cuba. But nak jadi nyata kena 100%. lagi 1% Allah pegang... nak bagi ka? tak bagi ka... me tatau.

Adeh~
Adakah V8 berusia 3 tahun 6 bulan ini tidak akan ditemui oleh Aznie lagi? Wallahhualam~
(Sekadar gambar hiasan)

Thursday, July 29, 2010

Pasal... No More Love?

Salam,

This here Rough Edge
Terry Lee,S-G TO M-Y
You feel me when you talk to much
And I had enough cinta (cinta)
But you talk too much
And I had enough cinta (cinta)

Do you remember the time when
We used to get along
I know that you can't forget
I never did you wrong
And even though I tried to
Get it to your head
Baby a point was not to tell
There's nothing I could do

Picture me shopping,spending,wining and climbing
I'm climbing but I can't reach the top
Baby I'm sick and tired of you lending me on
I think I'll be going I know I better stop

Tiada lagi cinta
That means no more love for me
Sayang.....ku tak mahu
Darling I don't want you
Tiada lagi cinta,tak perlukan cinta
Atau kasih mesra
Shorty.....you feel me

Do you remember the late nights
Car rides you and me
I know that you might forget
That's ok with me
You took my heart away
But I couldn't survive
But here I am now
I'm alright,baby I'm alive

Sayang ku tak mahu
Baby I don't want you
I need you no more
Baby there's no more love
No love no for schizo oh....

What's the ice clock for you got no time
What's the points of fast cars if you count red lights
Shorty let her two two time,but she won't take mine
I'm popping pipelines,like my borderline
Got too caught in it,pop back your back in it

I'm thinking done I'm done with it,I'm throwing the towel in it
No sake to stay with it,'Cos you talk too much
And it ain't my fault,that you lost your touch
So it's no more love,no more VIP
No more late night knocking 'cos you're bothering me
And I'm staying clear,'cos your loves live wire
I'm looking for something higher like Sarah Maya

I'm looking for new things on the lighter side of white
Even though you look hot,you the wrong side of right
I don't care how tight,I don't ca

Wednesday, July 28, 2010

Pasal... Aci Tak?

Salam,

Production susu merudum. Maybe ngantuk, maybe stress, maybe sebab kurang stimulation. MAYBE!

So, terpaksa menipu skit.
Ah tak peduli!

Bak kata oreng-oreng sekarang...
"Ada aku kesah?"

Memang me kesah sangat-sangat :D


Tuesday, July 27, 2010

Pasal... Sudah Tukar La... Maaaaaf!

Salam,

buat pemenang AkuNoi Birthday Contest, me minta maaf sangat sebab tak dapat nak bagi novel secondhand. Turned out buku yang tinggal adalah buku pasal falsafah, perang, pembunuhan.

Maka, me tukar buku tu dengan buku yang lebih berilmiah. Hope you guys tak kisah sangat.

Here it is...
Boleh guna untuk didik anak kita dengan lebih baik, insyaAllah. Ye dok? Ada 10 bab yang terangkan semua perkembangan anak kita, kognitif, bahasa, rohani, emosi, fizikal dan sosial.

Akhir kata, minta maaf lagi sekali sebab janji lain, bagi lain...

Pasal... Kerastangan - Kotak Terpakai

Salam,

Drawer pedi stow me semak, penuh, cramped!
Tingkat atas letak sos, kunci, company stamps dan macam-macam lagi.
Tingkat 2 letak resit petty cash, statement dari bank apenyerentah.
Tingkat bawah letak telekung ngan beg pumping kits.

Semak mata, semak hati.

1 hari, me buka lemari bebarang stationery, nampak 1 kotak DELL.
Dapat 1 idea.
Maka me pun ber-kerastangan dan inilah hasilnya...

Kemas, tersusun, teratur dan senang nak capai barang.
So proud of myself :P

Monday, July 26, 2010

Pasal... Dini's 4th Giveaway - Maria & Makdara Terdiva

Salam,

Disaman untuk kesalahan yang sama oleh Maria & Makdara Terdiva.

katanya dapat hadiah minyak wangi mahal KALAU menang.
Seronok tu. me manade minyak wangi mahal-mahal. dulu pink pepper ZwanZwan bagi masa 1st befday as wifey pun dah abih.

cecapa nak try bleh ke sini.

Dan mereka yang terpilih adalah:

1. Madam Rehan
2. Adhaliana
3. Mummy Zahra, Aan

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 ogos 2010.
Good luck~

Pasal... Sweet As Cherry

Salam,

Jumaat lepas 1st time me balik pukul 7pm sebab siapkan kerja sesiap aritu so bila adik owner kampeni SiripBiru mai hari Isnin, perjalanan operasi adalah lancar.

Penat giler. Rasa nak meletup dan me tau me kena stop dan balik bila muka me dah panas dan jadi merah. Kesian ZwanZwan tunggu laaaaamaaaa kat bawah. Pun kechian kat my Hero Dagu Tajam ibu dia dok ambik lambat dah aritu super lambat.

Packing barang semua, turun bawah nampak ZwanZwan. Then dia hulur 1 plastik putih kecik. Rupanya dia belikan me ceri. Sangat sedap yum yummy yum!

Sungguh sweet ZwanZwan belikan me ceri. Se-sweet ini ceri lah.

Pasal... Nasi Ayam Sedap!

Salam,

Masa me tergolek kat sepital lepas bersalin, member opis ZwanZwan mai melawat then pi makan kat satu kedai ni.

Then lepas abih pantang dan pi check-up, kami pergi kedai ni. Ever since, kami sanggup drive dari Shah Alam pi situ semata-mata nak makan nasi ayam ni.

Nasi dia cukup rasa.
Ayam dia lembut dan juicy dengan kulit yang crispy.
Portion salad dan tomato yang bukan sekadar buat selit celah gigi.
Sup dia tader kedekut daun sup dan bawang goreng, ada rasa, bukan air basuh tangan.
Kicap pekat likat melekat, bukan kicap cair tambah air.
Sos dia ngam-ngam sedap to my taste bud, pedas yang bleh dirasa.

Kat mana?
Satu deret dengan sepital Pusat Perubatan Damansara Damai (Dr. Kamal). If mengadap sepital tu, belah kanan, sebelah Balai Polis.

Sunday, July 25, 2010

Pasal... Znil vs. The Stove - Bubur Sup Eiman

Salam,

Balik dari kelas, lepas makan nasi ngan sup gearbox ZwanZwan beli kat pasar tani stadium pagi tadi, me masak bubur untuk Eiman.

Nasi 1 senduk
3 mangkuk air masak
1 mangkuk sup
bawang besar didadu halus
kentang didadu halus
lobak merah didadu halus

Masuk periuk. Api kecil. Kacau selalu. Nasi kembang, kentang dan lobak empuk, tutup api. Tambah skit bawang goreng dan batang daun sup.

Masuk blender, blend. Masuk bekas. Tunggu sejuk, tutup dan masuk peti ais.

SIAP!

Berdecap-decap bunyi mulut Eiman makan bubur. Huhuuhuu~

Pasal... Model Baru

Salam,

Korang dah biasa tengok jenama PUMA dimana panther digunakan sebagai logonya.

Ni me jumpa masa exam sem lepas kat UM. Barangan yang guna maskot binatang...

Terima lah...

Beg jenama baru FUMAK dengan logo haiwan Kucing. Comel kan? Muahhahhah!

Entry berjadual buat pengisi hari me ada kelas dihujung minggu. Heheeheee...

Saturday, July 24, 2010

Pasal... Mendongak Ke Atas

Salam,

Tak ingat bila tersnap gambo ni.
Then bila me godek-godek hp baru perasan ada gambo ni.

Selama-lama rumah Mama siap dekat 12 tahun ni, me tak tau pun rupanya lampu kat hall depan rumah Mama ada 8 cabang. Hahaahaaa...


Tu la akibat apabila jarang mendongakkan kepala tengok atas... Benda dok ada berkurun pun tak sedaq... isk isk isk


Jangan marah. Ini entry berjadual terbit dikala hari me ada kelas di Serdang Raya pada hujung minggu ya!

Thursday, July 22, 2010

Pasal... Cuba Teka - Beg Capa?

Salam,

Ada 3 backpack.
Cuba teka yang mana ZwanZwan punyer?
Yang Eiman punyer?
Dan yang mana Me punyer?



Please ignore bebuku belakang tu. 2 lemari penuh buku.
ALSO ignore 'AkuNoi Punyer! kat tengah-tengah tu.

Pasal... Sinful Pleasure

Salam,

Dikala tengah lapaq takk lapaq di opis...
Dikala perlu sesuatu untuk make me feel better...
Dikala rasa jiwa kacau...

This is the remedy...


Cookie yang manis dicicah dengan susu... Subahanallah... Oh nikmatnya~

Wednesday, July 21, 2010

Pasal... Tak Puas Hati Eh?

Salam,

Geram betul. Minggu lepas produksi susu hanya 4, 5, 6. Dok main area tu jer. Mostly 4-5 jer.

Then awal minggu ni dia dok main cak-cilut 4,5... 4,5... Geram betul.
Kat rumah bleh plak cecah 8oz senang-senang.

Kaji balik, baru tau mana silapnya. Kat rumah, dok pam sambil layan TV. 30 minit minimum nak habiskan 1 sitkom. Kot layan CSI ke, NCIS ke, Restaurant Makeover ke, Ultimate Cake Challange ke, dah sejam. Manalah tak dapat banyak.

Maka, kerana tidak mahu digayuti perasaan tak puas hati sebab hasil kurang, me bawa 2 pam arini. Pureen Motobot dan Avent Manual. Maka, bergemalah tingkat 9 Menara Utara ni tadi dengan bunyi motobot pada sesi pertama pengepaman me. Petang lepas Lohoq satu lagi sesi.

Lepas dapat 4oz tu, baru tukaq pakai Avent plak. Dari 20 minit mengeram dapat 4oz sebelum ni, la ni insyaAllah me dah bleh dapat 6-7oz bila guna 2 pam ni. Tak kisah la banyak barang nak bawa tiap hari, janji hati puas.

Pok-pek pok-pek tak guna! Kita kena usaha! Apa yang boleh dipakai, pakai jer.

GAMBATTE NE!!!

Pasal... Projek Posa 201003/1

Salam,

Antara Projek Posa me.
Kain yang nak dibuat cadar yang me beli kat Nagoya dengan harga RM9.80 semeter.

Don't worry be happy!

Dah ukur, dah potong. Tapi sebelum bleh bergedek-gedek, kena hantar kain ni pi jahit tepi dulu. Kat mana ye? Hm...

Pasal... Baskin & Robbin Show Me Pink!

Salam,

Dalam banyak-banyak kali 'meraikan' Show Me Pink B&R, sekali jer me dapat special treat sebab me beramah mesra dengan budak kaunter tu... Inilah hasilnya...

He he he...
2 love letters and 2 cookies... YUM!!!

Tuesday, July 20, 2010

Pasal... Projek Posa 2010

Salam,

Projek Posa 201001/1 - Langsir sudah siap. Termasuk Projek Posa 1001/2 -Langsir yang me tempah (akibat malas).

Projek seterusnya adalah Posa 201002/1 - Baju. Jahit manik or batu-batu permata (WoW :P) kat baju kurung RM50 beli kat Giant dan baju kurung hitam kosong me pakai kat MEDIU dulu.

Then we have Projek Posa 201003/1. Cadar untuk katil single di bilik tengah. Dimana ia meliputi cadar dan 1 sarung bantal kepala dan 1 sarung bantal peluk. Kendian Projek Posa 1003/2 cadar tilam Eiman dengan sarung bantal peluk dan kepala 1 each.

Bagi ZwanZwan plak, Projek Posa dia adalah 201010/1 iaitu mengecat ruang tamu, bilik kami, bilik tengah dan dapur. Now baru siap 20%. Baki tu tatau la bila nak abih :P

Projek Posa 2010EA Eiman adalah... jangan banyak sangat meleleh air liur sampai lencun baju :P

Nanti me upload gambo kain projek cadar me. Motif teddy bear 'don't worry be happy'. RM9.80 semeter jer kat Nagoya. Hitam putih. Hehehe...

Motif kekain raya kami tahun ni Hitam Putih jer...
Sekadar gambar hiasan

Monday, July 19, 2010

Pasal... TAHNIAH Ahmad Izan a.k.a. Puchong

Salam,

Sorry lambat citer.

Dapat SMS dari Papa Puchong 13th July (Selasa) lepas.

"Salam tatty, anak aku selamat dilahirkan pade ari sabtu 10.7.10 kat spital ampang baby girl,pantang kat serendah"

Alhamdulillah. Selamat lahir lagi sorang Teratorian Jr.
Baby and Mama sihat. 3.5kg


Sarah Adriana Binti Ahmad Izan

Sunday, July 18, 2010

Pasal... Sampai Juga Akhirnya~

Salam,

Aritu nak pi malam minggu dengan Kekure & Anis, Sarip & Fariza, tapi Q panjang giler, jem teruk. Last kami lepak kat A&W jer.

Then gedik gak nak pergi, kami pergi lepas balik opis hari Jumaat... Kosong giler.
Eiman yang mengantuk, grouchy terus segar-bugar... hehehehe...

Pasal... Menu Kedai Nasi Arab

Salam,

Ni menu kedai Nasi Arab kat Seksyen 7, Shah Alam. Dekat UiTM.
Kami selalu beli half roasted chicken dan 2 nasi. Makan untuk lunch dan dinner.
Dilawan plak ngan air mango or Barbican. PEH!!!

Depa pun tawarkan katering. If nak depa masak untuk qeqah pun bleh. Nak pakai kambing depa ke, kambing kita ke... Menarik!!! Kumpul duit untuk akhir tahun ni lah!

Pasal... AND THE WINNERS ARE...

Salam,

Keputusan AkuNoi's Birthday Contest is here.


The Winner!!!
Komen Juri: Depa suka gambar yang ada hiasan yang cantik, belon, kek dan baju yang in same colour scheme.
Komen Me!: Since me 1st time baca entry pasal birthday celebration in blog Fara, me rasa seronok dan teruja sangat.

1st runner-up:
Komen Juri: Nampak Ibu begitu mesra dengan anak.
Komen Me!:
WarnA kek meriah. Buat me rasa macam nak sembam muka ngap! Nasib baik me tak ada hari tu :P

2nd runner-up:
Komen Juri: Gambar simple tapi nampak diambil dengan care and warmth with love.
Komen Me!:
Fondant kek?! BEST!!!



PERHATIAN!

Bagi dua lagi peserta, Adha & MommaMia jangan sedih. Anda juga PEMENANG!
Semua yang join dapat hadiah, jangan risau... :P


How to claim your hadiah?
  • Sila email nama, alamat dan telefon nombor anda ke akunoi@yahoo.com dalam minggu ni (18 - 23 Julai).
  • Hadiah akan dihantar menggunakan Poslaju.
  • SMS airway bill number akan dihantar kepada anda apabila me dah pos hadiah anda.

Saturday, July 17, 2010

Pasal... Mengepamlah Sebelum er...

Salam,

Snap gambo dah lama.
Bebarang me usung kehulu usung kehilir bila mengepam sewaktu kerja...


Friday, July 16, 2010

Pasal... Pokok Bungalow Ewan

Salam,

Dari kejauhan dah nampak pokok hijau tinggi.

Sampai la ni me tatau apa nama pokok ni...

Pasal... Eiman Punyer!

Salam,

ABear Abang Chaq pass kat Abang Chik...


Pasal... Rasa Sebak, Marah & Geram

Salam,

Terbaca kat forum Cari, baby 9 bulan meninggal sebab mak sedara dia dok ikat dengan tali rafia 1 badan atas alasan takut budak tu jadi nakal. Dari kecik baby tu kena. Mak baghal baby ni bagi baby ni kat sedara dia sejak berusia 2 hari.

Baby tu menangis, mak sedara pukul. Terus nangis sampai malam. Bila orang lain sedaq dan bawa pi sepital baby dah pergi.

... i'm speechless ...

Thursday, July 15, 2010

Pasal... Meraikan 7 bulan

Salam,

Eiman meraikan usia 7 bulannya dengan terjunan kuak lentang dari katil.

Babah sibuk cari henpon yang berbunyi, Ibu sedang sibuk pam susu.
Eiman?
Tergolek atas lantai.

Meraung dia. Benjol kepala.
Me yang panik minta maaf non stop kat Eiman sedang Babah dia buat muka toya marahkan henpon.
(Tula dah pesan, off jer la alarm henpon awak tu, bukannya awak bangun bila bunyi. Kami anak beranak yang bangun. BISING!)

Macam-macam la Hero Daju Tajam ni...

Pasal... Tatty Teddy

Salam,

Bagi Teratorian, depa kenal me as Tatty Teddy. Sampai la ni pun depa dok panggil me 'Kak Tatty, Kak Tatty'... (patut la me comot berlemoih selalu, tatty ma~)

So aritu masa pi M&S, me jumpa shirt Tatty Teddy. Lantas minta ZwanZwan snap 1 gambo me dengan 'gambar' me.

Tatty Teddy ni however, adalah patung beruang jantan. Bulunya kelabu dan hidungnya biru. Kenapa jadi lagu tu? Nanti me citer kat entry depan-depan.

Wednesday, July 14, 2010

Pasal... EIMAN 7 BULAN! EIMAN 7 BULAN!

Salam,

Alhamdulillah, Allah beri me peluang ke2 untuk jadi ibu. Dah 7 bulan dah pewot me kena potong. Dari maju ke depan now nampak macam berlipat la plak... ehek ehek ehek~

So... apa perkembangan awal kanak-kanak bernama Eiman Ariq ini?

  • Sudah boleh duduk tanpa disokong. Then dia menjadi lebih kreatif dengan tunduk sampai kepala cecah kaki then hisap ibu jari kaki dia...
  • Kurang gemar nestum kosong. Suka rusk + EBM. nestum gold pun suka. Bubur me masak dia kureng gemar skit.
  • Masih kuat minum susu. Me pun panik jugak sebab My Monthly Best Friend dah datang so production 2 minggu kebelakangan ni 7-8oz drop ke 4-5oz.
  • Sudah boleh bangun dan berdiri sambil hang on to something. Semalam dia dapat berdiri, then dia cuba panjat sofa dengan pijak bantal. Tapi since bantal tu lembut maka tak dapatlah dia boost his body up.
  • Beberapa minggu lepas sudah pandai buat aksi manja bila kena marah. Dia akan merangkak dari rubber mat ke lantai then letak kepala dia atas lantai.
  • Bila buat perangai, me or ZwanZwan marah, dia akan diam dengan muka bersalah. Bila kami abih membebel, muka dia automatik ceria balik.
  • Peramah. Suka tegur orang. Tapi sekarang sudah pandai tengok dulu orang mana-mana yang dia nak tegur. Maybe sebab banyak kali dia tegur orang tu buat bodoh jer...
  • Tidur lasak. Then tengah malam dia akan terjaga, meniarap then panjat ZwanZwan or me. Lepas kami sumbat puting, dia turun then sambung tido balik.


Pasal... Znil Vs. The Stove - Gulai Ikan Merah

Salam,

Semalam, beli 1 slice ikan salmon untuk bubur Eiman. Then nampak ikan merah. Me sambar 1. Niat nak masak gulai. Lama tak masak gulai ikan yang best-best ni. Last kat Melaka, ikan duri dengan pewot kelempong tu... chewy-chewy...

Dalam peti ais dah ada brokoli, lobak merah ngan lobak putih. Me beli 2 ketul tokua.

Sampai rumah, main ngan Eiman sementara ZwanZwan mandi. Then mulalah pertarungan me dengan The Stove!

Dekat pukul 8.30 baru siap masak. Mandi then makan berjemaah lah! Sebab lapaq sangat, me terlupa nak goreng ikan bilis ke telur dadar ke. Maka makan jer la lauk yang ada...

Gulai Ikan, Tumis air lobak putih + tokua + lobak merah + brokoli dan cili padi + bawang besar + jus limau + kulit limau + kicap

Selama-lama me masak gulai, nilah pertam kalinya berjaya masak rasa sama macam rasa gulai orang yang ajaq me masak, my Mak Tam Zarimah. Bless her~

Tuesday, July 13, 2010

Pasal... Bau Kedai Ah~

Salam,

Hadiah ke-2 untuk diri sendiri!
Hadiah ke-3 untuk diri sendiri!

Jeans M&S dan Blouse warna ceria!

Gambar tak clear. Sorry...
Cubalah tangkap gambo dengan henpon satu tangan, 1 tangan lagi pegang pam susu sambil mengepakkan kedua tangan untuk halang anak anda yang sedang lean over nak hisap/nyonyot/gigit kepala pam. Cukup susah... okey?

Monday, July 12, 2010

Pasal... Sudah Sampai

Salam,

Yang 4 buah tu me borong kat MPH. Yang sejenis tu, datang bersama-sama didalam kotak brown kat belakang tu..

Siapa bakal tuan buku-buku ini?

Tunggu~

Pasal... Mak Bulan Berjaya!

Salam,

Akhirnya bilik meeting room (berapa banyak bilik da~) kecik berjaya di kecik-kecikkan. Siap dalam 2 hari saja.

Oho, bukan me yang buat tapi me orang belakang tabir yang contacted, briefed, nego, booked dan segala tok-nenek nyer.

Yang penting sekali, me berjaya nego turun harga dekat 1K jugak lah. Kui kui kui... kembang montot (disinilah pentingnya me ada M&S jeans. Ia boleh ikut mengembang sekembang montot kembang me)

Nanti me snap gambaq bila workes finish final touch-up.
Next plan adalah letak pokok. Then cari gambar yang sessuwei. Oh cari air re-fresherner also...

Coool~

Pasal... Hari Submit Claims

Salam,

Dok ngadap resit dari pagi. Buntau mata.
Claim sendiri, tak buat lagi.

Bulan ni me banyak travel, maka secara tak langsung banyaklah jugak yang patut di claim. Nanti bleh la digunakan duit tu untuk persiapan raya ye dok?

Uhuk uhuk...

Cat dah beli semalam. Putih bersih untuk dinding panjang dan putih berkilat untuk pintu dan kayu tepi pintu... Akan mula cat malam ni kot. Kopak RM me beli cat ni.

Abih budget nak beli katil Eiman or termal flask. Tapi budget untuk diri sendiri untuk membeli Jeans dari M&S tetap ada. Tak ada kalu, me nak rompak memana bank sebab me nak jugak, nak jugak jugak! nak nak jugak jugak!

pic from: http://keetsa.com

Apsal gedik sgt nak M&S? Sebab jeans kat sini potongan tang montotnya tu jatuh terletak elok jer on my bumper. :P

Saturday, July 10, 2010

Pasal... Belanja Diri Sendiri

Salam,

Semalam, balik opis, setelah menahaq diri lebih 3 bulan, me akhirnya buat keputusan untuk beli jugak. Memang sebelum ni beriya letak kat status FB kata nak beli la, apa la... tapi tak beli jugak. Rasa macam tak sessuwei.

Sebelum tu, masa dok ber-catwalk dari opis ke LG Gardens tu, me rasa macam taknak lah. Better beli something yang SIHAT. So me beli 2 half foot Subway. 'Ayam Belanda Berasap' (smoked turkey). 1 for me dan 1 for Mama Ruby.

Then bila lalu nak ke car park, lalu dekat kedai tu... Oh dari jauh dah bau... manis, maniss, manisss... Then, terperangkap! Beside, this IS my birthday month. I should belanja diri sendiri semahunya.

Me beli 6 untuk diri sendiri dan 2 untuk Mama Ruby. HuHuuHuuu.

Cuba teka siapa yang paling excited bila me bgtau me beli Big Apple Donut? :P

Friday, July 9, 2010

Pasal... Bersyukurlah Saya...

Salam,

Dalam keadaan me yang sibuk ngan opis events... nak exam, nak buat assignment... tak sihat... bersyukur sangat-sangat ZwanZwan selalu tolong.

Rumah kami dah tader Mount of Unfold-Cloth. ZwanZwan sudah kasi clear semua...
Dah 2 minggu me tak mop lantai sebab 2-3 hari sekali ZwanZwan mop, dengan Dettol lagi.
Semalam ZwanZwan siap masak dinner lagi... nasi, bayam tumis air ngan ayam sambal...

Bila camtu, me rasa bersyukur betul...
Maka me rasa eloklah belanja ZwanZwan blueberry cis kek... as a token of appreciation...
Woish, bukan semua hubby-hubby jenis ringan tangan tolong isteri tanpa disuruh. Kan Aan, kan? ;)

Pasal... Pemilihan Pemenang

Salam,

Bagi peserta contest befday me (yang berapa kerat jer... huhuuhuu) me nak bgtau lah, keputusan bukan me yg buat tau. Sebab takut bias...

Me akan minta tolong beberapa bebudak opis ni pilih sebab depa tak kenal korang maka tiada risiko pilih kasih atau kekasih :P

Arigato...

Oh, lepas tutup contest tu nanti, me nak pi kedai buku borong hadiah pemenang :)

Thursday, July 8, 2010

Pasal... Tak Cukup Ethic?

Salam,

Nak sedekad kerja, pun masih nak kena ambik paper Professional Ethic? Rasanya kekami lagi pro berbanding staff OUM.

Huh!

Exam 4pm kat UNITEN arini.
Wish me luck!

Wednesday, July 7, 2010

Pasal... Duit Duit!

Salam,

Otak serabut la nie. Pening nak keep track mana yang nak tau berapa amount, mana nak minta approval, bila orang tu nak payment, bila nak dapat payment, bila payment clear...

Dari 1 pihak tolak ke sini, situ, sana, sinun... Me pening ah! Dari 2 ways comunication jadi 3, 4, 5 bla bla bla... then tetiba depa tala gunner depa kat me. Nasib baik me bleh tepis! Tapi kena juga tempias skit... adeh~ kakikuluka :P

Solution?
group kan dalam group yang betul. buat 1 carta aliran. Walau tak berapa tepat tapi boleh la halang dari cedera parah bila kena tembak. Muahahha...

OK lah. Nak pi pos surat... then cari makanan. Lately lapaq giler. Semalam bleh bangun 2 pagi ngap nasi. So much for cincin dah longgar... hehehehhe...

Nak makan apa ye? Subway? Makanan kat Jusco? Cold Storage pun OK. OH! Hari ni hari Show Me Pink Wednesday Baskin Robbin. Nasib baik pakai baju corak pink! :P


Tuesday, July 6, 2010

Pasal... BZ ah?

Salam,

Masuk opis sampai la ni tader masa nak proper karang entry.

Ditambah dengan panik nak tukar flight, accommodation, travel, insurance lagi.

Adeh~

Oh tadi lunch, opis belanja lagi. Kat Aunty Nat jer. Sempena Manager Regional Recruiter mai visit. Eh betul ke tittle dia macam tu? Entah la, otak tak bleh pk dah... muahahahhaha...

Anyway, gambo ke-2 Summer Par-Tay...


Sunday, July 4, 2010

Pasal... Summer Par-Tay SiripBiru

Salam,

Kembang giler berjaya handle event ni. Terima kasih buat mereka yang menolong, ZwanZwan... ecewah!

Er... nanti me update. nak baca buku, esok EXAM!!!

1st picture

Salam... 26 Sudah

Salam,

Hepi Befday To Me!
26 tahun sudah! NOT!!!!

hahahhahahhaa...

oh, malam tadi kat US depa bakaq mercun untuk me :P (mode perasan)
credit to wondercliparts.com

Friday, July 2, 2010

Pasal... Sibuk Kah?

Salam,

Arini masuk lambat. Selsema, sakit tekak dan demam. Sedih kan? Sedihkanlah saya ini.

Esok hari keramat. Lusa hari beringat.
Esok ulangtahun ke-2 Ewan jadi penghuni syurga.
Lusa hari me tua.

Anyway... masuk opis lepas lunch hour, trus buat kerja macam lipas kudung lah.
Buat ni, buat tu. mana terlintas otak, me buat...
BZ wooo... memang nampak rajin sangat me arini. Meja penuh kerja...

Tak caya tengok gambo ni...
Buku Contact, pen bersepah, hand sanitiser sbb me dok bersin, balm untuk kulit, riben untuk ikat kat antena peserta konvoi esok... hehehhe... Oh jgn lupa 1 gulung tisu toilet. Hahahahha...

So esok bertolak ke PD.
Nak minta ZwanZwan bawa Eiman swim-swim dalam poll. Kalau larat nak cari seluar berenang untuk Hero Dagu Tajam.
Kesian dia pun kena tempias demam semalam. Meraung-raung tak bleh tido. Bergilir me ngan ZwanZwan dukung dia...

Anyway...

Thursday, July 1, 2010

Pasal... Ini Pun Nak Kongsi Ke?

Salam,

Kasih sayang maaa...
Semua nak kongsi...
Makanan...
Lawak jenaka...
Cerita...

Tapi, penyakit pun nak kongsi sama ka?

ZwanZwan kena demam, selsema, sakit tekak sejak 2 hari lepas...
Now me pun kena...
Selalunya me akan kena lebih teruk dari dia...

Benci tau!
Orang nak pi bercuti, time ni nak sakit...
Sedih...
Related Posts with Thumbnails