Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Kengkawan. Show all posts
Showing posts with label Kengkawan. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Pasal... Peraduan Teka Buku

Salam,

OK Ahkak kembali lagi. Lama giler tak ber-blog. Malas or tak sempat... entah lah. A cocktail of both maybe.

Anyway, sempena jualan buku murah-murah giler-giler kat Big Bad Wolf Books yang sedang berlangsung dari 27 Mei - 5 Jun 2016 di The Mines 2, Ahkak dah hangkut satu Family Package berharga RM160 untuk satu kotak kecil dan 1 kotak besar. Dia macam konsep kotak prabayar Pos Laju la... beli kotak then isi lah barang dalam tu. Bezanya event ni, beli kotak, isi penuh-penuh buku korang nak. Asalkan penutup kotak tu bercantum elok bila ditutup, semua buku tu, ko korang punya. Tak kisah la walau pun korang bayar RM160 jer untuk kotak tapi buku dalam tu bernilai RM500! Hebat kan? Kami spent dalam 2 jam mencari dan menyusun buku (selain beratur untuk bayar dan ambil kotak di kaunter). Berbaloi-baloi.

So, Ahkak nak ajak kenalan Ahkak berkongsi rezeki dengan memenangi satu set buku cerita kanak-kanak. Macam mana? Tengok gambar kotak-kotak Ahkak hangkut semalam yang penuh buku, dan teka berapa bilangan buku yang ada dalam tu? Senang kan? Tak dapat tepat pun, sipi-sipi pun OK lah. Ahkak tak berkira sangat sebenarnya. Kehkehkeh...

Untuk mengetahui cara nak join, sila ke SINI ye'!

Good Luck!

Hadiah yang ditawarkan. 1 set buku Five-Minutes Story (9 buah buku bernilai RM72)
Kedua-dua kotak yang Ahkak hangkut
Ukuran kotak-kotak tersebut
Diantara buku-buku yang terdapat di dalam kotak kecil

Wednesday, October 24, 2012

Pasal... Agent Insurance

Salam,

Dok pk apa modal nak ber-blog arini.
Dah dapat...

Lately byk plak agent insurance tepon offer plan perlindungan depa.
Macam tadi untuk kes ragut, rompak gitu.
HEBAT!

Tapi me kesian kat depa sebab cakap laju, macam tader noktah.
Intonasi flat, macam tak larat sgt...
Me nak mencelah, depa tak bagi...
Maka dah abih citer, baru nak tanya, "Puan berminat ke?"
"Dik, ahkak dah pakai Prudential lebih 9 tahun dik. Lama sampai ahkak bleh draw duit keluar lagi dari plan ahkak tu. Agen pun kawan-kawan, senang nak deal".
Kan dah buang masa ko 'dik oi!
Lain kali, dengar dulu apa prospect client ko nak cakap.

Ada aritu, agent Great Eastern + Tabung Haji.
Dia kata dia dpt lead dari 'kawan dia area Mid Valley' yang kata better approach me sebab me ni, 'Office Manager'... 
PEH! 
i mean PEEEEH! Manager tu, tak beringat...

Sapa la kawan me yang kata me manager tu?
Semoga masin mulut anda kawan!
Jadi kalu, Ai belanja you BR 1 tub :D

Friday, September 14, 2012

Pasal... Beg DIVA Keluaran MR

Salam,

Hati saya berbunga-bunga.
Se-berbunga beg baru saya ini...

Lepas ni, dengan sepenuh hati kembang setaman me usung colaman berisi alatan mengepam me kehulu-kehilir since dia ada sarung beg cantik macam ni.

Berkenan ke? bleh konteki MakCik Rehan untuk memilikinya.

MR, if roh menjarum beg ni mai lagi, habaq tau. Me nak beli 1 lagi untuk coleman besaq plak :D

Ni review me:
Kain best. Mmg jenis hi kualiti. 
Jahitan; komen bagi me orang yang reti jahit lurus je... BAGUS!!!
Masa nak masuk coleman tu ketat skit la. Biasalah, extra virgin coconut oil lagi.
Walaupun extra 2 inci ukuran dari saiz coleman tapi tak nampak baggy.
Poket tu if naikkan tinggi ke atas lagi sangat best.
If poket ada flap/penutup even tader button or velcro sure lagi gempak. So bebarang dlm tu tak senang sangat terkeluar.

Me bagi 4 stars out of 5 buat masa ni.
Maybe beg lepas ni InsyaAllah bleh 5 stars plak!

Tuesday, June 21, 2011

Pasal... Cepatlah Sembuh Zahra Elena

Salam,

Minta kengkawan bloggers doakan semoga anak kawan me, Zahra Elena cepat sembuh.
Dia di kena nephrotic syndrome dimana antibodi yang terlebih sudah attack buah pinggang.
Now bengkak muka that super cute girl tu. Tak nampak mata kucing yang berharga 10 juta tu...

Pada yang nak tahu lebih lanjut boleh ke SINI.
Baca sendiri apa yang terjadi.

Again minta pembaca semua doakan semoga Zahra Elena cepat sembuh, Mamy Aan dan Dedy Elias tabah dan tenang hadapi cubaan dari Allah ni. Amin~

Wednesday, May 25, 2011

Pasal... Air Mata Dah Meleleh

Salam,

23rd May, me dapat 1 SMS dari kenalan baru yang mengharungi dugaan seperti me dulu.

"Akun kak Aznil, sory bru leh nk blas msg akak hr 2.. nma sya Syasya.. hr hpital aminah jb, tp kmi da blik hr sbtu 2.. sya tgk bby mcm xbrpe nk sihat la mean dia ashik muntah je pas bg susu. Da 2 hr mcm ni, da kurus je skrg. Badan sentiasa pnas, mmg mcm ni ke keadaan ewan dlu kak.."

Lepas me baca SMS ni, me terus pi toilet... nangis.
Seriusly me teringat Ewan masa last day kami ambik dia dari rumah MIL.
Selalu me akan minum dulu sebelum ambik dia kat bilik atas tapi hari tu me terus ambik dia lepas masuk rumah MIL. Bawa turun then me suapkan dia makan. MIL masak lemak hari tu. Tak jadi masalah to him sebab dia memang makan pedas.

Bila dalam keter, ZwanZwan dan me borak macam selalu, gelak-gelak tapi me heran, kenapa Ewan diam jer? "Ewan, Ewan...", me panggil tapi still no reply. Me buka lampu keter nampak dia dah muntah, banyak. Mengelupur me angkat dia pangku dan bersihkan dia. Ewan tetap diam. Lemah jer badan. Dah la dia demam.

Then semalam baru me reply msg Syasya. Tapi hati me strong rasa ada 'sesuatu' dah jadi. Tiba-tiba Syasya called. Tenang saja dia cakap, lembut, teratur... "Sebenarnya kak, baby dah tak ada. Dia dah pergi petang tadi...", me just boleh cakap... Oooo. Air mata dah meleleh.

Me doakan semua Ibu-Ibu yang diuji sebegini dikurniakan kekuatan mental dan fizikal mengharung hari-hari yang penuh dugaan ini. Ingatlah, sekiranya anak kita diambil, kita kena redha. Kita jaga mereka sebaik mungkin, selagi daya. Anak tu amanah yang dipinjamkan saja.

I even joke about it, a harsh joke, "Ewan tu ada faulty, so kami pulang balik to his maker...", sambil gelak tak senonoh. Orang tengok sure ada terselit rasa, 'mak tader perasaan'. But for me, buat apa me nak meraung tepuk-tepuk dada, koyak-koyak baju, tarik-tarik rambut meratap Ewan pergi? Dia boleh hidup balik meh? NO. NO! NO! NO!

Oklah, me minta pembaca blog me, kalau sudi, sedekahkan Al-Fatihan buat Bby (seriusly I had no idea what that baby name is. Tanya pun tak.)... Doakan juga semoga parents dia tabah. Makasih...

Tuesday, February 22, 2011

Pasal... Soalannya

Salam,

Me nak sangat-sangat urut satu badan. Kalau boleh nak yang urut mak bidan. My favorite makcik urut tak sihat, so tak dapat nak gi ke dia.
Soalannya: Korang ada konteki nombor makcik urut tak? Me tak kisah kena pergi rumah dia ke ambik dia mai rumah me ke...

My resdung teruk seh! Bangun pagi, mandi OK jer. Tapi selalunya, lepas angkat takbir, idung mula gatal, bersin 5-6 kali straight sampai tekak rasa perit, then ingus meleleh. Sok-sek sok-sek sepanjang solat. Lepas bagi salam jer, me capai tisu dulu sebelum wirib.
Soalannya: Korang ada konteki nombor orang buang resdung? Tak kisah yang jenis bakar kertas kat muka or pakai lipas blended sapu kat muka.




Monday, November 8, 2010

Pasal... Swim-Swim-Sunk

Salam,

Sabtu lepas kawan opis ajak pi befday party anak dara dia kat Club House Desa ParkCity.
Me bleh terlupa nak beli boardshort untuk Eiman, terpaksa dia pakai legging.
Sebelum tu dah beli seluar pendek, ambik sebab nampak ada tali cerut, sekali sarung rupanya mockup jer. SIOT!

Tak kisah, Eiman tetap berendam.
Babah temankan...


First step kiddy pool, next step surf pool!

Tuesday, September 7, 2010

Pasal... Terharu~

Salam,

Dalam sibuk-sibuk godek fax mesin yang rosak 2 minggu tu, ada orang Pos Laju sampai.
Oh, ada parcel untuk me.

Dari Encik Fauzie...

Macam bebudak dapat hadiah, penuh excited me buka bungkusan dan inilah isinya...

Minta Fauzie belikan 5, then dia bagi extra 2 gelang ngan 1 butang baju melayu. Huhuuhuuu

Monday, July 19, 2010

Pasal... TAHNIAH Ahmad Izan a.k.a. Puchong

Salam,

Sorry lambat citer.

Dapat SMS dari Papa Puchong 13th July (Selasa) lepas.

"Salam tatty, anak aku selamat dilahirkan pade ari sabtu 10.7.10 kat spital ampang baby girl,pantang kat serendah"

Alhamdulillah. Selamat lahir lagi sorang Teratorian Jr.
Baby and Mama sihat. 3.5kg


Sarah Adriana Binti Ahmad Izan

Thursday, May 27, 2010

Pasal... Reunion

Salam,

Lepas bertahun tak jumpa, me dapat jumpa balik my best-of the best-of the best-with honour-friend, Nony...

She's still like the last time I saw her. Well... Still the same macam zaman sekolah dulu. Tader pertambahan berat semua. Jelessss...

Dia mai ngan anak dia sepasang (very-very-very well behave kids!), ngan adik ipar dia dan anak teruna depa, Hakim dan Her Mum.

Tak dapat spent masa lama dengan dia. Kerja maaa... ikut hati nak jer ajak berborak sampai esok dan esok dan esok...
Related Posts with Thumbnails