Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Friday, October 18, 2013

Pasal... Nasi Daging Korban

Salam,

Dua malam berturut-turut ZwanZwan minta me masak nasi daging. Maklumlah daging dapat dari hari korban haritu kan banyak. Terima kasih pada yang buat korban tu, semoga Allah murahkan rezeki korang, sihat selalu... amin...


Nasi daging, Air asam, kerabu manggatimuncarrot dan daging goreng kunyit
Anyway... ada yang tanya, macam mana resepi... ala, ngader la you ni... Ai tak pandai masak, reti masak jer.

Apa-apa pun, inilah resepi campak-campak me... Selamat mencuba pada yang sudi... Kalau sedap, boleh masak lagi. Kalau tak sedap, sila modified sendiri :P

NASI DAGING
Bahan-Bahannya
  • Basmathi
  • Daging
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Serbuk sup
  • Butter
  • Minyak masak
  • Garam
  • Air
  • Daun pandan
  • Bawang goreng
(sukatan pandai-pandailah sendiri. me hantam keromo je)

Cara-Caranya
  • Basuh beras dan toskan airnya
  • Blend halia, bawang putih dan bawang besar (sebelah saja)
  • Potong baki bawang besar vertically
  • Tenggek pot periuk nasi atas stove, masukkan minyak masak sedikit dan masukkan butter (kalau sayang pot nasi tu, pakai periuk biasa dulu)
  • Bila butter dah cair masukkan bahan yang dah diblend tadi
  • Masukkan serbuk sup (dalam 1 sudu makan gitu)
  • Masukkan daging dan kacau (nampak warna daging bertukar, ok lettew)
  • Masukkan beras dan kacau. Tambah air dan garam
  • Tutup api dan alih pot nasi ke dalam periuknye
  • Letak daun pandan (kalau mau)
  • Masaklah nasi macam biasa.
  • Kacau nasi selepas masak dengan garfu
  • Tabur bawang goreng sebelum dihidang


AIR ASAM
Bahan-Bahannya

  • Cili merah
  • Cili padi
  • Limau kasturi/nipis
  • Belacan
  • Gula
  • Garam
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Kicap
Cara-Caranya
(Ni cara malas ye)

  • Blend cili merah dan cili padi bersama belacan, gula, garam dan jus limau
  • Tuang dalam mangkuk dan rasa
  • Tak cukup masam kalu boleh perah limau lagi OR tambah air asam jawa
  • Masukkan tomato, bawang besar dan cili padi yang dipotong kecik-kecik
  • Tambah kicap sikit (dalam 1 sudu teh jer)


Untuk resepi kerabu dan daging kunyit, nanti-nanti me kongsi.
Kerja sudah datang bertalu-talu... HuHuHu~

3 comments:

aida said...

ok kena cuba ni.. tapi versi aku versi malas, masak dlm rice cooker

Aan Andes said...

Tq tatty!!! Daging dlm nasik tu mmg lembut eh? Boleh tryyyy weekend ni :-D

Unknown said...

aida: masak dlm rice cooker terus lagi senang.

Aan: insyaAllah lembut... so far yg kekami masak la...

Related Posts with Thumbnails