Salam...
Balik opis terus kemas baju. Thank god Ili dah pasangkan cadar. Then salin baju pergi bungalow Ewan. Pokok atas bungalow dia dah tinggi. Sebijik macam tuannya dulu... hehehehhe...
Lepas sampai rumah tengok Ili dah siap gaul adunan tepung untuk buat biskut denmark. pakai tangan jer OK... inilah kelebihan ada solar hand (tangan panas, sila rujuk Yakitate Japan untuk maklumat lanjut). Berdua lah kami bergelut buat biskut tu. ZwanZwan pergi tapau jer kat kedai Awe.
Me berbuka pun dengan biskut tu. Sedap jugak! Tapi frust sikit hazelnut dalam tu tak rangup. Then minta Ili cairkan coklat dan kami main tabur jer kacang tanah yang ZwanZwan tumbuk dulu (sekali dengan kulit) untuk rojak buah. Ah selamber!!! Tak baik membazir. End up dapat dalam 2 dulang besar. Masuk dalam 3 balang kecik, 1 balang besar... 2 untuk MIL, 1 untuk kami dan yang besar untuk Tok Baseah...
Pukul 11+++ gerak dari rumah, gi rumah MIL. Dia bekalkan her famous karipap (benda wajib dia bekalkan kalau kami nak balik Penang. Highly demand ni!!!) dan kek buah... Lepas pekena kopi secawan, kami gerak dalam pukul 12.30...
Dari exit guthrie sampai ke Ipoh sangatlah jem OK!!! Sampai kereta berhenti atas hiway dalam 3-4 minit. Tu tak masuk lagi tiap hentian penuh umat.
Kami bersahur kat dalam keter jer. ZwanZwan belikan nasi goreng tawaq-habiaq kat R&R Sg Perak. tu pun isi dalam bekas kami, bekas depa habis!!! Ingat nak makan nasi lemak bungkus dalam daun pisang. Nanadonya! Semua habis licin!
Sampai Tol Juru ngam-ngam pukul 6 dan kami sempat merasa rebet 20% tol... dapat la RM38... selalu RM48... KOT... :P
Lalu kot jambatan, then sampai rumah Tok kan kami semua tido dulu.... D
Dalam nak tengah hari me bangun, mandi dan mula masak... Nothing special... ayam masak kicap, sup ayam, tempoyak dan ulam-ulam kampung untuk lauk berbuka... then rendang daging kerbau...
Seriusly, me tak pernah jadi Chef untuk hari penting begini tau. Selalu jadi sous-chef jer. hehehehe... then sediakan bebahan untuk masak kuah lodeh esok pagi plak...
Bangga wooo jadi head chef! Hahahhaha... rasa macam me dah jadi betul-betul dewasa. ZwanZwan pun macam tak percaya (iyalah isteri dia yang comel lagi montel ni kan malas masak kat rumah) jer me masak semua lauk tu... apa-apa pun DOMO ARIGATO kat my sous-chef, Ili Nur yang moncong-moncong menerima arahan dari me. Maaf la yer.. ala ko pun tau, akak ko ni kan ahkak garang... :P
Malam tu me retired lambat sbb kemas dapur, susun periuk so senang nak perangat dan orang ceduk esoknya, clear out kitchen... sampai bengkak-bengkak teruk kaki... SELAMBER! demi raya ku korbankan...
YAY!
1 comment:
huwaaa jd head chef tu...
** ada jugak yg update blog.. senyap sunyi wei.. hik3
Post a Comment