Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Showing posts with label Gedik. Show all posts
Showing posts with label Gedik. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Pasal... Peraduan Teka Buku

Salam,

OK Ahkak kembali lagi. Lama giler tak ber-blog. Malas or tak sempat... entah lah. A cocktail of both maybe.

Anyway, sempena jualan buku murah-murah giler-giler kat Big Bad Wolf Books yang sedang berlangsung dari 27 Mei - 5 Jun 2016 di The Mines 2, Ahkak dah hangkut satu Family Package berharga RM160 untuk satu kotak kecil dan 1 kotak besar. Dia macam konsep kotak prabayar Pos Laju la... beli kotak then isi lah barang dalam tu. Bezanya event ni, beli kotak, isi penuh-penuh buku korang nak. Asalkan penutup kotak tu bercantum elok bila ditutup, semua buku tu, ko korang punya. Tak kisah la walau pun korang bayar RM160 jer untuk kotak tapi buku dalam tu bernilai RM500! Hebat kan? Kami spent dalam 2 jam mencari dan menyusun buku (selain beratur untuk bayar dan ambil kotak di kaunter). Berbaloi-baloi.

So, Ahkak nak ajak kenalan Ahkak berkongsi rezeki dengan memenangi satu set buku cerita kanak-kanak. Macam mana? Tengok gambar kotak-kotak Ahkak hangkut semalam yang penuh buku, dan teka berapa bilangan buku yang ada dalam tu? Senang kan? Tak dapat tepat pun, sipi-sipi pun OK lah. Ahkak tak berkira sangat sebenarnya. Kehkehkeh...

Untuk mengetahui cara nak join, sila ke SINI ye'!

Good Luck!

Hadiah yang ditawarkan. 1 set buku Five-Minutes Story (9 buah buku bernilai RM72)
Kedua-dua kotak yang Ahkak hangkut
Ukuran kotak-kotak tersebut
Diantara buku-buku yang terdapat di dalam kotak kecil

Saturday, August 8, 2015

Pasal... Jamuan Raya Aidilfitri Pos Laju HQ

Salam,

Event Khamis lepas. Meriah walau ada banyak hick-up.



  





Thursday, July 2, 2015

Pasal... Menang Books Voucher from BookXcess

Salam,

Ada join contest kat ig bookxcess.
Pasal father reading to the kids kind of thing. However my gambar was totally outside of the box.

Guess what?! I won!!
Dapat voucher RM20 and I spent it the same night!

The winning picture

Hasil tangkapan malam tu adalah seperti berikut:

Wednesday, February 4, 2015

Pasal... Manjakan Diri

Salam,

Stress dengan staff nan seorang maka balik tadi Ahkak spa-kan diri sendiri.

Mula dengan sauna 20 minit sambil layan 'Mind your own language' then lulur satu badan. Ahkak even asked ZwanZwan tolong sental belakang. Maklumlah, tangan tak sampai. Sambung plak scrub tumit kaki. Bilas air suam then air sejuk. Syok! Seterusnya sapu body butter kat kaki dan tangan. Then honey face mask seround. Malas nak bertangas jer tadi.

So, kalau Ahkak offer service macam ni ada yang rasa nak try tak? Budget s(e)pa buat para isteri yang baru habis 'bendera merah' dan nak present dirinya to the hubby dengan lebih confident...

Kehkehkeh...

Friday, November 7, 2014

Pasal... My New Scandal

Salam,

Perkenalkan scandal baru me...
hahahahahah.
Handsome tak?

Sambil-sambil kemas stor untuk 5S, hiburkan hati yang sunyi.

Sunday, October 5, 2014

Pasal... Us On AidilAdha

Salam,

Kali ni beraya kat rumah mertua.
Ibu mertua ku sayang, Hjh Zuriah masak nasi dagang. Tak makan pun sbb diet, bleh? Nasib dia kat masjid, klu tidak mesti dia suruh me makan. Silap-silap siap cedukkan nasi. Bukan tak pernah dia buat gitu. Huhuhuhuhu... Dia risau menantu hantu dia ni pitam kot... hihihihi...

Selain tu ada lemang, rendang ayam dan daging. Kak Ipar 2 plak bawa keluar kek keju oreo sempena hari jadi anak perempuannya, kakak ipar 1 dan anak lelaki sulung kakak ipar 1. Meriah!!!

So, ni gambo family Ai dalam ke-havoc-kan tadi...
Semua tersandar kekenyangan. Elia tengah mengamuk atas lantai dekat Atuk dia, mengantuk lettew.

"Say teeth...!!!"

Wednesday, October 24, 2012

Pasal... Kena Barred

Salam,

Setelah bertahun-tahun, hari ni, my phone kena barred!
Hahahhahh apakah lupa 2 bulan tak bayar?!

Isk isk isk...

Me ingat bill baki dari line nenek me bleh cover, sekali tak boleh daaa, penangan 2 bulan tak bayar.

Mengelupur call 1111 tanya. Mengelupur online HSBC terus buat online transfer.
Sambil cakap dengan pegawai tu, sambil me transfer duit. Then bagi reference number.


Tak sampai 5 minit, Opsss... dapat SMS. Line dah sambung! laju no depa buat kerja? bagoih la! :D

Thursday, July 26, 2012

Pasal... Aqiqah dan Angan-Angan

Salam,

Selama ni me ingat qeqah kambing sekor adalah dalam RM2000 siap segala-gala.
Or maybe RM1500 jika air dan pencuci mulut are excluded.

Sekali tengok cecah or melebihi RM3000!!! Terduduk, terkedu kejap.
Tu untuk sekor kambing tu yang untuk makan 100 jika masuk lauk lain.

Time ni la me godek-godek website ezqurban.org
Aqiqah sekor kambing RM550 jer. Kami utang 4 bahagian...
Baru RM2200 jer!

Ke, gedik nak buat kat Malaysia jugak?
If nak, kena tunggu akhir tahun la gamaknya sebab kena kumpul duit lagi. Hahahahha...

Haru sungguh!

Gulai Kawah Kambing ini dipinjam dari http://www.clker.com

Friday, July 13, 2012

Pasal... Anniversary Comes Early

Salam,

Redeem points kad utang. Pilihan antara my favorite perfum Essay Miyaki or jam untuk ZwanZwan since the last jam that I brought for him patah. (Patah ye, bukan putus)
Pk punya pk, punya pk, sekali Jam menang.

Maka semalam sampai la jam Casio Edifice untuk ZwanZwan.
For me OK la jam tu. Yang me minat points dia tinggi sgt. Me still kena simpan point untuk redeem perfum plak. Tanak membezir points :P

Camner ghuper jam tu? Beginilah... Nampak smart kat lengan ZwanZwan tapi kena ekjas kasi kecil. Ini adalah jam ke-3 me redeem dari HSBC. 1st jam Nike tahun 2008. Philippe Renault was second back in 2010 and now a Casio. 1st redemption me buat adalah 1 set cadar Akemi.
Tak snap gambar tapi me gugel jer...

Masa me keluarkan jam tu dari kotak, nak tergelak bila nampak muka ZwanZwan. Muka excited nak kan sesuatu barang. 

First mula perasan muka tu adalah masa kat ITTAR time me beli buah sour plum 2 biji. Dia datang kat me dengan muka camtu cakap, "Eh Nurul, sedapnya buah tu. Minta sikit." Me yang baik hati pun bagi. Sekali dia ngap, separuh buah tu ilang. Takan nak ngap sisa dia kan? So me bagi sebiji tu kat dia. Dia sengeh-sengeh cakap, "Terima kasih, buat susah-susah jer." Siot, lepas tu hari-hari dia paw me!

Anyway, Our 8th Anniversary comes early this year for ZwanZwan:D

Monday, July 9, 2012

Pasal... Deep Freezer

Salam,

Alhamdulillah, sujud syukur stok susu me banyak. 108liter deep freezer penuh melimpah, me simpan sikit kat rumah adik dan MIL. Freezer peti ais kami pun penuh sampai nak beli barang basah ikan, ayam, daging pun siiikit jer sbb tak cukup tempat. Ice cream pun bekas kecil just utk hilangkan kempunan. Ice cube pun tak buat sbb dah penuh ketul-ketul EBM.

Tapi dalam 3-4 minggu lepas my Mum minta me ambil balik EBM kat rumah adik tu sbb dia nak dok dengan sana bulan puasa ni. Dia nak simpan barang dalam freezer tu. My MIL tak ada isu, tapi me plak menantu hantu create isu bila nampak MIL ada letak bebarang basah dalam freezer dia. Even ZwanZwan balut EBM dalam plastik 3-4 lapis me still rasa takut. (mmg perangai menantu hantu begini, pada yang tak tahu ye).

Maka, korek sini, korek sana, me beli deep freezer 400 liter Sabtu lepas masa Morgan buat warehouse sale. Harga mahal skit dari deep freezer me yang terdahulu tapi kapasiti berlipat ganda. Lepas ni tader la menyusahkan orang tumpang sini, tumpang sana, sentap sini sentap sana.

Rentetan dari itu juga, me nak iklankan deep freezer jenama Morgan dengan kapasiti 108liter yang me beli hampir 2 tahun lepas pada harga RM400. If nak kami hantar RM50 akan dikenakan. Kira murah la ni sbb kat warehouse sale aritu jenis ni dia letak harga RM400 jugak tapi condition luarnya dah kotor calar-balar. Berminat? Bleh msg me.

Thursday, July 5, 2012

Pasal... Hasil Kerja Ahkak

Salam,

Siapa sini baca newspaper the Sun? Nak baca yang online pun bleh. sila ke SINI.

Ahkak nak meriak ni, kot korang baca page nak ujung-ujung tu, kan ada section Classified tu kan? Cercari iklan dari kampeni ahkak kerja tu... Ala macam gambo bawah ni!
bukan gambo sebenaq
Ha, sepanjang minggu ni, bendalah tu Ahkak yang buat y'ol!
Minggu depan pun rasanya Ahkak buat lagi. 

Tatau bila la nak pass over kat budak degree dalam bilik tu. Byk kerja dia Ahkak buat sekarang. Nasib baik la business centre Ahkak tak buka lagi. Kalau dah buka, kirim salam la... Apakah belajar pandai tapi buat kerja tak pandai. Bukan sorang tapi 5 orang datang kat Ahkak citer budak tu slow. Ha, kan dah mengumpat... :P

Anyway, curlast ko hasil kerja masuk paper. Tapi tak bleh letak nama la ye, karang orang ingat Ahkak ni gila glemer, publisiti murahan : anak-anak terbiar...

(apsal tetiba my style penulisan ala-ala Kak Bedah Kepochi? Deymmm!)

Thursday, February 2, 2012

Pasal... Nafsu

Salam,

Tadi borak ngan Ili cakap nak guna duit claim bebulan lepas beli meja makan set putih dgn table top white marble. Tapi baru sat tadi nampak iklan kat Kami Jual Beli Avent IQ ISIS Duo pada separuh harga dijual, me trus sms owner tanya.

La ni tengah berdebar tunggu owner reply my sms.
My IQ ISIS Uno motornya rosak. Bagi lagi pinjam kat orang.

Then ada owner online shopping ni tag me kat barang dia. RM39 lebih murah! Cuma dia dah pakai dalam 6 bulan sekali-sekala la. Ah gila! Me kata tunggu petang sikit sbb tunggu owner 1st reply. If tak reply me sauk dia punya jer la. 

Jimat dalam RM900 wooooo compare kalau beli yang baru! Duit lebih dari beli yang 'previously owned' ni bleh guna untuk beli my dream dining table ye dok?

Ah nafsu!!!
Eh Ai bernafsu dengan standard Ai jer. Ai sedar diri. Kalau tak sedar diri Ai kawin dengan Jude Law ke, Ewan McGregor ke... BuahahhahahahaN.

Er Encik Azwan Sabtu ni jangan lupa kita pi Bungalow Ewan. 5 tahun dah sepatutnya Angel kita tu.
Then 10 hari lepas tu awak jangan lupa bagi saya bunga ke, coklat ke, kek ke... set 'buaya pink' yang saya minat tu ke... 13 tahun dah tau Ai ngorat you!!!

Monday, November 28, 2011

Pasal... Konvo -Baju, Kasut & Rambut

Salam,

OK OK, gajun dah masuk!
Satgi petang ZwanZwan ngan Proseffor Emeritus Eiman Ariq sampai boleh pi pusing cari kasut dan maybe baju. Kalau tak jumpa juga baju yang bekenan, me pakai baju merah kenduri Azuad dulu or kalau muat baju Vietnam biru tua dulu. 

Susah juga nak cari baju yang tak nampak jubah sangat ni. Nak beli kain boleh jer, tapi me tak pasti tukang jahit yang kat sini boleh jahit. Kain yang me bagi sebulan sebelum puasa pun sampai dah nak abih tahun tak ada khabar berita. Then jahitan kat ketiak sure merentas, baik my baju, or ZwanZwan or Eiman. Nak kata bulu ketiak serabut, dekat siap bulan religiously me kasi clear area tu :P. Dan Eiman pun takan la ada bulu kot?!!!

Nak hanto my favorite tailor Salwa kat Merlimau, nak kena sedia budget pi balik Melaka la plak. Adeh... Dulu time kat Ittar senang jer. Beli kain, hanto, siap dalam 3 minggu. La ni dah 28, lagi 13 hari... tak sempat, tak sempat... kalau sempat pun upahnya double kot.

Rambut, ikut hati yang gedik nak pi beli rambut palsu pasang siap letak bunga tapi macam OVER la sangat, kan? muahhahaha... but I have to do something to this hair sebab dia tak berapa nak chumil la. Dulu Ittar pakai tudung jer. Muahaha...

OK la, pejam mata dulu hal ni. Malas plak nak pk lanjut-lanjutan.
Ngantuk ni, semalam dari pukul 3am tak lena tido. Tido pun dok mimpi tak tido. BONGOSSS!!!

Friday, November 4, 2011

Pasal... Konvo... LAGI!

Salam,

Berkira-kira duit dalam poket dan akaun...
Kalau nama naik, me nak beli kasut baru dan sepersalinan warna cream baru.
Nak beli baju yang kainnya chiffon flowey-flowey gitu.
Tapi budget ciput jer la. RM200.
For me berbaloi untuk meraikan abih belajar dekat 4 tahun nak dapatkan second diploma ni.
Kan?

Hm, orang lain sibuk buat degree, master, me pi buat diploma. Macam buduss jer, tapi me tak minat IT. Nak belajar something yang tak minat sangatlah tidak elok diusia bangka begini. Tengoklah, kalau Ayah Ahmad bermurah hati nak buat sumbangan barang sekarung dua guni duit, merasalah me sambung belajar. Ikut plan nak ambik kat OUM sebab bleh transfer 10 subjek dan memendekkan tempoh mengajian paling kurang 2 tahun. OK la tu kan?

So, kalau diploma ni kain chiffon flowey-flowey, degree nanti camner la gamaknyer baju me ye?
Gaun ala Victorian la kot! Muahahhahahah!
pic taken from http://www.aliexpress.com
OK tak baju ni? Kena kasi kempis pewot dulu, ikat corset ketat-ketat macam Elizabeth Swann dalam Pirate of The Caribbean tapi jangan sampai tak bleh bernafas plak! :P

Monday, September 5, 2011

Pasal... Kreativiti Tidak Sepertinya

Salam,

Raya ke-3, beli pamelo.
Maka terhasillah kreativiti tidak sepertinya ini...
Layankan saja!

 Ni kepala! Dia pakai dulu, baru askar kecik mengikut.

Professor Emeritus Eiman Ariq kena paksa baru nak pakai. Lepas tu tanak lepas...

Sarah Amani. Anak SIL.

Wednesday, June 8, 2011

Pasal... Macam Perempuan

Salam,

Ini adalah handbag yang betul-betul handbag yang me miliki selepas 11 tahun bekerja!
Beli pun sebab ada 70% diskaun.

Masa kluar pi lunch tapi, me siap kata, "Peliknya pakai handbag ni. Macam PEREMPUAN".
Encik Ying Yang Yo yang kebetulan ada kat tempat kejadian kata ayat yang last tu dia macam tak percaya.
Apakah perempuan? Sebelum ni lelaki meh?


Harga lepas diskaun adalah sangat murah. Jenama entah-apa-apa-nyer-entah...

Thursday, May 19, 2011

Pasal... Yang Mana Satu?

Salam,

Nak pilih reward yang mana ye?
Semua nampak menarik...

Kalau sudi, silalah beri pendapat ye :P

Boleh guna untuk masak sayur lemak, panaskan sup yang ditapau dari pasar malam. Chumiiil gitu!

Boleh buat jus buah, jaga kesihatan kan?

Kiranya ambik ni, sure ZwanZwan sengeh-sengeh ambik pakai dan last jadi hak dia... isk isk isk

Wangi gitu... Me tak pernah ada minyak wangi mahal-mahal ni.

Lagi 1 option dari DKNY... pink gitu~

My ALL TIME FAVORITE perfume!

Friday, April 29, 2011

Pasal... Celebration

Salam,

Pepagi masuk (tidaklah pagi sangat, pukul 10) nampak ada 1 parcel sampai.
Buka tengok... OH! Bebarang dari UK.

Maka me pun gigih lah tampal sini, tampal sana, tiup sini, tiup sana, ikat sini, ikat sana, panjat sini, panjat sana.
Then minta tolong 3 Cons ni tolong mengekor me ke Cold Storage beli bebarang untuk 'celebration'.

So, inilah hasilnya...
Hiasan ala kadar tangkap muat. Ni kalau nenek moyang me nampak me naikkan Union Jack ni, mati kena pancung!

My first composed Cheese Platter. Pakai biskut Jacob jer. Alas pun pinggan, patutnya pakai landas cincang kayu, kan? Minumam adalah NON ALCOHOLIC fruit juice...
Maka, inilah celebration yang opis SiripBiru adakan sempena meraikan perkahwinan diraja kat UK hari ni...

Sunday, April 17, 2011

Pasal... Pasang Angan-Angan

Salam,

Tengah cari inspirasi.
My idea adalah nak tiru sesikit Seri Tiara Seputeh punya deco.
Pernah pergi sana sekali, tapi bukan untuk sewa atau beli la.
Teman Cons tengok rumah. 
Me sangat suka susunatur rumah tu.
Dapur walaupun kecik tapi funtional.

Kalau murah rezeki, boleh buat camtu kat rumah baru kan?

Oh cakap pasal rumah baru. 
Nak tengok rumah tapi Tuan Rumah pergi bercuti kat Australia la plak.
Seronok kan banyak duit? Jalan jer...

ZwanZwan kata, nanti nak tengok rumah, dia suruh me yang masuk sebab tu rumah anak dara MSU menyewa.

Urusan loan-melon ni dalam 3 bulan kalau tak ada aral melintang, insyaAllah.
Me aim masuk sebelum end of Ogos.
Masuk meaning here siap renovate semua. Kiranya kenduri sepupu bulan 9, so kot KALAU ada yang sudi nak tumpang tido, kira boleh la. Nak tido rumah Subang Mas boleh, nak tido kat Indahria pun boleh.


Bacaan Yasiin doa selamat me plan nak buat lepas jer dapat kunci, cuci rumah. Kiranya sebelum renovate.
Why? Malas la... Orang panggil depa mai baca Yasiin depa sibuk nak tengok rumah komen ni, komen tu, kutuk ni, kutuk tu. Then compare depa bayar sekian-sekian, me bayar sekian-sekian. Bak kata member blogger me ni, kami sanggup bayar banyak ni, suka hati lah! Korang nak bising apsal? Hehehehhe.. teremosi plak.

Angin wooo... korang tak sakit hati ke kita jemput mai untuk mendoakan kesejahteraan depa mai mengutuk-ngutuk? So me nak elak perkara tu berlaku. Me tak sakit hati, depa pun tak dapat dosa percuma, ye dok?!

Anyway, cuci mata, pasang angan-angan dulu...



Monday, April 11, 2011

Pasal... Spiderman & Lucky 7

Salam,

Tader modal nak citer.
Maka citerlah citer dalam kain... bleh?

Me mula buat rutin baru bila drop off ZwanZwan kat LRT station.
Since me yang drive dan seat sebelah ada car seat Eiman, maka ZwanZwan akan duduk belakang.
So, bila stop kat trafik light, me akan dongak kepala dan ZwanZwan will do the Spiderman Kiss...
Secara tak langsung dia akan 'pakai' my lipgloss sekali la. hehehehehhe...

Camner Spiderman Kiss tu?
Gini ha....

Exclude the rain, the wet shirt, the spidy outfit of course... :P


On the other hand, we have 6 Teratorian Mummies tengah baking the bun in the oven right now.

Will Ai become the lucky 7? Dunno yet! Hahahahahha... 
Bukan ke aritu kata tanak? Entah la... dia dah start gedik balik dah... :P
Related Posts with Thumbnails