Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Our Home. Show all posts
Showing posts with label Our Home. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Pasal... Certeka Menjalar

Salam,

Bercucuk tanam lagi kat balkoni.
Ni kotak ke 3. Ada lagi 1 kosong.
Kena angkut tanah letrik/merah lagi bila balik rumah Mama nanti.

Kali ni tanam pokok menjalar pulak.
Harap dapat la hidup subur dan panjat grill balkoni seperti yang diharapkan a bit menyerupai disini:
http://www.ciria.com/buildinggreener/photos/fig_10.23.jpg

InsyaAllah.


Certeka pokok menjalar apa yang me tanam...

Thursday, May 2, 2013

Pasal... Kempen Parti Laksa

Salam,

Aritu me niat, dapat kerja YuEm ni, gaji first me nak buat makan-makan laksa.
Me yang mengelupur ni dah keco-keco invite semua... Sekali gaji bulan lepas tak masuk daaa... YuEm sekalikan dengan gaji bulan ni. Terduduk, terhenyak rasanya.

Maka ZwanZwan terpaksa jadi ATM me. Tapi kejap jer la. Sementara me nak keluarkan emergency stach me.

Anyway... akhirnya dicongak-congak JADI jugak makan-makan er.... kempen Parti Laksa Sabtu ni, insyaAllah. Dah beli bebahan. ZwanZwan beli. Excited dia. Kami pun dah kemas-kemas rumah bagi elok skit. Maklumlah rumah besar kandang Sha... Er kandang Lembu... kena susun elok-elok barangan dalamnya, bagi tak nampak sendat.

Sebelum korang bleh tOtOp window blog me ni, terimalah gambo makcik gomen bercamwhoring dalam toilet...


Wednesday, January 23, 2013

Pasal... Gangguan Selepas Tengah Malam

Salam,

Elia Amira, semalam mengamuk-mengamuk tak tido lepas ZwanZwan balik dari meeting pasal tanah retak belakang rumah kekami. ZwanZwan balik dalam pukul 12:30am.

Me dah called ZwanZwan byk kali, nak minta dia balik, tapi dia silent-kan phone. Dia balik lambat pun sebab tolong kemas kerusi meja. Niatnya baik, tapi natijahnya, teruk!

Elia Amira tanak tido. Tido setengah jam, terjaga, melalak. Then tido balik, terjaga nak main. Sampai pukul 3am dia masih boleh gelak-gelak time me salinkan diaper dia. Lepas pukul 3, dia lena tapi by 5:30am dia melalak lagi. Ya Allah tension seh!

Akibatnya kekami melajakkan tido lepas subuh. Hambik ko!

Amalkan la balik memalam buta, tak basuh kaki, tangan, muka then sambut anak-anak. Me ingat citer-citer tu saja nak takutkan ibubapa since 2 anak jantan me OK jer. Nah dengan anak dara ni, kena. Kena stand by air Yassin balik ni... Or advise techician opis ni, letak 1 gayung air dengan secubit serbuk kenyit untuk buat cuci tangan. Hm... petua orang India, katanya... Bleh try, no harm...

Nah cuci mata, gambo ZwanZwan kat meeting. Me pinjam gambar ni dari FB Indahria yang dipetik oleh Encik Moosa.



Wednesday, December 12, 2012

Pasal... My Little Garden

Salam,

Have I share this?
My little kebun...

Dari kiri: Serai, Nenas Sarawak, Pokok Karepole a.k.a Kari, Pulau Pandan Jauh Ke?, Kunyit, Halia.

La ni tengah tunggu ZwanZwan cari tanah letrik untuk ditambah dalam pasu besar. Nak pindahkan pokok pandan tu. Serai tu pun pending masuk pasu besar. 

Lepas ni projek tanam pokok menjalar lepas pasang jaring besi kat tepi balkoni. Kiranya pokok tu akan sembunyi-sembunyi pandangan direct jika jiran kluar ke balkoni depa. Pokok yang telah berjaya menang undian adalah pokok kacang kelisa a.k.a kacang botol. Bleh buat ulam or nasi goreng kerabu! SEDAP!!!

Wednesday, November 7, 2012

Pasal... Sungai Belakang Rumah

Salam,

Ini gambo me pinjam dari one of my neighbour tingkat atas punya fb...
Inilah keadaan sungai belakang blok rumah me sejak hujan lebat lately...


Thursday, August 16, 2012

Pasal... Plan Sebelum Raya

Salam,

Jelujur dan manikkan baju melayu Eiman Ariq. SIAP
Malam ni giliran baju Elia plak.
Baju Babah... tengok lah, if Azwan Turbokit nak bagi upah :P
Mine?! Macam tak sempat jer...
(turbo besaq camni la, lambat panas nak dan kick in. Belum lagi kira nak sampai full boost)

Hall dah kemas. Balkoni dah kemas, tinggal nak angkut sampah jer.
Bilik biru tinggal nak lipat kotak masuk bawah tilam.
Bilik Pink kena lipat baju, baru boleh bernafas.
Bilik depan nak kena lipat sauna, ganti lemari plastik dan simpan segala mak-nenek baju dalam tu. Then ganti cadar BARU!!!! Cadar lama banyak yang warna luntur dah... Yang kotor, hantar dobi pun tak boleh bersih. (alasan :P)
Dapur, dah pelan-pelan kemas. 
Toilet me, nak kena tuang pencuci biar semalaman then sental.
Toilet ZwanZwan pun sama tapi pembersihan adalah lebih menyeluruh :p

Ingat nak tolak sofa 2 seater masuk bilik Biru. So hall lebih luas. Hall tu plak nak bentang balik rubber matting since Elia dah mula merangkak skit-skit. 
Teringin nak beli bunga dan gubah dalam bakul rotan bekas hadiah bersalinkan Elia dulu letak atas deep freezer BeSaQ BaPak kat hall tu. Kuih raya pun letak kat atas tu. Hehehehe

Begitulah plannya sebelum raya. Semoga Allah beri kekuatan untuk melaksanakannya.

Wednesday, August 15, 2012

Pasal... Mana Pintu Ku?

Salam,

21 Julai lepas, kekami pi Houz Depot.
Pi tempah pintu aluminium bi-fold. 
Seronok gedik nak raya.
Sekali depa kata, lepas raya baru dapat. Pasrah...

OK la. Dah book, bayar semua. Depa kata nanti orang ukur akan tepon utk arrange bila depa nak mai rumah ukur pintu. 
Tunggu punya tunggu, dah 25 hari, hapah pun tak ada.
Ahad lepas, kekami pi sana tanya apa cerita? Budak Marina ni kata, "Isnin ni saya call supplier."
So hari ni dah Rabu, me call tanya, apa cerita, "Nanti saya call supplier." "Eh bukan ke patutnya hari Isnin lepas awak call?". "tader kak, diaorang kita kena call beritahu."

Me malas nak argue. Kalau nak fire, boleh jer, tapi MALAS.
Jumaat ni, me akan kacau depa lagi. IF jawapan sama, me akan naik suara KOMPOM!
Kalau ikutkan sebulan. Since raya patutnya DAPAT PINTU tu lepas raya. Ni jangankan pintu, orang tepon nak bgtau nak mai rumah pun belum.

Takpe, lepas raya tak ada lagi, mampus la kena serang Houz Depot ni.
Buat keja memain.
If tau slow, lembab macam ni, baik me tempah kat kedai dalam Tesco Shah Alam tu. Mahal RM20 jer tapi by 1 month, siap!

Pintu gini elok, tak makan space. Tapi for my case, dia MAKAN HATI :|

Tuesday, August 14, 2012

Pasal... Masak Spagetti Pagi Raya?!!!

Salam,

Masih tak pasti nak balik Penang or not.
If balik, masih tak tau pada hari apa.

Tapi yang pasti, sesapa yang tak pi mana-mana masa raya first, bleh mai beraya rumah kami tahun ni. Kami masak LAKSA PENANG!!! (like grand sangat la laksa ko tu Nil :P)

Lauk-lauk lain, tak pasti. Kita tengok ehsan Mama TERchinta dan MIL TERshayang. Depa huloq-huloq, ada la! Hahahahhaha...

Oh yes, My Mum beraya kat Shah Alam tahun ni. Tapi bukan kat rumah kami la, kat Subang Mas. MIL macam biasa, 1st day Shah Alam, 2nd dah balik Terachi.

Sampai bila la baru nak belajar buat rendang? Tak raya la tader rendang, kan Jenet kan kan?
Paling malas pun, lontong la... sluuurp! Or if me masak spagetti pagi raya, kena hamput tak? hahhahahhahahaha...

Friday, July 20, 2012

Pasal... EBM dan BaPak BeSaQ Deep Freezer

Salam,

Esok puasa ye? Alhamdulillah jumpa jugak Ramadhan tahun ni. Then raya ber-4, anak sepasang. Seronok tolak part Ewan  tak ada la. If ada, ranap My Katak tu dgn 3 anak, 2 toddlers car seat dan 1 baby car seat. Beg baju ZwanZwan and Me. Beg anak-anak, diapers lagi. Bantal busuk sorang 1 lagi. Raga isi makanan lagi. Kesian My Katak!

OOT: Kena tukar kereta tu... ALZA!!! :P | ngidam dah lama, tunggu gaji revise lepas abih probation ni tengok :P

Anyway... Hari ni kena pi kutip balik EBM kat rumah Ili. Masuk deep freezer Bapak Besaq! tu. (YES, I named it Bapak Besaq! penyebutannya adalah Ba-Pak Be-SaQ! tekankan bunyi pada sukukata berhuruf besar tu). Then 2 kali trip dari rumah MIL. Lepas tu nak sort balik semua EBM. Hari tu dah sort tapi rasanya buang karan je sebab bukan semua stok ada. Half here, half there. 

Nak kutip jugak plastik bag byk-byk, beli sticker so senang tampal jer note kat plastik bag tu. Now main stapler. Tarik kuat skit jer tercabut. Nak kena masukkan all EBM by weeks. Roughly ada minumum 8 ketul, 6oz susu per week. Max so far adalah dalam 24 ketul. Tapi rasanya weeks sejak me mula kerja kurang sbb ZwanZwan guna utk stok ke rumah Mama Ruby. Stok bulan 3 pun rasanya ada tak byk sbb me bagi kat Ilyas :D

Tak kisah. 
Yang me kisah, bila Elia nak mula minum EBM ni? Peti BaPak BeSaQ pun akan penuh if stok tak berjalan. Tapi... rasanya, minggu ni ngan minggu depan stok kurang kot sbb semalam pi berurut kat Mak Cik Ju, dia kata my peranakan kembang dan turun ke bawah. Tanda-tanda nak dapat lawatan 'My Monthly Best Friend'.. OH MY PERIOD! tak dapek la posa penuh gini :P

Monday, July 16, 2012

Pasal... Bapak Besaq

Salam,

Inilah deep freezer bapak besaq yang me beli aritu!
Siap Elia dan Eiman bleh lepak dalam tu.

Kot-kot depa fefiling nak dok kutub utara, bleh masuk dalam tu...
Tapi peti tu dah kena kunci dan kami letak kat hall. Letak dalam bilik buat bilik kecik, lagi kecik!

Akal jahat me kata, pam susu banyak-banyak. Bila penuh peti tu, bleh stop. Tak larat nak bangun 2-3pagi pam susu y'ol!!!

Eiman seronok betul masuk dalam peti tu. Banyak ragam anak teruna me tu. Manja pun iya.
Elia? Oh silalah jeles dengan rambut hitam lebat tebalnya itu... manja jugak hokey! Tapi dalam fasa NO to BABAH. Letak kejap dengan ZwanZwan dia melalak. Maka, melekat dengan me la sampai waktu tido dia, which is Alhamdulillah around 10-11pm.

Thursday, March 29, 2012

Pasal... Menu Sabtu

Salam,

laksa: isi laksa 3, ikan curut 25 ekor, asam keping, bunga kantan 2, daun kesum, belacan penang, nenas, salad, timun, bawang besar, cili kering, cili padi, limau, otak udang

nasi tumis dan ayam: basmathi 2, ayam 3 potong 12, salad, timun, tomato, cili merah, halia, bawang putih, sos cili, cili padi, kentang, lobak merah, rencah sup, bawang goreng, daun sup, planta, bawang putih, kicap, oyster sos

tembikai, oren, honeydew?
ais krim + bun?
agar-agar santan?
sirap!

Monday, March 26, 2012

Pasal... Our Home

Salam,

Dah clearkan 1 kotak. Lega. Esok bleh attack another one. 
My Mum giler rush suruh clearkan bebarang kami kat rumah baru dia (read as rumah lama kami).
Rasa macam kena halau seh! Kecik hati tapi berani ke nak bgtau dia? Luah kat blog jer la.
Ala kalau dia baca pun, ada perubahan ke? BuahahhahahahaN

Kalau kami pilih kat sana, taderlah belambak barang masuk rumah Riang-Ria ni. Ni sampah penuh! Tadi siap jumpa plastik bekas isi makanan apatah. Dah la kotor, busuk plak tu. Geramnya...

Paling pening kepala adalah nak sort out bebaju. So far 1 plastik sampah saiz M penuh me dah isi. Baju elok-elok lagi semuanya. Tapi kalau simpan pun bukan boleh pakai, tak muat dah! Buang jer la harapan, "I'll wear it again once I lost weight!". BS la!

Langsir rumah dah dipasang. Tapi untuk bilik bebudak tak pasang sebab tader railing. Bila tahun ZwanZwan nak pasang, me pun tatau. 

Entah bila la nak siap kemas rumah ni...
Kalau ada duit lebih, boleh la pasang kabinet dapur ikut yang me nak dan kabinet kat toilet serta lemari baju. Makan masa nak kumpul duit camtu... tapi menuju kesana. Tak ada holiday tahun ni. Cut budget!

OK lah, cukup la luahan perasaan dipepagi buta... jom tido!

Wednesday, March 14, 2012

Pasal... 1st Night

Salam,

Abang dan Adik tido sekatil di atas cadar baru, tilam baru, katil baru, bilik baru, rumah baru...

Still banyak trip lagi kena buat antara Riang-Ria dan Subang untuk kutip bebarang.
Rumah kami semak tapi kena pelan-pelan kemas... 
Pada yang nasihat to me jangan angkat benda berat, I'm sorry, sometimes kenot help it la...
Kesian tengok ZwanZwan terkial-kial angkat sengsorang...
(tapi part luka bedah me sakit, me tanggung sorang jer hehehehhe)

OK nak tido atas tilam baru, cadar lama, katil lama, bilik baru, rumah baru...
Semoga Allah memberkati rumah ni, murahkan rezeki kami dan dikurniakan kesihatan amin amin amin~

Wednesday, March 7, 2012

Pasal... Elia Amira Sebulan

Salam,

Elia Amira dah sebulan!
Me ada lagi 2 minggu untuk habiskan pantang.
Tapi me tak pantang sangat...

Sapa nak tolong me angkat barang pindah rumah Sabtu ni?
Makan-makan skit tu ada la... tapi beli jer. Me malas nak masak... bleh?

Elia la so far Alhamdulillah senang gak nak jaga...

Some points about Elia:

- Pusat dia tanggal pada hari ke-5 (masa mandi pagi)
- Pusar rambut dia kat tengah kepala macam Abang Ewan
- Suka jeling. Ni perangai me
- Bau baby si Elia ni is more like bau badan ZwanZwan (Eiman dulu bau me :P)

Saturday, February 25, 2012

Pasal... Tak Jadi Datang

Salam,

Patutnya la ni kekami kat LCCT.
Patutnya dalam setengah jam lagi Tok Baseah dan Azuad sampai.

Patut tinggal patut jer la.
Tok tak sihat so dia tak jadi datang.
Lagipun kekami masih dirumah lama.

2 minggu...
Eh 2 minggu lagi insyaAllah masuk rumah baru.
Kena buat small majlis skit. Baca Yassin semua, doa selamat semua.
Tak jemput ramai orang so sesapa yang kekami tak jemput tu jgn kecik hati ye...
(macamlah happening sgt par-tay ko tu Mak Nil!) :P

Friday, February 24, 2012

Pasal... Kabinet

Salam,

Jep kabinet kata dia akan mai pasang kabinet 9hb depan.
So by 10hb dah bleh angkat pindah barang.
Ada sesiapa yg nak tolong? Dialu-alukan.
Tapi makanan takat air melo ngan beskot mayat jer la...

18 hari dalam pantang, susu dipam lepas Elia minum adalah dalam 5oz.
Kalau awal pagi tu pernah sekali cecah 8oz. Terkejut wooo!
Alhamdulillah rezeki Elia.

Elia ni 1 jer yang me kurengkan...
Suka minum skit skit, kanan kiri kanan kiri... so lama la kena gendong dia.
Sabar jer la...

Thursday, February 16, 2012

Pasal... Indah-Riang-Ria

Salam,

Angin tau dgn kontraktor kabinet dapur ni.
Ke kami yg lambat nak bagi kata putus?
Now nothing happen yet in our rumah. 
Tunggu paling cepat 2 minggu lagi la untuk masuk Indah-Riang-Ria.

Now tgh nego qoutation harga.
Kompom kalu bayar 30% dan order barang ambik dalam 2 minggu untuk siap.
Pasang 1 hari jer.
Sementara tu, once meter air dah dipasang ZwanZwan bleh mula cuci rumah, bersihkan cat lebih yang sapuannya comot semua. Kering rumah bleh minta kedai perabot hantar bebarang. 2 kali depa called tanya bila mau angkat barang. Iyalah, depa pun nak clear up stor depa maaa...
Pada masa yang sama jugak kena spent some time pi PAS ambik langsir dan pasang railing kat bilik Professor Emeritus dan Adik. 
Settle ni semua, bleh mula pindah barang dari Subang Mas ke sana... 
Tidak ketinggalan kena baca yassin dan doa selamat masuk rumah... hm...

Saturday, February 11, 2012

Pasal... Update Dalam Pantang

Salam,

Seriusly me teringin nak berpantang macam cerita-cerita indah yang me pernah dengar.
Yakni, mak akan jaga makan minum kita, jaga baby bangun tengah malam semua, salin lampin cuci berak and such!

Me ada dengar mak tido sekatil dengan anak untuk jaga cucu.
Ada citer mak akan suruh anak tido bila cucu tido, makan bila cucu makan.
Ada juga yang mak siap atau carikan orang untuk urut, param pilis bengkung semua.
Menu makanan pun memang untuk orang pantang.

Well, this not going to happen since my Mum moden ma...
Lagipun me tak pantang kat rumah dia. Sendiri cari pasal kan? hahhahahaah

Luahan hati lebihan hormon ngandung la ni.

Adik ada kuning skit pagi tadi. Muka merah betul. Dengan segera ZwanZwan dan Abang Professor Emeritus Eiman Ariq pi cari susu kambing, susu ke2 terbaik selepas susu ibu! Alhamdulillah Adik minum dan nampak kulit dia balik ke biasa balik. 

Me pagi tadi dah masuk jari kaki nak meroyan sebab tetiba teringat Ewan. Apa hal anak aku nak kena kuning balik sedang anak sulung aku dah korban nyawa dulu?! Marah woooo! So now, 3 jam sekali gerak Adik minum. Me pun lepas susukan dia me pam susu. Walaupun la ni baru dapat stok 4oz tapi OK la, pelan-pelan kayuh ye dok?

Eiman plak kengkadang buat perangai. Oleh kerana ZwanZwan dan me penat dan tak cukup tido layan Adik awal pagi buta tadi, banyak kali la jugak Eiman kena pukul. Kesian dia... Salah kami la... salah kami...

Penerimaan Eiman terhadap kehadiran Adik so far OK, should improve within time, insyaAllah...
Doakan kami agar diberi kekuatan melayan kerenah anak 2 orang ni. Sungguhpun kami anak dah 3 tapi kami 2 kali berpantang anak sorang. Hihihihihi.

RUmah baru? Nak pasang meter air. Once dah pasang bleh mula bina dapur. Ambik simple jer sebab budget bocor masuk sepital dan operate masa cuti umum. Adeh~ 2K lari. hehehehhe... Sepital kerajaan tanak. Gatal hehhehhe...

Oh me ada berita baik untuk mereka yang bersalin operate. Me pakai corset ni, sedap dan selesa. MIL dan SIL pun bagi komen betapa me bleh jalan laju dan berdiri elok. Nanti me citer bendalah tu bila ada mood :P

Tuesday, January 24, 2012

Pasal... Lagi Kisah Rumah

Salam,

Hari ni sapu second coat cat. Baru perasan depa salah sapu cat bilik Adik kat tepi-tepi dinding bilik me.
So depa kena sapu undercoat balik dan guna Leeds Green kat bilik kami lah. Adeh~
Dapur kena pakai Bluet baki dari bilik Professor Emeritus Eiman Ariq.

Me minta Ili nanti tolong bawa turun mesin jahit so bleh tolak masuk rumah baru. Now bilik Ili adalah ruang untuk dia. Segala mak-nenek koleksi cadar dan langsir pun kena start hantar skit-skit...

Semalam panggil kontraktor ukur dapur. Nak naik dinding, pecah kitchen counter lama, tutup sinki, bina sinki dan kaunter baru, bina kabinet atas sampai siling semua... Tapi me minta ubah skit dapur masak, tutup sinki, bina sinki dan kaunter, naik dinding, tanpa kabinet dia minta 4K. pengsan!

Nampak gaya kena duduk rumah tanpa dream kitchen dulu la... 
Nampak gaya pantang 44 hari kat Subang dulu la. Abih pantang baru pindah betul-betul.
Kesian Tok Baseah tak dpt nak teman me kat rumah ada lift. huhuhuhu...

Monday, January 23, 2012

Pasal... Mengecat Ghumah

Salam,

GONG XI FA CHAI kepada pembaca yang celebratenya... (ada ke? :P)

Ni gambo sekitar peristiwa mewarna rumah kami tadi.
Upah 4 warga Bangladesh yang rajin bekerja.
Upah? Murah! Depa kata bayarlah seikhlas hati.
Kami bagi lebih dari gaji depa dapat sehari 12 jam kerja disamping jamu depa nasi ayam untuk lunch, KFC untuk dinner dan mee goreng (MIL masak) untuk bekal bawa balik rumah.
Hari Selasa ni depa akan mai sapu cat second layer plak, insyaAllah.

Pelakon utama hari ini. Cat...

Pelakon pembantu, KFC

Tok Dalang Kecik dan Besaq

Lively Greystone KOT namanya

Bluet, bilik Abang Eiman

Ashley Pink, Bilik Adik

Violet Purple, bilik tuan besO

Hall siap 1 coat. Dapur tunggu naik dinding dan bina kabinet. Then letak kaler Leeds Green
Semoga segalanya fall in nicely according to plan... InsyAllah...
Related Posts with Thumbnails