Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Monday, February 22, 2010

Pasal... Merempat

Salam,

Seingat-ingat me, me dok ngan my nenek, which I call Tok dari kecik. Memang spoil giler... Sampai darjah 4 baju, kasut sekolah, semua Tok sediakan. Balik sekolah, sangkut baju, mandi makan gi ngaji... Petang main, malam tengok tv. Bangun sebelum subuh buat homework dan study...

Then my Mum ambik dok ngan dia masa darjah 5 di Merlimau. 1st time kena iron baju sendiri. She never teach me how to iron baju. Mengelupur! Basuh baju sekolah pun sendiri. Paling tak suka bila lepas hujan. Baju dan tudung me sure kena percikan air dari tayar basikal belakang since my bike tader mudguard. Jenuh menyental dalam toilet. Makanan? Huhuhuuu... Rasanya dalam 365 days in a year... 2/3 harinya me makan megi bila balik rumah. Tak ada makanan panas waiting for me bila balik sekolah. Yang ada, timbunan pinggan mangkuk yang perlu dicuci dan sampah yang perlu dibuang before my Mum balik, else kena jegilan mata.

Form 1, me kena ship back to Penang. This time dok dengan makcik, call her Mak Tam, adik my Mum. Sinilah me belajar jadi perempuan. Belajar masak, kemas rumah, basuh baju, jaga budak...

Masuk form 2, me lari dok asrama. Bila ingat balik life kat asrama... horror! I was alone. Memang tak bercampur dengan bebudak lain, maybe because I think they are being typical malay girl... Meaning bila berkumpul jer mengumpat, mengata... BOSAN~

Form 3 balik ke rumah Mak Tam. Then masuk form 4, me ulang-alik dari rumah my Tok in Teluk Kumbar ke Jalan Tengah, Bayan Lepas... Lepas Subuh trus sarung kasut jalan kaki dekat 3kilo untuk tunggu bas. 2 pagi pertama my Tok ikut slow-slow belakang me. Dia risau... Selain, "nak eksesais pepagi nie", katanya.

Sebulan setengah di SMRTU, kena balik ke Merlimau semula. Thank god dah pandai masak, so taderlah makan megi jer... Now bleh makan megi goreng! Hahahhaha! Kalau angin baik, me masak kari ke, sardin ke, sambal tumis ke. Basuh pinggan mangkuk menggunung tetap rutin. Buang sampah, sidai baju, angkat baju, kemas dapur... yadda yadda~ By form 5 I did my own laundry sbb rasa dah besar dan tanak susahkan my Mum. She got another 2 small childs to take care off.

Lepas dapat result SPM, masuk Malacca High School for like 2 months kot. Sempatlah jadi pengawas sekejap. Bangga wooo... the only malay girl prefect at that time. Kui kui kui. Bila tiba time ujian bulanan, me panik dan mengelupur cari kolej. Giler nak continue form 6 pure science?! Kimia saja 3 jenis, math 2 jenis... fizik lagi... aiyok! Nak minta tukar sekolah ambik sastera makan masa 2 bulan. Mampus!!!

Maka sibuklah buka paper. Tetgk ada iklan ITTAR. sambar jer la. Ambik IT. Pergi rumah sewa kat Setapak a day before my birthday. Senior sangat baik, tapi kami junior akan kena pindah lepas minggu orientasi. HORROR! Bilik sewa rumah kedai. Me time tu kawan ngan budak Pahang ni. 1st night tido sana ada tikus jatuh on my lap tau! Apa lagi abih minggu tu kami pindah rumah lagi...

This time sewa kat Sri Suajaya kondo, Sentul. 1st month dok 12 orang serumah. Time nak mandi mmg berebut. Lepas tu tinggal 7-8 orang jer... My roommate and I was the youngest. Kakak-kakak tu semua jaga me dengan elok. Seronok wooo ada ramai kakak!

Lepas sebulan my roommate kena kejutan budaya dan berubah giler. Kerap tak balik tido kat rumah sbb dia tido rumah sewa kolejmate lain. Then kakak-kakak Sabahan plak pindah dok rumah sewa yang lebih murah. Maka yang tinggal 2 kakak dari Pahang ngan me. So kami kena sub-let bilik kepada 1 pakcik ngan akak ni (depa suami isteri). Akak tu isteri 2. Pakcik tu jarang balik. Kalau balik pun dok dalam bilik jer. Bestnya, akak ni rajin masak. Balik dari kelas ada makanan. Sedap palak tu! and paling syok, FREE!

Masuk separuh akhir pengajian, pindah rumah lagi. Join dengan junior Sabahan. My roommate budak Ganu. Dia bawak kawan dia dok sekali. Tak kisah, janji sewa bayar! :P

Bila praktikal, me dok serumah dengan kawan to my classmate dari Negeri Sembilan which happen to be ex girlfriend my boyfriend's best friend kat sekolah dulu kat flat DBKL, Sentul. (paham ke?). Abih praktikal kat DBKL tumpang rumah mak angkat sementara dapat gaji. Tetgk company tu tutup dah gaji tak bayar. Balik ke Merlimau semula...

Dapat kerja me contact kakak dari Pahang tu tumpang a month rumah dia kat Menara Orkid. Lepas tu pindah serumah semula dengan budak Negeri Sembilan tu. Dok sana sampai me tukar kerja. Me sewa kat Keramat AU3 plak. tak lama, 3 bulan jer then dapat kerja lagi best, me sewa bilik kat flat Kerinchi.

Kat Kerinchi seronok! The whole room are mine. TV situ, tido situ... Pasar malam 2 kali seminggu. Dekat LRT, bas pun banyak. Dok sana dari Julai 2002 sampai lepas bertunang, Mei 2003.

Lepas bertunang baru pindah masuk rumah yang me duduk ni... Dah masuk 7 tahun dah. Tader merempat dah. Rumah beli maaa... Tapi tatau la sampai bila kat sini... ingat nak beli rumah besaq ada balkoni plak... :P insyaAllah...


2 comments:

mrsjaddo said...

kenapa saya rasa begitu syahdu bila baca part yg ats tu?
kak tatty,u're very kuat!

Nurul Aznil said...

hm? alah... time tu me rasa me cinderella tapi kaki besaq so terpaksa dilupakan...

kot tak alami benda tu, tak jadi perempuan la... :P

Related Posts with Thumbnails