Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Saturday, March 19, 2011

Pasal... Komunikasi Berkesan

Salam,

Korang amalkan tak komunikasi berkesan?

Contoh senario suami dan isteri. 
Ni dah lebih sedekad kawin ni...
Dah lama makan sepinggan, tido sebantal, berak sejamban...

Sorang cakap, "Ambik saya sekarang".
Sorang lagi pun menonong pergi keter, drive, tunggu kat tempat biasa.
10 minit tunggu rupanya sorang tu tunggu kat bawah opis dia.
Bila jumpa, kan dah jadi Tarzan! (pinjam ayat MR).

Why?
Sebab dedua rasa depa saling memahami. Tak habaq pun sorang lagi dah tau.

Apa, susah sangat ke nak cakap, "Ambik saya kat tempat mengambil penumpang depan lobi bangunan opis saya"?
Susah sangat ke nak tanya, "Awak nak saya ambil awak dekat mana?" or "ETA dalam 15 minit".
Susah ke? Tak kan? Ambil 2-3 saat lebih jer.

Bila kedekut sangat 2-3 saat nak relay maklumat penting...
So hambik le... dedua sentap! 
Dedua angin satu badan!
Melalak melaung to each other.

Maka,
Silalah berkomunikasi sesama sendiri dengan memberikan info yang secukupnya dengan sebetulnya.

Ini contoh jer... 
Kot ada persamaan secara kebetulan jer...

1 comment:

sunmelonz said...

Baguih nih, saya kna amik perhatian! :)

Related Posts with Thumbnails