Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, March 31, 2011

Pasal... Fan Page I HATE YOU

Salam,

Rasanya ramai geng-geng Susu Ibu tengah hangin giler sebab adalah minah ni buat statement yang meng-flush IQ dia.
Minah ni kata, 'sapa yang tak boleh produce susu badan, breast dia cacat' - not the exact word.

WTH?!!!!

Time tu otak jahat me dah pk... Ko baru kawin... baru anak 1.. baru 4 bulan ko fully bf anak ko... tapi cakap macam dah buat benda tu 10 juta billion ketrillion tahun weh!
Kot tiba-tiba Allah tarik rezeki tu... amacam?!

OK stop situ.

Kengkadang me tgk, orang nak ada blog, depa pun nak ada blog. Orang kluarkan fakta menarik, depa pun nak bagi fakta menarik. Tapi orang lain berdasarkan pengalaman yang disokong kajian. Depa ni main kopi-pes jer. (Oh another kaum kopi-pes then claim depa pandai!)

Jadi, note to self, sila berhati-hati bila menaip blog. Kalau tidak percuma dapat 'Fan Page I HATE YOU' kat fb.

:P

Pasal... Single Parent

Salam,

Lega dapat call dari Ili katadia sampai rumah hari ni. Tidaklah sengsorang handle Hero Dagu Tajam tu. Maka esok bolehlah pi opis. 

Got email from the HR and Operation Manager. They're having Promotion Panel Meeting tomorrow, so being a good Ops myself, kenalah setup bilik semua. Untung-untung nama me naik, ye dok?! Amin~

Dapat SMS dari ZwanZwan, saying he's on the way to pick up their car at Langkawi Cable Car. Yes, he's out again for work. This time for 2 night. I sent him to the airport and had to take half day. Plan nak ambik esok off tapi HR kata, work from home jer. However kena cancel sebab... tu, email dari boss le...

Merapu. Entry tader isi.

Apa-apa pun me dah order 10 ikat Tobleron, 3 paket Daim, Cadbury dengan rare filing dalam 5 keping. I also remind ZwanZwan to survey the price for my Vision sets. 

Hm... single parent. Now I almost know how you feel Maria... You're sure 1 strong woman!

Wednesday, March 30, 2011

Pasal... Komen Lecturer

Salam,

Macam biasa, markah tugasan OUM tak keluar lagi.
Status me add subjek yang me drop dulu pun tak ada update lagi.

Tapi yang heran, komen lecturer pasal tugasan ada, tapi markah tak ada... apakah?




Apalah coursemate me yang sorang tu dapat. Her house is like... OK la. I CONFIDENT my house lagi chumil tetambah me siap buat perabut semua. Dia punya report tugasan, me tengok rasa nak pitam.

Why?

OK, macam tajuk tugasan ni minta buat model rumah tradisional. So me mulakan paper dengan intro pasal rumah yang me piluh, Rumah Kutai. Terdapat dimana? Binaan macam mana? Apa bahan yang digunakan? 
Then me terus ke cara camner nak bina rumah, spesifikasi rumah i.e. ukuran. Masuk part camner me bina rumah me dan hasilnya. Diakhiri dengan kesimpulan.

For her, dia terus masuk cara dia buat rumah tu. 

Muahahaha... Hm.. kutuk orang lagi me nie :P

Tuesday, March 29, 2011

Contest... Giveaway 'Entry Pertama Saya'

Salam,

Nak cuba nasib. Untung-untung dapat key-chain :)

Giveaway contest dari

Pasal... Delighted!

Salam,

1st time makan masa Chris Frankland belikan kat CfBT dulu. Manis... sedap!
Tapi tak makan banyak, 2 ketoi jer. (Ingat orang belakang...)


Sorry lupa nak letak... TURKISH DELIGHT


Now, me jumpa yang hampir sama tapi double the fun!
Turkish Delight Mocha from Gloria Jeans...
SEDAP!

 

Though ZwanZwan sangat tidak menikmatinya, I don't mind sebab dia tak minum, more drink for me!!!

Monday, March 28, 2011

Pasal... 3 Pilihan Hati

Salam,

Dalam dilemma...

Kan me dok pukul kompang nak beli rumah?

Ada 3 options:

1. 1200 sq feet - RM237K - siap dan boleh diduduki

Balkoni seluas lebar rumah. Persekitaran bersih. Persatuan penduduk kuat. Ada 1 ruang parking. Pak guard jaga betul. Ada kolam renang kecik. Overlook Federal Hiway, kubur Islam dan Hindu dan kilang gula. 


2. 1200 sq feet - RM330K - akhir tahun siap

Balkoni luas. Ada 1 bilik stor. Dekat giler dengan rumah MIL, sekolah, Pizza Hut, KFC, kedai makan, kedai runcit, sepital, stesen minyak. Ada gym, club house, swimming pool. Gated comunity dengan ada pak guard.






3. 986 sq feet - RM220K - 2013 siap

Sangat chumil show housenya. Kena gaya susunan perabot dan kabinet, rumah mmg nampak kemas. Cuma takut skit kawasan neighbourhood tu...



Niat dihati nak jer cepat-cepat beli rumah dan pindah semua.

Renovate semahu-mahunya, bila duduk rumah, senang hati.
Kalau rumah 220K tu, pakai my name jer... Skim My First Home maaa...
Kalau yang 330K tu join nama lah.

Korang rasa yang mana kami patut beli?

Pasal... Malu Nak Bawa...

Salam,

Bangun awal, gigih buat sarapan.
Nothing fancy just left over from yesterday's breakfast... murtabak megi.

Add some carrot, sawi, oyster mushroom with bawang besar and cili padi.
But only for me, cause ZwanZwan sombong dapat gaji so malu nak bawa bekal dari rumah...
Pigiiiiidah! :P



Sunday, March 27, 2011

Pasal... A-Che

Salam,

Short update pasal Eiman...

Jumaat minggu lepas me kan jadi Ibu Tunggal since ZwanZwan ada training/kursus kawin kat Genting.
Lepas ambik dari rumah Mama Ruby, masuk keter, pakai kan Hero Dagu Tajam tu seatbelt, me hulurlah roti so dia ada 'benda' nak buat/main.

Then rasa hati nak cair, menyejat jadi hujan dan turun jadi orang balik tau...
WHY?
Eiman cakap, "A-che"...
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
I was like, OH ANAK KU~

Since hari tu, everytime we give him something, he will never fail to says, "A-che".
Siap sengeh-sengeh tu...

Oh anak Ibu pandai sudah...

Tetapi, satu benda bikin me agak geram adalah... baik ZwanZwan, baik Angah Eno dia, baik me, semua dia panggil... "Maaaa.... Mam Maaaaa". Adeh~






Hero Dagu Tajam, Eiman Ariq - "What Cha' Lookin' At?!"

Saturday, March 26, 2011

Pasal... Longkang

Salam,

Adalah member sekolah Tun Uda reply kat gambo me di FB. Kata 'me nampak so kolestrol', lebih kurang gitulah ayatnya.
Me taulah dia masih maintain macam zaman sekolah.
Mulut longkang pun maintain sampai la ni.

Dulu, masa kat asrama, me ni kera sumbang, tak ada geng tetap. Me macam lalang.
So selalu jugak kena buli in terms of in words la. In perbuatan ko memang carik nahas! Cikgu disiplin sekolah tu Pak Penakan me wooo!

So 1 hari Jumaat yang tenang, bebudak asrama beratur nak makan, tetiba Si Mulut Longkang ni main potong me dan tertolak me. Me cakap la, "Woi, tak reti beratur ke? Barbarian!". Tiba-tiba warden asrama yang sentap! Dia kata, "Aznil, awak tengok Cipah tu pakai baju tak? Orang Barbarian tak pakai baju tau!".

I was like, WHAT THE HELL?! 
Aku tegor jer minah ni (cara kasar) sebab potong line, tetiba orang yang melakukan perbuatan buli orang lain dapat pembelaan. Fuuuh, hebat Cikgu Shima! Ko memang champion!

I won't forget her name and her face! 
Nampak jer baik gitu tapi itu pun sorang lagi mulut longkang. 
Suka menyampai berita tak benar kepada orang lain.
Sedap ye Cikgu makan daging orang? Dah makan Barbarian la jugak tu, orang makan orang.

 


Sorrylah me dah curi 4-5 minit masa korang dengan luahan perasaan longkang ini.
Esok-esok me kongsi entry yang bermanafaat plak ye.

Friday, March 25, 2011

Pasal... Pegang Rotan Sebat

Salam,

Angin weh!
Me dah spent sejam ke Domino's order. pizza untuk opis ni.
Order punya order, masuk opis macam biasalah kena serbu!
Macam tak makan lama gitu.
Sedang dalam bilik bebudak yang ada training tak kluar lagi.

Tiba-tiba, macam biasalah, ada orang mai kat tinger me, "TAK CUKUP! TAK CUKUP! TAK CUKUP!".
"ADA ORANG AMBIK 5 KEPING".
Bingit OKEY!
Kalau bebudak ko tak sarapan, saja tahaq pewot bagi lapaq, depa ambik banyak sampai orang lain tak cukup, aku dah tak bleh nak buat apa dah!
Tu attitute depa. Aku tak boleh kawal. Aku jugak tak boleh nak pegang rotan sebat tiap kali ada yang ambik lebih.

Tapi kamon la... ko dah besaq... bulu bawah pun kalau dikumpul boleh buat isi bantal.
Jadi act like one. PK sebelum nak komplain membabi-buta begitu.

HOKEY!

Sekian saja, luahan perasaan seorang Ops yang sakit jiwa, bingit tinger~

Pasal... Eiman nak ada...

Salam,

Dah Jumaat...
Lega...

Tapi esok still kena mai opis untuk kontraktor elektrik buat amender tah...
Then balik Shah Alam, menyimpang ke Indahria cari rumah.

Kena serius dengan hal ni sebab ... er... 
1 sebab rasanya akan ada kenaikan gaji, skit pun tak apa kerana me dah naik 1 level. Maka adalah budget lebih.
2 sebab Eiman dah besaq, dapat rumah besaq skit barulah seronok dia nak main ke apa ke.
3 sebab rumah luas, bleh susuh barang lebih elok maka bilik tidur yang sepatutnya 3, akan jadi 3 bukan 2 kerana 1 dah jadi stor.
4 sebab my mum dah bersara, maka nak juallah rumah yang kami duduk tu, pulang balik duit dia dan dia ada duit nak melancong bagai.
5 sebab tak segan la nak jemput orang mai  rumah sebab tak cramp macam sekarang. Boleh masak laksa sekawah dah ajak kengkawan datang macam dedulu...
6 sebab kot la... Eiman nak ada adik... kawasan kenalah luas skit. boleh depa main-main bersama :P

Thursday, March 24, 2011

Pasal... You've Been Punked!

Salam,

AH TAIK LE!
CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
POYO JER LEBIH!
PERGI TERJUN LOMBONG LA!

Antara cacian yang me terima.
Dari siapa?





















Dari diri sendiri...
Kenapa?





























Sebab beli jugak hadiah kat ZwanZwan.
Poyokan?

Niat nak prank... tapi kantoi kat alamat kedai bunga. Bleh terlupa kat part tu. Deymmmm...

Tapi me still bleh cover. Me tepon siap sok-sek idung woooo... macam nangis gitu.
Kompomlah ZwanZwan cuak. Dia siap kata dia sanggup sumpah depan Quran untuk buktikan bahawa dia tak ada betina lain kat luaq. (tapi me lupa plak nak tanya kot dia ada JANTAN lain kat luaq. la ni bukan bleh percaya! hahahhahahah)

Maka, me tewas juga. Me beli jugak hadiah befday ZwanZwan.
Me memula nak beli macaroon tapi delivary tak kompom bleh sampai today, maka macam kebetulan plak Selasa lepas, me on TV, kluar iklan BOSS ORANGE Orlando Bloom. Terus jatuh cinta...
Semalam, ditemani HR me pergi beli, bungkus semua. Gigih bawa bakul hantaran kawin dulu untuk letak barang dalam tu.
Ucapan kat kad me kasi tukaq skit la... Abang la, Sayang la... hehehehhehe

Tak grand sgt... dapat duit claims lebih skit... maka yang kecik sama dicicah, yang besaq sama dilapah...


Happy 32nd Birthday Father of my sons, My Hubby, My Friend, My Heaven...
Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat selalu...
Dari Kekami ~Abang Chaq Ewan, Abang Chik Eiman dan Aznie~

Wednesday, March 23, 2011

Pasal... Finger!

Salam,

Tengoklah anak teruna saya pegang makanan macam mana...



Pinky finger hokey?!

Tuesday, March 22, 2011

Pasal... NOTHING!

Salam,

Oh my god! Hari ni 22nd March kan?
ZwanZwan's birthday is in another 2 days.
And I didn't prepare anything!

Yeah right...
I made a promise to myself beginning this year that I am only going to spend my money on myself.
So basically, buying ZwanZwan's birthday present is TOTALLY out of the question.
 
Senang cakap, kecik hati la.
You planned a whole par-tay, wrapped nicely the surprise gift, hoping he would do the same to you later.
Well, harapan hanya tinggal harapan...

Maka tahun ni, NOTHING for him!
I repeat again, NOTHING!
Even his watch putus tali, I am still NOT GOING TO BUY ANYTHING for him.


Pasal... Tak Pandang Kiri Kanan

Salam,

Fuh mengantuk giler pagi ni.
Ini semua gara-gara makan laksa pepagi then telan ubat selsema takut kat opis asyik jadi 'waterfall' jer hidung ni.
Tapi ubat ni jadi macam lebih kuat dari biasa pulak. 

Oh ya, semalam balik rumah terus pi Speed 99 cari bahan buat laksa.
Siap jer terus makan tak pandang kiri kanan dah!
Maka sarapan hari ni, laksa lagi lah. Begitu juga dengan lunch nanti.
Untuk minum petang, me bawa Red Velvet kek ngan moist chocolate kek.
Boleh la tu, kan?

Sekian saja laporan makan-makan-gemuk-kan-badan saya hari ini.

Monday, March 21, 2011

Pasal... Nak Balik Rumah

Salam,

Sabtu lepas kan hantar semua tugasan.
Semua temasuklah tie dye dan rumah Kutai me tu.
Me dengan yakinnya tanya tutur, "Puan, saya nak balik rumah saya tu, boleh?".
Sekali dia cakap dalam 'polisi' memang tak boleh pulang balik tugasan.

FRUST OK!!!
Me curahkan sepenuh tenaga, jiwa dan raga pi market menyiapkan tugasan tu, sekali tak dapat balik.
Sangat-sangat geram. Rugi betul rasanya.

Sunday, March 20, 2011

Pasal... Memanggil-manggil

Salam,

Lega tugasan semua dah hantar.
Paling seronok bila Tutor subjek Pattern & Design ajak jawap soalan lepas-lepas.
Macam memember jer bincang. Abih beza umur dalam 2-3 tahun jer.

Tetiba me terwonder, naper dulu me tak ambik art ye?
Oh ye... ada 'oreng' paksa me ambik pure sains. Then takut nak ambik STPM punya pasal me lari ambik IT.
Sayang me tak ambik masa untuk pk arah mana nak ambik.
Anyway... lepas ni kalau sambungbelajar pun maybe me ambik ECE jugak kot.
Then cari partners untuk buka 1 tadika.
La ni dengar ada insentif untuk tadika swasta since prasekolah gomen tak cukup sampai nak buka prasekolah kat sekolah menengah plak.

Korang tau ke apa me citer ni?
Hehehhehe... masalah pendidikan awal untuk kanak-kanak.
Malas nak citer. Nanti-nanti ada masa me explain.
Kek Red Velvet, Marble cheese cake, chocolate cheese cake, tiramitsu memanggil-manggil dari fridge tu...
Me dapat dari Cafe Larizz/

Lunca sana tadi. 
Masak lemak daging dengan rebung, sotongbakar... HEAVEN!



Saturday, March 19, 2011

Pasal... Komunikasi Berkesan

Salam,

Korang amalkan tak komunikasi berkesan?

Contoh senario suami dan isteri. 
Ni dah lebih sedekad kawin ni...
Dah lama makan sepinggan, tido sebantal, berak sejamban...

Sorang cakap, "Ambik saya sekarang".
Sorang lagi pun menonong pergi keter, drive, tunggu kat tempat biasa.
10 minit tunggu rupanya sorang tu tunggu kat bawah opis dia.
Bila jumpa, kan dah jadi Tarzan! (pinjam ayat MR).

Why?
Sebab dedua rasa depa saling memahami. Tak habaq pun sorang lagi dah tau.

Apa, susah sangat ke nak cakap, "Ambik saya kat tempat mengambil penumpang depan lobi bangunan opis saya"?
Susah sangat ke nak tanya, "Awak nak saya ambil awak dekat mana?" or "ETA dalam 15 minit".
Susah ke? Tak kan? Ambil 2-3 saat lebih jer.

Bila kedekut sangat 2-3 saat nak relay maklumat penting...
So hambik le... dedua sentap! 
Dedua angin satu badan!
Melalak melaung to each other.

Maka,
Silalah berkomunikasi sesama sendiri dengan memberikan info yang secukupnya dengan sebetulnya.

Ini contoh jer... 
Kot ada persamaan secara kebetulan jer...

Thursday, March 17, 2011

Pasal... Panik Side Door

Salam,

Kat opis ni. Awal giler!
Masuk tadi tengok jarum panjang tak jejak 12 lagi pun.

Buka pintu gelas macam biasa then buka pintu kayu.
Nampak cleaner, Maisara, me tegur lah dia.
Then dengar bunyi, 'tup'!
ALAMAK!!!
Pintu kaca tertutup.
Access card tak ada!
Macam mana nak masuk!
Panik seh...

Tepon pun tader.
Bebudak bukan masuk lagi.
Kalau ada pun lagi 30 minit.

Sekali belek-belek kunci, me nampak 1 kunci tulis, 'side door'.
Try pintu emergency, nasib baik boleh!
Lega...

 

Pic from: http://www.pommpeacefulmoments.com/

 

Ngantuk giler ni.
Tidur tak sampai 6 jam.
Semalam gagah siapkan 2 muka surat pertama tugasan Pattern & Design.
Tajuk keciknya, BATIK.

Ngantuk... nak cari kopi kat bawah, macam MALAS...

Hehehe, malas kalu dok la tahaq mata jangan tido.
Dah la pagi tadi ambik cough syrup.
Related Posts with Thumbnails