Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, November 30, 2010

Pasal... Seriusly LOW!!!

Salam,

TET TET TET TET TET!!!!!

Bunyi alarm panik sebab supply makin surut sedang production kurang.

Ni semua sebab 2 minggu lepas otak dok kata malas, malas...
Ni semua sebab hati dok riak sangat rasa stok cukup untuk 2 bulan...
THEN tambah lagi hormon kurang sebab My Monthly Best Friend nak melawat.

PADAN MUKA!!!

Tengoklah sendiri... Dah boleh nampak lantai peti woooo!!!!
Hero Dagu Tajam la ni minum dalam 30 - 40oz sehari. Input harian adalah dalam 9oz.
So beza tu nak korek kat mana?
Hidung? Tinger? Ketiak? Pusat?

Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk terus produce susu untuk anak ku ini...
Paling lemah pun sampai akhir tahun ni... huhuuhuuu...

Monday, November 29, 2010

Pasal... Checklist

Salam,

Update Christmas Dinner SiripBiru.

Gifts for staff : DONE
Gift Vouchers : DONE
Gifts for plus ONE : Ordered. To pick up Tuesday
Table Name Tag :
Menu + Itinery :
Sitting Arrangement : DONE
Guest List : DONE
Fruit cake : To cut, pack, wrap, ribbon - Wednesday
Best Dress Award Gift :
Lucky Draw Gift : 2/8

Sunday, November 28, 2010

Pasal... Jantinanya ialah...

Salam,

Got this from Hafiz Rahman's blog.

Me gelak macam kutilanak sebab seronok sgt.

Ni untuk check the gender of your laptop.

The steps:

1) Open notepad and paste these words in it: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

2)Then save as type to All Files (somewhere easy for you to it afterward like at the desktop). save the file as = love u.vbs

3) Close notepad then double click the file - (love u.vbs) and you will hear a voice saying "i love u".

4) Listen carefully, is it guy or a girl's voice? Mine is a guy... hehheheheh

Friday, November 26, 2010

Pasal... Lemak!

Salam,

Minggu lepas... 2 hari berturut-turut ZwanZwan masak.
Masak apa?
Masak masak lemak cili padi ayam dan daging.

Oh oh oh~
Kurang sedap dari yang MIL.
Lebih sedap dari my Mum.
Dan sudah tentu lebih segala-galanya dari mine!
(sebab me sekali jer masak lemak from scratch seumur hidup)

Gambo tak ada... Sibuk stuffing my face with rice and bread berlauk masak lemak cili padi yang dimasak ZwanZwan.

Thursday, November 25, 2010

Pasal... Akei Ada?

Salam,

Agak bingit tinger ni...
Orang department lain (alah sorang for each depatment pun opis ni) dok sibuk nak games ni, games tu, buat ni, buat tu...

Me angguk jer la... Buatnya me tanak!

Weh, umoq dah lanjut, lagi mau menari-nari. Masalahnya, yang nak sangat menari tu, datang tak bawa partner. So nak nari dengan capa? Hantu?

Nak games entah-apa-apa-nyer-entah. Bola beracun baling from meja to meja. Kalau landing atas mangkuk sup or kek, terpercik kat baju orang, capa susah?

Akei ada ka? Marah ni... Aummmmm

Me rasa buat karaoke jer la... Sonang... Sapa nak nyanyi or menyumbangkan suara yang sumbang or merdu, dipersilakan. I just hope cukup budget since ramai la plak bebudak ni tanak bawa PLUS 1 depa.

Tadi me dah round semua SEMUA Starbuck kat MVC ni. Semua dah abih gift vouchernyer. Nasib baik Wayne from Border punya Starbuck kata dia akan order dan tepon me bila barang dah sampai. Bless him!

Hadiah seterusnya maybe satgi balik me tengok... Then nak cari cane candy tu barang sedozen dua... dan jugak popper tu... adeh~ Patah kaki... Tapi seronok, sebab bleh masuk opis lambat. HAHAHHAHAHAAH!!!

Pasal... Too Late

Salam,

Kan dulu me dok citer pasal Berruk kat opis ni?
Tapi la ni me tukar ke Minah sebab ada lah skit berubah sikap dia.

Cuma perubahan yang dia buat terlambat lah.
She'd done too much damages!
So in result, dia tak lepas probation period dia.
Me tanya, depa sambung ka?
Dia cebek mulut dan kata dengan nada merajuk, "Nak cari kerja lain".
OKEY~

Wednesday, November 24, 2010

Pasal... Pokok!

Salam,

Esok 25th November. Kira-kira, sebulan lagi X'mas.
Oleh kerana SiripBiru ni asalnya dari UK, maka tergediklah nak kena pasang pokok X'mas.
Mak Bulan inilah yang kena kluarkan duit dan ajak adik-adik SiripBiru untuk mengangkat pokok dan deco-deconya...

Minah 'tu' lagi tergedik-gedik nak pasang, so me malas nak kacau. Ko pasang lah labu! Aku nak duduk buat kerja aku...

Lepas tu, kena beli, bungkus dan campak hadiah Secret Santa. Me lah kena mula dulu sebab lead by example ma... Hahahhaha...
Pokok X'mas Mini SiripBiru

Anyway, me cadang nak beli blouse putih suci murni jer kat kedai depan Amcorp Mall tu. Then pakai jer jeans M&S ni. Kasut kalau muat, sarung jer kasut kawin aritu... KALAU muat. It's a BIG kalau there ye...

ZwanZwan? Hm... Tatau la... kot sewa tuc bleh tak? hahahahaha OVER la plak!

Monday, November 22, 2010

Pasal... Gath Jadi Tak Jadi?

Salam,

Semalam, sepatutnya jumpa beberapa Teratorian dengan anak-anak mereka. Tapi biasalah ada yang jenis TOTALLY POYO, ada yang tunggu kita tepon baru nak bgtau tak join, ada yang nak sangat join tapi ada hal lain...

Anyway, ME SALUTE kepada Puchong/Izan, Diana dan Sarah yang mai dari jauh...
SALUTE kepada Aan, Elias dan Zahra yang redah panas even ekon keter kaput...

Cuma sayangnya tak snap gambar la plak...

Lain kali kekita pi tempat seronok skit lah ye... Piknik ke, Fun Fair ka...

Saturday, November 20, 2010

Pasal... Qurban Hari tu...

Salam,

For the first time, me take part in qurban. My Dad lah yang kluar duit, me just letak nama jer, bleh? Tapi me pun qurban jugak hari tu, tapi dalam bentuk lain la... i.e running ke sini, ke sana pi kedai, bancuh air, beli tibbits semua...

ZwanZwan dan Eiman pun ada bahagian...

Eiman really behaved that day. Dia OK jer dengan semua orang, tak menyusahkan me or ZwanZwan. So proud of you! And he really enjoy the BBQed beef!

ZwanZwan jadi tukang lapah that day. Berbekalkan pengalaman dia tolong kat surau Sri Muda bertahun-tahun, dia berjaya membuat adik-beradik my Dad dan oreng-oreng kampung yang datang menolong, melopong!

Taken from the balkoni... Nice view. ZwanZwan sempat posed lagi for me...



Oh, I'm melting there watching him doing his thing~


My Dad as usual, jadi mandur, give out orders to... almost everybody :P


Ordering Farhan to prepare the pit for BBQ


But, only 1 person that he cannot order around... Mak Wo... hehehhehehe...

Tuesday, November 16, 2010

Pasal... Suspended

Salam,

Me kat opis sedang dalam mode suspended.
Me tengah tunggu email dari Hotel Legend dan cheque dari finance.
Ni semua pasal X'mas Dinner Party SiripBiru ni.

Plannya nak 5 meja bulat muat 10 orang. Staff dan plus 1.
Tapi kena hantar invite baru bleh tau head counts ye dok?
Ingat nak apply dress code since CisWik go for black tie.
Tapi, sini ada beberapa kerat yang tak sporting, so LUPAKAN sajalah ... Smart Casual pun dah cukup bagus :P

Menu, we go for typical Christmas dinner. Ayam belanda panggang dan puding X'mas dengan vanilla cream. Venue pilihan kami ni bleh cater permintaan kami dimana hanya menu HALAL disediakan.

XTVT hanyalah hand-out hadiah Secret Santa. Games rasanya me MALAS nak pk, unless ada orang nak jadi sukarelawan.

Goody bags adalah tin berisi biskut pakcik Amos bentuk hati bagi ladies dan oktagon untuk guys. Tambahan voucher Starbuck untuk staff sahaja. Ingat tanak letak dalam beg sebab macam dah biasa. Buat macam Iki Kassim buat kat CfBT dulu pun OK, Ikat cantik-cantik letak atas meja. That's why kena susun atur sesiap tempat duduk dan kena tau nama plus 1 depa...

Lepas tu, kena pasang pokok X'mas kat opis dengan deco semua. Juga kena bawa 1 pokok kecik ke venue dinner untuk letak hadiah secret santa sebelum di hand-out. OH~

Semua ni me buat SORANG.
Well, ada yang nak tolong, tapi me tau kalau minah ni yang tolong, alamat melolonglah nanti...
Then Encik Ying-Yang-Yo pun offer diri, tapi me tau dia pun super Saiya People sibuk, so tanak kacau dia.

Well, break a LEG or TWO. Not enough a NECK will do :P

pic from: http://www.flowersociety.org

Sunday, November 14, 2010

Pasal... Eiman Ariq 10 Bulan!!!

Salam,

Dalam keter dok kira-kira... e'eh! hari ni 14hb la!!!
Eiman Ariq the Dagu Tajam Hero is 10 months.
Giler cepat!!! (tapi rasa slow bila dia tak sihat, buat perangai :P)

Apakah yang sudah dicapai oleh Eiman?
  • Pegang something untuk berdiri.
  • Berdiri tanpa sokongan dalam 4-5 saat gitu.
  • Pegang tangan dia dan dia dah bleh atur langkah berjalan.
  • Dah pandai kutip duit syiling 5 sen (motor halus sudah bagus!)
  • Suka kena dukung. sakit pinggang nak kendong dia jer.
  • Menangis bila kena tinggal. Tapi kat rumah babysitter ada kawan, so dia OK la.
  • Boleh bagi barang dia pegang dengan syarat minta elok-elok.
  • Dah tau nama dia. bila panggil dia datang tapi kena umpan la. Panggil kosong tak layan.
  • Suka lonjak-lonjak terkinja-kinja bila me nyanyi "Boom boom boom" - lagu black eye pees tu...
  • Mengekek gelak bila disebut perkataan "tergedik-gedik".
  • Suka nasi lemak gaul ngan telur rebus.
  • Suka nasi putih panas gaul ngan sardin.
  • Suka honey dew, tembikai.
  • Suka ketuk kepala babah dia dengan benda macam tutup botol susu dia.
  • Minum 5oz sekali bagi. Jenuh nak supply EBM. dah la kureng jer produktion lately.
Tu jer kot yang me ingat sekarang.
Gambar akan dilekat kendian...

Saturday, November 13, 2010

Pasal... Jutaan Mawar

Salam,

Long time ago, on a certain star,
When I came out into this world
I heard a small voice that told me
To give love.
A flower that only blooms when you love.
I was told to bloom a million roses.
Only when you sincerely love,
Love’s rose will bloom.
Without a heart that hates…hates…hates.

Only when you love without holding back, without holding back.
A million roses, a million roses, a million roses will bloom.
And then I can come back to my beautiful starland that I miss.

What is sincere love?
Tormenting tears fall.
So many people separate

Because it was such a sad world.
A flower that blooms only when you sincerely love.
I was told to bloom a million roses.
Only when you sincerely love,
Love’s rose will bloom.

Without a heart that hates…hates…hates.
Only when you love without holding back, without holding back.
A million roses, a million roses, a million roses will bloom.
And then I can come back to my beautiful starland that I miss.


A Million Rose - Comeback Madonna (I Am Legend)

Friday, November 12, 2010

Pasal... Murah Rezeki

Salam,

Me jarang macam percaya murah rezeki yang Allah bagi selambak.
Yang me selalu dapat adalah yang jenis skit, skit skit.

Tapi, 2 hari lepas, me terlupa bawa beg duit. Hati dah risau. Mid Valley ni parking dah mahal. Dengan pewot lapaq lagi... Kompom kena makan lebih dari biasa (:P) Mana nak cekau duit?

Sekali, Allah Maha Besar, bebudak opis bayar duit kongsi beli baju untuk Consultant yang balik UK aritu. Then Presiden Kelab Sosial bayar duit katering. Huwa!!! Leganya. Alhamdulillah...

Berlebih-lebih pula dapat. Alhamdulillah sekali lagi.

Maka, memang betullah Allah works in mysterious way... You will ALWAYS be suprise with His works!

Thursday, November 11, 2010

Pasal... Macam Mana Nak Buat Ye?

Salam,

Masa 1st befday Ewan, my MIL masak nasi ayam dan me order Butter Choc Cake.
Buat kat rumah MIL panggil adik-beradik belah ZwanZwan jer.

So... tahun ni... dah applied cuti 13 & 14 Disember. 12 tu ada kat Penang, kenduri kawin sepupu.
Maka... niat dihati nak ajak Tok Baseah pi hi-tea kat hotel memana. Plan nak tido semalam dua kat hotel belah-belah Tjg Bungah ka, Bt Feringgi ka... Bleh Eiman mandi pool then terjun laut.

Tak pun buat makan-makan kat rumah Tok tapi malas nak pk katering sebab kena kelepet time Ewan dulu. Selain tu, my Tok bleh invite sekampung, tak cukup makanan sampai mak sedara kena masak... kesian Mak Tam.

So better buat kecil-kecilan sebab Eiman pun bukan paham sangat... Lagipun, nak simpan duit nak pi Langkawi tahun depan, insyaAllah... huhuuhuuu~

Wednesday, November 10, 2010

Pasal... Lawak La Plak

Salam,

2 citer lawak hari ni.
Dialami oleh Me semalam...

Kes 1:
Lokasi - TNB Bangsar

Nak bayar bill letrik apartment Consultant yang sewa kat Northpoint.
Pergi kat TNB Bangsar tengok ramai dok tunggu muka monyok.
Ekon tak rasa. Try tekan mesin angka giliran tak ada apa berlaku.
Tanya kaunter pertanyaan, akak tu kata, "BLACKOUT".
I was like... "WTH?! TNB pun bleh blackout. Tak bayar bill apa?".


Kes 2:
Lokasi - Opis

Dapat call dari tele-marketer Anmum. Dia cakap laju.
Dia citer pasal produk dia. Tanya pasal Eiman semua.
Then tanya, Eiman minum susu apa?
Me jawap, "He still drinks MY milk".
Lepas tu, minah ni bleh tanya soalan tak bleh blah... "WHY DO YOU CHOOSE TO BREASTFEED YOUR KID?".
I was holding myself from answering like this... "Because I have breast!"
So me just jawap, "Because it is FREE!".
Ape kah?!


Tuesday, November 9, 2010

Pasal... Tumbangnya

Salam,

Ayah Ahmad bgtau aritu, Raya Haji 2, nak tumbang sekor lembu untuk bahagian rumah kami. Raya 3 plak sekor lagi kat rumah 'Cik Ina.

MAKA kena ambik cuti lah...

Oh Oh Oh~

Siapa 'Cik Ina? Ibu tiriku sayang daaaa~

Monday, November 8, 2010

Pasal... Swim-Swim-Sunk

Salam,

Sabtu lepas kawan opis ajak pi befday party anak dara dia kat Club House Desa ParkCity.
Me bleh terlupa nak beli boardshort untuk Eiman, terpaksa dia pakai legging.
Sebelum tu dah beli seluar pendek, ambik sebab nampak ada tali cerut, sekali sarung rupanya mockup jer. SIOT!

Tak kisah, Eiman tetap berendam.
Babah temankan...


First step kiddy pool, next step surf pool!

Sunday, November 7, 2010

Pasal... Znil vs. The Stove - Ikan Talang

Salam,

Bangun pagi, siap, gerak pi Pasar Tani kat Stadium Shah Alam.
Sarapan nasi lemak kukus then jalan cari pegaga.
Lately susu kurang sebab my Monthly Best Friend nak datang melawat.

Lepas beli apa yang patut, nampak ikan talang kering. Terus terfikir nak masak gulai ikan talang. Cari nenas, the rest tutup mata.

Pung-pang pung-pang kat dapur siaplah...
Tapi siot betul, tengah tumbuk cili untuk lawan ngan tempoyak, bleh terpercik masuk mata. Giler gedik-gedik me lalukan air kat mata. Huhuuhuuu...

So inilah ghuper...
Ikan kembung goreng - sambal dan tempoyak - ulam pegaga - rendang ikan - gulai ikan talang dan nenas

Saturday, November 6, 2010

Pasal... Makan Untuk Kesihatan

Salam,

Aik! Buat apa dengan carrot dan celery tu?





Ooooooh.... Eiman makan.

"Saya suka sayur.
Sayur sangat sedap.
Saya makan sayur.
Badan saya sihat!" - Eiman Ariq

Friday, November 5, 2010

Pasal... Masuk dan Kluar

Salam,

Me malas minum air.
WHY?
Sebab me rasa dalam 15 - 20 minit lepas tu sure me kena pi toilet.
AND... banyak mana masuk, me rasa banyak tu jugak la kluar.
Masa ngandung lagilah. Rasa macam nak pakai pampers jer...

TAPI me patut rasa lega sebab me tau my kidney masih elok bekerja... kan?
pic from: http://www.benefits-of-honey.com

Minumlah air banyak-banyak untuk kesihatan anda!

Wednesday, November 3, 2010

Pasal... Bi-Di-Yo Wo-King

Salam,

Also...
Video Eiman hero Dagu Tajam berjalan...
Walau bukan ala-ala model macho strutting along the walkway, but for me... ini dah mabeles abih!


Video ini diambil masa bebudak opis me main badminton kat Pusat Komuniti Pantai Dalam malam tadi.

Tuesday, November 2, 2010

Pasal... Berjaya Tangkap!

Salam,

Lama dok try snap gambar Eiman berdiri, tak dapat jer.
Tapi pagi tadi dapat jugak...


Pasal... Malang Tidak Berbau

Salam,

Lepas hantar Eiman kat rumah Mama Ruby, kami kluar jer nampak ada beberapa orang tengah ngadap sorang lelaki yang terlentang atas jalan. Depa dok tutup badan lelaki tu ngan plastik hitam. Macam melayu kulit cerah, shirt kaler beige. Helmet kaler kelabu kat sebelah dia...
Takziah untuk family mangsa.
Gambo tak clear, snap pakai camera Cokia jer...

Letak citer ni kat forum Cari, abih lumat me kena dengan forumer sana. hahahhaha... padan muka :P

Monday, November 1, 2010

Pasal... Car Nap

Salam,

Lately Eiman sering tido dalam keter.
Kat rumah susah nak tido, tapi bila masuk keter, lepas pusing 4-5 kali, minum susu, melalak skit, trus sondol-sondol me tido...

Ni gambar Hero Dagu Tajam lena atas pangkuan me Sabtu lepas...

Untuk gambar lebih besar, boleh klik gambar itu ya...
Related Posts with Thumbnails