Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, January 25, 2011

Pasal... Nak Masuk 4 Tahun

Salam,

Dah nak masuk bulan Febuary kan?
My god cepatnya...

Sedar tak sedar, kalau Ewan ada, dah nak masuk 4 tahun dah dia.
4 tahun ye? Besaq tu.

KALAU Ewan Ariff ada, sure dah pandai cakap.
Sure dia boleh jaga adik dia skit-skit...
Sure dah boleh harap letak pinggan sendiri kat sinki...
Sure dah pandai baca 3-4 patah perkataan...
Sure dah boleh naik beskal roda 3-4 ke...
Sure dia tinggi lampai, maklumlah baka Atuk Amin...
Peh, rambut dia, hitam pekat, tebal lebat!
Kompom handsome lah! Handsome manis manis gitu...

Itu KALAU dia ada lagi...

Apa yang pasti, SEKARANG ni, hanya ada 2 batu nisan sejuk, kaku, bisu...
Ada pokok tinggi, tak rendang...
Ada batu-batu sungai saiz sedang bersusun di pangkal pokok tinggi...
Ada taburan batu-batu halus yang diapit 4 keping kayu tak bervarnish dengan rumput-rumput cuba menyelitkan diri diantaranya.

Hm...
Korang tak pernah tengok gambar Ewan pada minggu-minggu terakhir dia kan?
Kalau ada pun dalam blog lama, dah kena delete...
Korang sanggup ka tengok?
Muka cengkung giler, mata besar dengan bahagian yang sepatutnya putih, kuning...
Tangan dan kaki hanya macam tulang dibalut kulit.
Rambut hitam lebat makin nipis...

Tapi Ewan tetap jugak senyum...
Senyum paling manis tapi pahit bagi me...
Senyum yang nak cover sakit dia, bagi me tak susah hati...
Senyum sebab dia nak jadi bidadari syurga...
Syurga tanpa lapaq, tanpa sedih, tanpa sakit...


6 comments:

Adrina Adi said...

al fatihah untuk Ewan Ariff.

Nurul Aznil said...

:)

babyluv_ayang said...

rindu ewan....really....alfatihah...

Aan Andes said...

Me miss Ewan too! Hmmm.. I know this is cliche but I pun tak tahu nak cakap apa hehe..but Allah knows what is best for Ewan and for you and for Azwan too ;) Hidup ini adalah ujian.

Al fatihah untuk Ewan..bidadara syurga.

mazzuana said...

alfatihah untuk arwah...u made me cry la nurul...takpe, dia dijamin bahagia kat sana.

Lenny said...

Al-fatihah...:(

biarpon i tak kenal ewan..
i sedih sangat bila baca entry ni..
sakit tekak i tahan nangis.... :(

you're such a strong lady nurul..

apapon.. kita doalah yg terbaik utk ewan, yg pasti dia telahpun menjadi bidadari syurga....

Al-fatihah...:((

Related Posts with Thumbnails