Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Saturday, September 26, 2009

Pasal... Hari Raya Punya Cerita

Salam,

Bangun tak la awal sgt... dalam 6.30 gitu... :P
Bangun terus basuh muka, gosok gigi dan mula perangat lauk semalam, satu satu... Then Tok blend bahan rencah kuah lodeh dan me campak semua masuk periuk. Senang jer rupanya masak kuah lodeh. Harus me cuba masak sendiri nanti :P!

Gerak ZwanZwan bangun dan dia pun siaplah... tapi me lupa la plak nak bancuh air dan hidang sarapan kat dia. Abih point isteri mithali me! Mengelupur me bancuhkan dia milo. Then dia pi solat raya, me kembali 'ketungtang-ketungtang' kat dapur. Bila ZwanZwan balik baru me mencicit masuk toilet mandi... adaka patut dah nak tengah hari rembang baru nak mandi? SELAMBER! janji persiapan raya siap!

Rehat kejap sambil layan TV, then bila ZwanZwan abih sarapan round two kami bermaaf-maafan... tader drama air mata, maybe hati me keras batu kot... isk isk isk... then salam my Mum, Ayah, adik-adik dan Tok Baseah...

Tak pi pun kubur arwah Tok Wan Omar ngan Pak Cik sbb takut ada yang mai rumah. Sudahnya sampai 'Lohoq' tadak orang mai. Bebudak peminta sedekah mai beraya jer yang ada berduyun tiba.

Lepas 'Lohoq' baru nampak bala tentera mai. Cuma nasib baik skit la depa tak makan, depa nak beraya minum, makan kuih kolek duit raya then balik.

Cakap pasal bebudak mai beraya, adalah 3 orang yang badan besaq-gedongga pun mai minta duit raya. Ajak masuk rumah salam ngan tuan rumah tanak. So kekami yang mulut laser ni sound jer la... "tak masuk salam, tak bagi duit" "yang membezakan orang mai beraya ngan peminta sedekah adalah masuk rumah salam tuan rumah" dan pelbagai lagi ayat bisa...

Ada sorang budak tu dah ambik sumi (dalam tu ada 50sen) dan beskot apollo, dia bleh patah balik tanya, "duit raya? duit! duit!". ZwanZwan tunjuk la dalam peket sumi tu ada duit, budak tu angguk kepala dan blah! Adeh~

Lagi ada sorang makcik entah dari Myanmar la kot, mai bawa plastik besaq dlm tu ada kuih, air kotak, buah dan banyak benda lagilah, kununnya nak beraya... Ah, me bagi jer sumi ngan apollo tu, macam bebudak lain dapat... tak sangka ada jugak bangsa asing yang tebalkan muka ambik kesempatan minta sedekah pada hari raya ni no?

Anyway... dekat Zohor, barulah seteru sepupu-sepapat sampai... lepas solat Zohor, me terpaksa mandi dan tukar baju... then trus pengsan ditengah-tengah suasana riuh-rendah...

Bila bangun dekat pukul 6 dah... pi dapoq terkejut giler... kuah lodeh dah half... sup tinggal kuah jer... bangga! bangga! bangga! hahahahah...

lepas tu... lepas tu... er... penat lah... nanti-nanti me sambung lah ye... :P

1 comment:

kiah kay said...

wah sama lah ada gak org myanmar dtg raya umah gue....nak kesian ke tak? lantak ahh dh lepas...tapi mmg amik kesempatan....huhuhuu

Related Posts with Thumbnails