Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, December 11, 2013

Pasal... Projek Topeng Mah Meri

Salam,

Dekat 2 bulan sunyi sepi.
Hidup lagi, tapi bz.

Ni curi tulang since kerja dah surut sikit.
Nak update pasal projek yang buat me macam lipas kudung lari sini lari sana.
Balik kerja lambat, asyik fikir pasal tu sampai bawa ke mimpi.
Kena buat banyak giler paperwork, sengsorang untuk merealisasikan pameran ni.
Dari surat nak pinjam kawasan pameran ke pembelian alatan dan barangan berjumlah lebih suku juta (jer) yang bermula dari bulan Mei dan insyaAllah selesai semuanya by this month.
Sambil buat, sambil belajar. Salah betulkan, dan lagi dan lagi.
Ala macam teori Pembelajaran Pavlov, kena aktif belajar, adaptasi, schema, asimilasi, accommodate, apply dan equilibrium.


Setup bilik pameran topeng. Selfie dulu sebelum mula kerja

Selfie dengan watak-watak pameran
Kotak buatan sendiri untuk isi door gift fridge magnet dan key chain ukiran topeng. Sapa buat? Ahkak dan suami ler

Salah satu cerita dari touch table untuk para isteri yang kuat cemburu

Ahkak: beberapa minit sebelum perasmian depan screen video intro
Mereka yang hadir, VVIP jemputan dari YuEm dan beberapa IPT lain
Jamuan ringan selepas melihat pameran
Pameran dibuka sampai 20 Disember (am only). Pada yang berminat, boleh drop by...
 
 
 

No comments:

Related Posts with Thumbnails