Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Sunday, April 17, 2011

Pasal... Pasang Angan-Angan

Salam,

Tengah cari inspirasi.
My idea adalah nak tiru sesikit Seri Tiara Seputeh punya deco.
Pernah pergi sana sekali, tapi bukan untuk sewa atau beli la.
Teman Cons tengok rumah. 
Me sangat suka susunatur rumah tu.
Dapur walaupun kecik tapi funtional.

Kalau murah rezeki, boleh buat camtu kat rumah baru kan?

Oh cakap pasal rumah baru. 
Nak tengok rumah tapi Tuan Rumah pergi bercuti kat Australia la plak.
Seronok kan banyak duit? Jalan jer...

ZwanZwan kata, nanti nak tengok rumah, dia suruh me yang masuk sebab tu rumah anak dara MSU menyewa.

Urusan loan-melon ni dalam 3 bulan kalau tak ada aral melintang, insyaAllah.
Me aim masuk sebelum end of Ogos.
Masuk meaning here siap renovate semua. Kiranya kenduri sepupu bulan 9, so kot KALAU ada yang sudi nak tumpang tido, kira boleh la. Nak tido rumah Subang Mas boleh, nak tido kat Indahria pun boleh.


Bacaan Yasiin doa selamat me plan nak buat lepas jer dapat kunci, cuci rumah. Kiranya sebelum renovate.
Why? Malas la... Orang panggil depa mai baca Yasiin depa sibuk nak tengok rumah komen ni, komen tu, kutuk ni, kutuk tu. Then compare depa bayar sekian-sekian, me bayar sekian-sekian. Bak kata member blogger me ni, kami sanggup bayar banyak ni, suka hati lah! Korang nak bising apsal? Hehehehhe.. teremosi plak.

Angin wooo... korang tak sakit hati ke kita jemput mai untuk mendoakan kesejahteraan depa mai mengutuk-ngutuk? So me nak elak perkara tu berlaku. Me tak sakit hati, depa pun tak dapat dosa percuma, ye dok?!

Anyway, cuci mata, pasang angan-angan dulu...



1 comment:

jay said...

Yeeezzaaa.... Menyerlah bebenor sifat keibuan n kefemininan Nurul... Takpor, memang la perlu ada angan2 n perancangan, baru akan terhasih hasrat nanti... Yer dok...??

All the best nanti...

Duduk di rumah sendiri, satu nikmat yg susah nak diterangkan... Me dah rasa... ;-)

Related Posts with Thumbnails