Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Pasal... Peraduan Teka Buku

Salam,

OK Ahkak kembali lagi. Lama giler tak ber-blog. Malas or tak sempat... entah lah. A cocktail of both maybe.

Anyway, sempena jualan buku murah-murah giler-giler kat Big Bad Wolf Books yang sedang berlangsung dari 27 Mei - 5 Jun 2016 di The Mines 2, Ahkak dah hangkut satu Family Package berharga RM160 untuk satu kotak kecil dan 1 kotak besar. Dia macam konsep kotak prabayar Pos Laju la... beli kotak then isi lah barang dalam tu. Bezanya event ni, beli kotak, isi penuh-penuh buku korang nak. Asalkan penutup kotak tu bercantum elok bila ditutup, semua buku tu, ko korang punya. Tak kisah la walau pun korang bayar RM160 jer untuk kotak tapi buku dalam tu bernilai RM500! Hebat kan? Kami spent dalam 2 jam mencari dan menyusun buku (selain beratur untuk bayar dan ambil kotak di kaunter). Berbaloi-baloi.

So, Ahkak nak ajak kenalan Ahkak berkongsi rezeki dengan memenangi satu set buku cerita kanak-kanak. Macam mana? Tengok gambar kotak-kotak Ahkak hangkut semalam yang penuh buku, dan teka berapa bilangan buku yang ada dalam tu? Senang kan? Tak dapat tepat pun, sipi-sipi pun OK lah. Ahkak tak berkira sangat sebenarnya. Kehkehkeh...

Untuk mengetahui cara nak join, sila ke SINI ye'!

Good Luck!

Hadiah yang ditawarkan. 1 set buku Five-Minutes Story (9 buah buku bernilai RM72)
Kedua-dua kotak yang Ahkak hangkut
Ukuran kotak-kotak tersebut
Diantara buku-buku yang terdapat di dalam kotak kecil

Wednesday, July 3, 2013

Pasal... Hepi Hari Tua

Salam,

Kerana KOPIKO... mata ku buntang @ 2am.
Beg baju dah siap kemas.
Esok beg mekap (la sangat!) dan toiletries.
Then alatan 'handbag' me (pam lewww).

Klu sempat nak melawat 'bungalow' Ewan Ariff.
Then ke spa (yes people, spa) then trus ke Thistle.

Hepi Hari Tua to ME!

Saturday, March 30, 2013

Pasal... Tak Ada Batang

Salam,

Ahkak tak suka pakai cermin mata sebab bila pakai jer sure spek tu melorot jatuh. To put it bluntly, hidung me macam tak ada batang untuk 'pegang' spek tu. Huhuhu...

Haritu, me pakai spek ZwanZwan dan snap gambo ni. 
 
Sekali pandang nampak chumil, 2 kali pandang nampak macam badut! Ditambah tudung herot-petot, lagi la burukzzz. Hehehhehehe

Thursday, November 22, 2012

Pasal... Garang

Salam,

Korang pernah dengar lagi 150 Juta tu?
Fynn Jamal nyanyi tu...

Me baru perasan lirik dia semalam. 
Suruh ZwanZwan dengar pagi tadi. 
Akhir tiap bait lagu me citer, camni, camtu.

Then me ingatkan dia.
Dulu pun me ada warning kat dia masa baru nak kapel-kapel.
Me cakap me ni garang, mulut jahat, cepat marah, tak cantik sangat.
ZwanZwan sengeh cakap, dia ingat.
(Tapi dalam hati sedang sumpah seranah cakap nyesal kot? Hahahhahaha, Ai tanak tau!!!)

Masa me bersalinkan Ewan Ariff dulu, ada sekali tu ZwanZwan tumpang my Mum balik ke rumah dari hospital. My Mum ada cakap macam sorry la, anak pompuan dia tu garang. ZwanZwan kata takpa, dia tau me begitu bersebab. Bukan suka-suka jadi singa. 

An OH~ moment


Monday, November 19, 2012

Pasal... Benda Apa Ini?

Salam,

Cuba teka, benda apakah ini?


Wednesday, October 3, 2012

Pasal... Van Laksa Tepi Laut

Salam,

If Shah Alam ada laut dekat-dekat, me nak jual laksa on the weekend :P


Wednesday, September 5, 2012

Pasal... 1998

Salam,

ME in 1998.

Masa ni join chatroom nama AnjungCafe (-:

Sunday, August 26, 2012

Pasal.. Snap Snap Pagi Raya

Salam,

Gambo dipagi raya.


Ralat 1 je... tak ada gambo kami semua in a picture :(

Tuesday, July 31, 2012

Pasal... PmAyBoXb?!!!


Salam,

Arini hari ke-2 training tak training kat PDI. Belajar sistem PABX dan MYOB. Then belajar cara nak jawap tepon... er.....

Akak trainer jenis 'akulah yang terhebat'. Cakap mau menang sentiasa disamping volume kuat.
Me rasa part cara jawap phone tu, mcm tak sesuai jer... whatever la, janji arini bleh balik awal :P


NOTA-PISANG-KAKI: hari pertama me-Lipid
sahur: ayam kfc seju-kejung, coleslaw dan buah tin
last meal: ayam kfc, coconut shake, mee sup, nasi dan sambal ayam, kuih sago

Monday, July 30, 2012

Pasal... Murah Seh!

Salam,

Happy BELATED Birthday to ME!


Ada hikmah sebenarnya byk sgt halangan untuk me beli blender ni. Bukan sekali tapi 3 kali. Nak beli jer, duit kena guna untuk lain hal... Again dan again.

Tapi tadi lepas borong diapers kat Baby Expo kat Mid Valley, me nekad nak beli blender. Cuma masa tu me nak beli blender saja sebab me rasa harga RM258 tu mahal. Berkorbanlah lagi dan lagi...

Pi carik kat rak Philips, panggil orang jaga, sekali dia tunjuk harga yang me rasa tak percaya jer. Lagi lawak ZwanZwan bisik, "Shhhhh, biar jer. Kalau salah pun kita untung."
APAKAH?!!!

Buka carik, inspect dan pi bayar. Murah seh! I mean for us RM199 memang murah dari harga asal :P

Maka, Happy BELATED Birthday to ME!

Thursday, July 26, 2012

Pasal... Umur 5 Tahun KOT

Salam,

Sepupu me post gambo ni kat fb.

Ni rasanya time me umur 5 tahun kot. Sebelah tu sepupu muda setahun.
La ni dah besaq dan kawin dah pun.
Muka dia la ni macam Ekin Cheng woooo!


Wednesday, July 25, 2012

Pasal... Masak Di Bulan Posa

Salam,

Bulan posa... 5 hari posa dah... Alhamdulillah...
Cuma tatau la apa hantu tahun ni, me asyik ngantuk jer tak abih-abih.
Sabtu aritu buat taik mata sejam lebih. Ahad pun sama. Isnin half day, tido jugak even walau dalam keter. Selasa tak pi kerja langsung membuta lepas Subuh sampai 10am. Petang lepas masak tido lagi, 2 jam plak tu! Punggah!!!

Anyway, seronok bulan posa ni, My Mum ada kat Shah Alam. Boleh pi jumpa gesek-gesek gedik selalu :P.
MIL sebelum posa habaq, toksah masak, pi berbuka kat rumah dia. Lauk sahur pun dia bleh bagi. Tapi sehantu-menantu-hantu me ni, sendiri mau ingat la, dah nak melantak selalu rumah MIL, hulur-hulur le lebih... :P

Apa-apa pun,setakat 5 hari posa ni, me ada masak 2 kali kat rumah hokey. MASAK sendiri hokey! (riak takbur disitu!)
Sahur pertama, me gigihkan diri masak ayam kicap pukul 3 pagi selepas sesi mengepam susu. Pukul 5 ZwanZwan bangun makan sedang me layan bertenet.
Berbuka hari ke2, me masak mee kari tapi kurang sedap kata ZwanZwan (saja carik gaduh). Sbb me tak letak ayam. Me letak seafood jer (pisbol,piskek, sea-ham). Selalu me letak ayam bertulang. Tapi me makan hati betul dengan permintaan ZwanZwan. Nak sambal tumis kerang. Tanak kalah! Lepas me tarik muncung 1 kaki, baru lah dia kata, takpa masuk dalam kuah saja pun OK. Rasa nak terbang honggah belakang dia time tu tau!
Me ada jugak masak ayam kicap KOT la ZwanZwan tanak makan mee. Rajin la plak. Tapi sampai hari ni, naik kejung ayam tu kena perangat, tadak orang nak makan.
Seterusnya, semalam, masak laksa. Dia ngidam laksa la plak... Maka menonong la bini dia masak laksa. Sampai tertido sekejap... bangun sambung balik masak...

Hari ni? tatau la nak masak apa. Ke nak terus ke Sri Muda rumah Hajah Zuriah. keh keh keh?
Tengok dulu opis lepaskan me balik pukul berapa. Jaga business centre susah tak macam jaga portal. Isk Isk Isk.

Gambo tader. Tanak jadi penyumbang dosa kering korang terlioq :P

Wednesday, July 4, 2012

Pasal... Hari Tua - Hepi Befday to ME!

Salam,

4hb Julai!!!

Dah tempah kek eskrem BR Jumaat lepas.
Balik kerja hari ni, pi Plaza Masalam untuk dinner dan pick up kek eskrem tu.

Tak mengharapkan sebarang hadiah dari ZwanZwan since dia pun sesak lately. Hehehehehe...

Tengah tunggu duit dari Prudential so bleh la  beli hadiah untuk diri sendiri. (insurance korang ada macam ni? bleh keluarkan duit untuk berjoli sesuka hati? if tidak, blum terlambat untuk bertukar ke yang ini :P - promo sekejap)

Niat dihati nak buat kenduri tahlil untuk Ewan Ariff dan doa selamat untuk Kami-Kami tapi rezeki tu bukan hak kami, maka diam-diam duduk saja la...

Akhir kata...

Wednesday, March 21, 2012

Pasal... The Last Day! Hey

Salam,

44 hari berpantang...

Elia demam lagi.
Sebelum subuh me dah meroyan cari botol besar nak pam susu sebab the twins dah mula ada lumps balik. SAKIT HOKEY!!!
Kesian ZwanZwan kena melayan bini meroyan. Tapi look on the bright side, dia bleh mandi, bleh berjemaah lagi kat surau hari ni! Semua gara-gara bini meroyan sebelum subuh.

Oh, BIG news!
Half of my EBM stok cair sebab Eiman pi OFF suis deep freezer. Me tak kita berapa ketul tapi congak-congak dekat 400oz wooooo percuma kena let-go! Meraung me semalam. Berjurai-jurai air mata me. ZwanZwan jangan kata apa la, dia punya angin la dengan Eiman. Nasib baik hamba Allah tu dah tido kalau tidak kena sedas lagi. Sebelum tu Professor Emeritus tu main softlan, separuh botol ditonggangnya atas lantai bilik. ZwanZwan nak mop tapi me kaut balik masuk botol. 2-3 das ZwanZwan taruk Eiman. 

Kesian memang kesian tapi Eiman dah faham bahasa, kena start ajar awal. Better start now. Or like the wise Encik Ying-Yang-Yo said, "Better pukul diaorang sekarang, esok diaorang dah besar diaorang boleh pukul kita balik! (then he laugh) Better ajar diaorang sekarang time masih boleh lentur, lagipun diaorang dah faham bahasa".

Esok me nak makan Magnum Choco-Cappuccino.
Meraikan abih pantang, bleh?

Tuesday, March 20, 2012

Pasal... Kotor, Apakah?

Salam,

Malas nak taip pepanjang...

BCG Elia bernanah, pecah semalam.
Elia had a mild fever.
Elia ada 2 tunggul gigi macam nak tumbuh soon.

Me demam on last Saturday.
Me buat spekulasi samada bentan, demam susu, infection tinger.
So semalam pi klinik check punya check me demam sebab kencing kotor, apakah?
Maka kena makan antibiotik seminggu...

Sunday, March 18, 2012

Pasal... Ku Sangkakan Luka Jahitan

Salam,

Ingat tak dulu me buat entry pasal sakit luka jahitan.
Jumaat lepas buat urut, scrub, mandi herba penutup pantang.
Lepas 39 hari baru bleh urut pewot.
Sekali tengok yang sakit-sakit tu bukan jahitan hokey!
Something far more worst than that!!!

Turn put sebab me degil sangat dok angkat benda berat semua, peranakan me telah turun bawah dan senget ke kiri. Tu yang me dok rasa sakit tu. Lepas Kak Yati urut dan tolak skit-skit, sakit tu dah hilang tapi kengkadang rasa jugak la skit. Kena urut lagi. Mak Tam pun suruh pi urut lagi sebab benda tu bukan bleh buat main-main wooooo.

Oh by the way, sesapa yang nak buat ratawan urut, mandi herba, param-pilis, scrub semua bleh try Kak Yati ni. Dia buat sangat OK. Bagi harga bleh PM dia kat FB ye.

Friday, March 2, 2012

Pasal... Hujan Lapaq

Salam,

Alert!
Hujan hujan ni selalu buat rasa lebih lapaq dari biasa.
DEYMMM!!!

Penurunan berat badan me pun macam dah stop.
Jeans lama dah muat cuma tak selesa sgt la sbb ngam-ngam melekat.
Hm...

Saturday, February 18, 2012

Pasal... Pantang Day 12

Salam,

Plaster jahitan potong pewot dah dibuka.
Mandi masih malu-malu.

Susu now kalau dipam dapat dalam 4oz.
Malam pam midnight then lupa dunia sampaila terpaksa bangun pam dalam waktu subuh sebab dah bengkak. Dapat la 9oz hasil 2 kali pam tu.

Elia badan panas naik ruam.
Eiman asyik nak kiss Adik jer.
ZwanZwan jenuh melayan 2 anak-anak dia.
Me? Heheheheh...

Wednesday, February 15, 2012

Pasal... Susu Ruam

Salam,

Alhamdulillah susu makin banyak. Tapi semalam pagi me pam sekali jer tu pun pukul 5 sebab Elia dah mula tido kapit dengan me. Dia bangun jer me sumbat boobie. Nyot nyot, tido... ZwanZwan bangun pagi pun hepi jer sebab cukup tido. Kurang la dia marah-marah kat Professor Emeritus Eiman Ariq tu.

Tapi ada susu yang dah perah lama tak berusik, maka me masukkan dalam plastik beg untuk dibekukan.

4.5oz susu dalam 2 plastik bakal menjadi beku...
OK, now lets bercerita pasal hajat me nak berpantang betul-betul. Me pakai baju sejuk, berkain batik, socks semua. 1 setengah hari ini yang jadi...

Ruam panas

Bila mula berpeluh, akan mulalah juga rasa merenyam yang amat-amat. Ruam akan mula memerah dan me akan jadi tak keruan betul. Kat bahu ada, lengan ada, belakang ada. So kena dok depan kipas la sepanjang hari. Kat dahi dan mata pun ada. 

Tatau la kenapa jadi macam tu. Sebab me pakai param dan pilis ka... Sebab me berpeluh byk sangat ka (peluh me tak masin hokey! nampak sgt badan me byk air)... Sebab me pakai corset seharian ke... Entah la... Allah tanak me kurus cepat kot? BuahahhahahaN


Saturday, February 11, 2012

Pasal... Update Dalam Pantang

Salam,

Seriusly me teringin nak berpantang macam cerita-cerita indah yang me pernah dengar.
Yakni, mak akan jaga makan minum kita, jaga baby bangun tengah malam semua, salin lampin cuci berak and such!

Me ada dengar mak tido sekatil dengan anak untuk jaga cucu.
Ada citer mak akan suruh anak tido bila cucu tido, makan bila cucu makan.
Ada juga yang mak siap atau carikan orang untuk urut, param pilis bengkung semua.
Menu makanan pun memang untuk orang pantang.

Well, this not going to happen since my Mum moden ma...
Lagipun me tak pantang kat rumah dia. Sendiri cari pasal kan? hahhahahaah

Luahan hati lebihan hormon ngandung la ni.

Adik ada kuning skit pagi tadi. Muka merah betul. Dengan segera ZwanZwan dan Abang Professor Emeritus Eiman Ariq pi cari susu kambing, susu ke2 terbaik selepas susu ibu! Alhamdulillah Adik minum dan nampak kulit dia balik ke biasa balik. 

Me pagi tadi dah masuk jari kaki nak meroyan sebab tetiba teringat Ewan. Apa hal anak aku nak kena kuning balik sedang anak sulung aku dah korban nyawa dulu?! Marah woooo! So now, 3 jam sekali gerak Adik minum. Me pun lepas susukan dia me pam susu. Walaupun la ni baru dapat stok 4oz tapi OK la, pelan-pelan kayuh ye dok?

Eiman plak kengkadang buat perangai. Oleh kerana ZwanZwan dan me penat dan tak cukup tido layan Adik awal pagi buta tadi, banyak kali la jugak Eiman kena pukul. Kesian dia... Salah kami la... salah kami...

Penerimaan Eiman terhadap kehadiran Adik so far OK, should improve within time, insyaAllah...
Doakan kami agar diberi kekuatan melayan kerenah anak 2 orang ni. Sungguhpun kami anak dah 3 tapi kami 2 kali berpantang anak sorang. Hihihihihi.

RUmah baru? Nak pasang meter air. Once dah pasang bleh mula bina dapur. Ambik simple jer sebab budget bocor masuk sepital dan operate masa cuti umum. Adeh~ 2K lari. hehehehhe... Sepital kerajaan tanak. Gatal hehhehhe...

Oh me ada berita baik untuk mereka yang bersalin operate. Me pakai corset ni, sedap dan selesa. MIL dan SIL pun bagi komen betapa me bleh jalan laju dan berdiri elok. Nanti me citer bendalah tu bila ada mood :P
Related Posts with Thumbnails