Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Friday, September 18, 2009

Pasal... Persiapan Yang Tak Siap

Salam,

Duit raya tak masuk 'lam pau' lagi (green packet).
Duit raya 'pemungut cukai tak cari, tak masuk plastik, tak letak gegula sbb tak beli lagi.
Cadar raya dah kluarkan tapi tak pasang lagi.
Baju bertimbun tak lipat so rumah tak bleh disapu dan mop lagi.
Baju raya tak ada.
Baju nak balik Penang tak pack lagi.
Kuki raya untuk MIL ngan Tok Baseah tak siap lagi.

Ini semua sbb ZwanZwan asyik ajak pi sini, pi sinun... pi Utusan hanto kek lah! Pi makan nasi lemak t3t3k Kg. Baru lah! Pi bengkel lah! Pi sahur kat MekDi lah! Semua salah dia!!!

Ke... salah sendiri tak reti-reti nak buat persiapan tu awal-awal?
Seriusly tahun ni me mengelupur lebih dari biasa... adakah kerana Baby-Chan sering bertomoi didalam (iya saya ada keturunan Siam) menyebabkan me cepat penat? Tapi daya kerajinan me lebih dari time Ewan... hm...

So harap sgt Dato' bagi balik awal arini.

Balik kena kemas keter so bleh muat beg dan lay-mat (kena bawa sendiri takut tilam abih dan kena tidur lapik lay-mat nipis je). Dah la Ili mengekor sekali, tambah 1 lagi beg, dah less ruang letak barang...
Lipat baju disamping pack baju dalam beg.
Jgn lupa bekas air, duit syiling...
Baju kurung pahang, baju melayu ZwanZwan. Kasut, songkok, butang.
Sapu dan mop lantai (ni bleh suruh Ili buat)
Pasang cadar (Ili...)
Clear out fridge takut ada yang busuk. Buang sampah. Basuh pinggan mangkuk. Lap dapur, kitchen counter...
Melawat bungalow Ewan... susun batu, cari bunga... Ni kalau hujan pun kena pergi jugak-jugak!
Pi rumah MIL, beraya dan drop duit raya utk dia...

Dan... kalau ada masa... nak buat kuki raya... beskot denmark... bahan dah ada... masa jer tader...

Dalam keter pagi buta yang hening ni, kalau korang selilih keter myvi silver ada bunyi orang berdengkur kuat, mungkin itu me... :P

1 comment:

mar!ahaf!z said...

tatty, kita pun last minit. takde prepare apa pun sgt. ni kat rumah kita lg, nakgi rumah mak jap lg sebb baju sue tgal rumah mak, tak gosok pun lagik, dari bj me smp baju nawfal.
sgt anak solehah, gi rumah mak, tau2 gi melantak je..
*ptg semlm rasa mcm nak demam, pepagi raya ni. masih selseme, masih pening. boring...
ok tatty, selamat beraya.. kim slm ewan.

Related Posts with Thumbnails