Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Saturday, April 16, 2011

Pasal... Laksa Penang Noi Punya

Salam,

Semalam buat laksa.
Hari ni kuah dia sudah sebati maka rasanya lebih sedap dari biasa, kata ZwanZwan.
Then me buat bubur pulut hitam. Santan tambah kendian as per ZwanZwan request.

Me ada dapat pertanyaan dari beberapa orang, susah ke nak buat laksa sebab ada 2-3 kali me citer balik dari opis masak laksa. Sejam dah terconggok depan TV dengan a big bowl of laksa panas berasap.

For me, alhamdulillah bertahun buat laksa, me rasa senang jer. 
Part yang leceh adalah asing tulang dan isi.

Camner ye...?
Nak mudah, beli ikan yang kedai boleh siangkan. But if kena siang sendiri, tak susah.
Takat buang insang jer. Then cuci bersih masuk periuk letak 2-3 keping asam keping rebus.
Sebelum tu, rendam isi laksa dalam air panas. By the time ikan sedang direbus, isi tu dah lembut.
Masa korang rendam isi laksa tu, tenggek kuali/periuk besar air dan on kan api, yang kecik ye.
Bila air menggelegak, korang tuang jer isi laksa yang lembut tu dalam kuali. Sekali sekala kalih-kalih.

Masa nak tunggu isi laksa masak tu, blend cili, bawang besar, belacan penang. Kalau nak pedas tambah cili padi. Kalau nak bagi kuah lebih pekat boleh tambah sejorong dua nenas. Then bila air rebus ikan mula nak mengelegak, tutup api dan angkat ikan tu letak dalam raga/bakul. Jangan tindan-tindan ikan tu, nanti lambat sejuk. 

Letak periuk isi air ikan rebus tadi tu sebelah, korang tuanglah cili blended tadi. Masukkan daun kesum, bunga kantan. Nak kuah lebih wangi, lebihkan lah daun kesum. Lepas tu check isi laksa. Rasanya dah masak, angkat, tuang dalam bakul dan tos airnya. For me, nak bagi isi laksa tahan lama skit (letak luar semalaman tak basi) me bilas dengan air kosong dan tos sekali lagi. This will stop the isi laksa from terus masak. Of course lah kanji dah tak ada, maka kuah tak melekat dengan isi. But hey, this is not pasta! :P

Now the renyah part, asingkan tulang dan isi. Me letak 2 mangkuk untuk tulang (kepala, tulang tepi dan tulang tgh) dan untuk isi. 1 lagi mangkuk berisi air senang nak celup tangan dalam tu bila ada tulang tanak go off from my finger. Abih tu, dengan blender bekas cili tadi, masukkan isi ikan tambah air, blend. Untuk tulang adalah afdal blend 2 kali, meaning masuk tulang + air -> blend. Tuang dalam periuk (sila guna penapis ye) then tuang balik tulang dalam blender tambah air dan blend lagi sekali dan tuang.....

Now, apa lagi, jeranglah periuk kuah laksa korang. Kalau boleh dengan api yang kecil. Jangan letak garam dulu. Tunggu sampai kuah nak mula mendidih or as for me, me pi mandi dulu (me mandi burung jer, 5 minit dah siap). Lepas campur garam, kacau lagi dan besarkan api sampai menbuak-buak. Matikan api then apa lagi tunggu? MAKAN LER!!!

Opsss... apa garnish yang me guna ye?
For me bahan paling basic adalah timun, bawang besar, limau.
Tapi bahan OK adalah timun, bawang besar, limau, nenas, salad.
Bahan SYOK GILER adalah timun, bawangbesar, limau, nenas, salad, lobak masin, daun selom, cili padi, bunga kantan, otak udang.

YAY!
Susah nak bayangkan kan?
Kena buat 1 carta gant baru boleh paham ye?
Visio tader ler :P
Apa-apa pun, selamat mencuba laksa Penang... hehehehe

2 comments:

Aan Andes said...

me rasa me lambat tang perisi ikan tu..sejam kut hahaha. tu pun pernah tolong my mom je. so mmg tak berani nak buat from scratch sendiri..mmg rasa renyah :P

Lenny said...

huhuhuh.... hebatnyer dah ada resepi nieh.. harapnyer boleh la try buat.. tapiii.. adakah mampuuuuu?? hehehehe..

eh dear, u called me sabtu pagi tuh? naper erk?

Related Posts with Thumbnails