Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Sunday, March 16, 2014

Pasal... Masak Merah My Style

Salam,

Hokey, dah tau masak nasi meh masak lauknya plak!

My resepi for masak merah ni adalah cheating sebab pakai sos tomato dan senang dibuat. Pada yang tak suka sos tomato me minta pertimbangkannya semula. Hahahaha...

Ni me punya sukatan untuk nasi 2 cawan tadi...

Bahannya:
Ayam separuh ekor (adalah dalam 12 ketul)
Serbuk kunyit
Cili kering segenggam (rendam atau rebus kasi kembang dulu)
Bawang besar 2 biji - 1 potong bulat, 1 untuk diblend
Sos tomato separuh botol yang kecil tu or satu cawan
Bawang merah, putih (2-3 ulas)
Tomato sebiji potong lapan
Halia beso separuh ibu jari
Minyak untuk menggoreng
Garam
Kacang peas dalam tin jika mahu

Mari masak!
Goreng ayam yang telah dilumur serbuk kunyit dan garam 3/4 masak tapi klu nak all the way pun boleh.
Angkat ayam dan tos minyak.
Blend cili kering dengan halia dan 3 jenis bawang.
Tumis semuanya guna minyak baki goreng ayam tadi.
Masuk sekali tomato hidup.
Dah pecah minyak/cili dah masak masukkan sos tomato.
Kacau bagi sebati then masuk bawang besar dan ayam.
Kacau bagi semua ayam disalut kuah dan tabur kacang peas.
Matikan api.

Siap!

Good luck!!!

1 comment:

aida said...

gambarnya mana.. tak feel aku nak masak.. hahaha

-limaunipis

Related Posts with Thumbnails