Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, October 28, 2008

Pasal... malas, ngantuk & Nak makan apa

Salam,

So balik Penang aritu. Nothing special. Just masa ulang-alik Kepala Batas - Teluk Kumbar naik feri jer. Seronok!

Then makan nasi pak taat. nasi lemak ikan masin. laksa maktam masak. rojak buah tepi pantai. makan-makan-makan-makan... dah naik sekilo! hahahhahaha...

malam 1st hujan lebat! malam ke2 ok jer... tapi sepanjang hari sabtu tu, panas... sampailah ahad time kami balik. tak tempuh hujan langsung sepanjang jalan.

balik rumah, kemas mana yg patut, buat esemen. aiyok! tak siap lagi!

now kat opis... rasa malas, ngantuk... rasa nak berguling atas lantai ni then peluk bantal dakap dan Zzz...

So... nak makan apa malam ni?
Susah betul nak pk nak masak apa utk makan malam. not that ZwanZwan cerewet. dia masak telur masak kicap pun dia kata sedap.
just nak masak something special, yg best skit, tumpang ada mood rajin ni. hehehehe

ingat nak masak nasi ayam, then jumpa resepi nasi tomato, then nampak gambar laksa, teringat laksa lemak....

tepon ZwanZwan, tak angkat plak. ada yg masak semua ni karang!

tekak oh tekak, engkau nak makan apa?
pewot oh pewot, engkau nak makan apa?
nafsu oh nasfu, engkau nak makan apa?
Zwan oh Zwan, engkau nak makan apa?
Znil oh Znil.... engkau nak MASAK apa?

Wednesday, October 22, 2008

Pasal... Nak Pi Utara... Lagi

Salam,
Sejak 2menjak ni... Asyik pi utara jer...
Hahahaha. Jgn komplain. Pergi jer...
Ikut plan, Jumaat pepagi buta akan berkonvoi dgn pasangan pengantin baru, Khairi & Lili (Khairi tu lebih kurang macam kembar Azwan kat opis depa :P) pergi Kepala Batas untuk kenduri kawin adik boss depa. Depa akan sewa hotel, while kami akan lepak rumah Tok Baseah.

Tapi pk-pk balik, jauh giler tu nak kena seberang jambatan, minyak, tol... hm... tgk dulu camner-camner...


Tgh hari Jumaat akad nikah. Esoknya kenduri. So... ingat nak bawa depa pi makan nasi kandar terangkat terbang kat kedai Pak Taat. Harap ada kesempatan...

Balik ke sini insyaAllah dalam Ahad kot. Niat hati nak melencong ke Pangkor... lama tak pi sana... tapi tgk la camner dulu... hehehehe...

pic taken from: http://www.johnnyjet.com/home.asp

budget kena jaga. bulan 2 nak bayar roadtax keter. maintainance rumah pun byk tak bayar lagi.. kui kui kui...

Tuesday, October 21, 2008

Pasal... Angin

Salam,

*me padam.
takut ada bebudak opis me tersesat sini dan sampai-menyampaikan plak nanti...
so the melayu...
nasib baik me orang Middle Earth!

Tuesday, October 14, 2008

Pasal... Dapat Award

Salam,

Dapat award dari encik Cikidong.
Makasih.
Tapi hidung me yg tersumbat ni buat me rasa malas nak fwd ke kengkawan. Maaf la...

Ni semua ZwanZwan punya pasal. Dia kata, "Mak demam. Nanti awak pula demam....". bertuah punya suami... now kan dah kena. tekak sakit, hidung tersumbat, suara garok.... Uuuuuu

Monday, October 13, 2008

Pasal... Tadika Visit

Salam...

Pepagi dah bangun bersiap. Malam tadi dah sediakan goody bag untuk bebudak. Kena organise game untuk buat pemerhatian keatas kanak-kanak untuk tugasan paper Perkembangan dan Pembelajaran Kanak-Kanak.
Sampai Tadika Sri Pelangi, Bukit Mahkota dalam pukul 9 pagi. Jumpa Kak Nor. Dia bagi brief explanation tentang 4 years punya importain details. Then depa sediakan meja, me called out, "Circle time!". Amazing tengok bebudak ni berkumpul keliling me dengan muka excited. Tapi still ada beberapa yang masih malu-malu. Biasala, me stranger. Tunjuk depa gambar haiwan, minta depa sebut apa nama binatang tu then minta depa buat bunyi... depa siap buat gaya lagi... Children now a day... they are very cleaver!

Then proceed dengan game me. Unfortunately game me kureng sesuai untuk bebudak umur 4 tahun yang tak biasa dengan 'guru' mereka. Luckyly, bila dah nak habis baru nampak depa mula rasa seronok sbb dah paham macam mana nak main. Lepas habis game, as a token of appreciation, me bagi kat depa some goody bag. Happy depa. Tapi my mistake tak buat banyak, kesian tengok budak kelas 5tahun pandang jer... Sorry deary... (P/S: budak belakang tu Faiz. He is a very, i mean VERY special boy) Lepas abih sesi penyampaian goodybag, kami dihiburkan dengan tarian 'Vowel We Should Know' Tak dress-up, sbb tu latihan jer... Hehehehehe... Hm... seronok dikelilingi anak-anak ni. Macam-macam ragam, tapi mmg seronok.


Me SALUT kat SEMUA GURU-GURU TADIKA yang punya tahap kesabaran dan kasih sayang yang sungguh tinggi dalam mendidik dan membimbing bakal peneraju negara ni...

Friday, October 10, 2008

Pasal... Hepi Befday & Selamat Pengantin Baru

Salam...

HePi BeFDaY iLi NuR FaRHaNa
MaY aLL YouR WiSHeS aND DReaMS CoMe TRue



SeLaMaT PeNGaNTiN BaRu aan (HaNaNi) dan MRCoMoT (eLiaS)

10/10/2008


Monday, October 6, 2008

Pasal... Raya Repot

Salam,

Malam raya pergi rumah MIL. Buka puasa ala kadar tapi dengan lemang, rendang, lontong, kuah kacang la... Then balik rumah bersiap untuk Marhaban Raya kat rumah MIL. Balik rumah memang totally flat...

Pepagi sebelum subuh dah bangun, kemas mana yang patut. Bancuh air untuk ZwanZwan dan sediakan bebarang nak bawa ke 'bungalow' Ewan. Then kami ber2 merempit ke kawasan perkuburan seksyen 21. Kami sampai just in time utk ikut sama bertahlil dengan warga masjid, but ZwanZwan jer la join. Me pergi ke 'bungalow' Ewan, tabur pasir Pulau Beras Basah, Langkawi (baru jumpa botol tu), tabur bunga, siram pokok... Matahari dah naik, ZwanZwan pun join sekali.

Balik ZwanZwan salin baju baru dan sesi bermaaf-maafan berlangsung. ZwanZwan pergi solat and me packed baju. Bila ZwanZwan sampai zoom ke rumah MIL. Bermaaf-maafan dan ngap mana yang patut... borak-borak, bergambar... pukul 11.30 gerak ke Penang.

Sampai dalam pukul 5, sbb stuck 30 minit kat entrance jambatan. Some cars involved in XCdent. Sampai rumah tok tengok tak ramai yang ada. Makan, layan tetamu yang hadir sampai ke malam.

Pepagi bangun, sarapan dan ajak Tok Baseah pergi kubur Arwah Tok Wan kat Balik Pulau, then langsung ke rumah Mak Ngah. Naik semula ke Teluk Kumbar dan melawat kubur Pak Cik Jali. Pergi rumah Tok Njang dan rumah Mak Tam, layan nasi tomato. Since Tok ngantok, me tinggal sat kat rumah Mak Tam dan heret ZwanZwan ke Sunshine.

Oh My God! Sunshine ada sales!!! Me beli seluar 1, blouse 1... semua 70% diskaun! ZwanZwan pun beli sepasang persalinan opis. 50% diskaun! Then kami beli 2 bantal windsir RM10 sebiji dan pillow protector, RM6.90 sehelai! Giler murah! Set cadar pun diskaun sampai 80% tapi me tak boleh beli cadar sampai tahun 2012 sebab kat rumah dah banyak giler! Cukup setahun pakai kalau 1 set cadar me pakai 2 minggu jer! Banyak kan?!

Balik Sunshine pergi Giant plak. Then ambil Tok kat rumah Mak Tam, jumpa Pak Su. Balik rumah Tok dan Mama masak kuah laksa, since isinya ada, tapi kuah tumpah masa Pak Su bawa dari rumah MIL dia ke rumah Tok.

Ngam-ngam kuah masak, orang pun mai... menderu sampai ke maghrib. Terpaksa postpone nak melawat rumah Tok Chik dan Tok Ngah. Lepas Isyak, buat BBQ plak dari lebihan-lebihan ayam yang tak jadi rendang. Mak Tam and family mai, Pak Long and family mai... (yang lain tak ajak, sbb family depa besaq :P)

Esok pagi, lepas sarapan dan layan citer 'Kala Malam Bulan Mengambang'... kami gerak balik... Sampai Shah Alam pukul 5, clearkan litter box bebudak, top-up makanan dan air... then gerak ke Melaka plak.

Pagi Sabtu tu, beraya rumah nenek sebelah then gerak ke Masjid Tanah. Makan rendang itik, ayah masak... lama tak rasa ayah Ahmad masak! Nyum!!! Ayah bangga jer kenalkan ZwanZwan... 'Ni monantu seh' hehehehehe...

Lepas tu gerak ke Terachi plak, beraya rumah Mak Ngah dan Mak Lang ZwanZwan. Layan rendang lagi... dan...... tempoyak! Huwaaa... Pukul 10 baru balik rumah. Sampai rumah, letak beg, tanggal seluar trus tido... tader gosok gigi ke... tader basuh muka ke... penat, tak penat la... Nasib baik ZwanZwan rajin, dia tolong bagi bebudak makan, bersihkan litter box... Cayang ZwanZwan...

Er Encik ZwanZwan... duit raya saya mana?
Related Posts with Thumbnails