Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, September 29, 2009

Pasal... Raya-Raya lagi ah!

Salam,

Sambung lagi... lepas maghrib, kekami reramai pergi nak beraya rumah Tok Ngah Kaq tapi dia tadak la plak. So kami pi rumah Tok Chik Mat... tu dia... depa jamu laksa!

Tengah sedap mengadap, ada ka patut, ZwanZwan TERtumpahkan kuah laksa suam-suam tu kat muntut me? Ah!!! Makan laksa kat mangkuk la encik, takan makan kat muntut kot? :P

Then balik, layan lontong lagi... then me pengsan... ZwanZwan la yang berkemas segala!

Esok pepagi, kami semua bersiap. Mama, Ayah, Ili ngan Farhan bertolak balik Melaka dan kekami pi Balik Pulau. Melawat bungalow arwah Tok Wan Omaq. Then pi rumah sepupu Tok Baseah, Tok Ngah Baharom. Depa tak kenal me dah... uhuk uhuk! Iyalah dulu besaq jari kelingking, la ni besar pemeluk balak. Manalah nak kenai, kan? Uhuk uhuk...

Lepas tu zoom ke rumah Mak Ngah Maliah. Ada dia ngan Nita (sepupu, single lagi, pandai masak. Capa nak tekel bleh me tolongkan) jer... Depa jamu nasi impit ngan kuah kacang. Kami makan sambil tunggu depa bersiap. Sambil tu, me pusing rumah dia. Tengok buah rokam merumut-rumut merah! Geram betul me! Me just kutip yang atas tanah jer, sbb semalam depa dah bagi seplastik besaq! saja tamak!!!
buah rokam... bila masak dia jadi lagi merah, merah hati...

Seriusly rezeki Baby-Chan memang murah. Me nampak pokok buah renda tengah berbuah, so apa lagi, petik-memetik la. ZwanZwan find it a bit hard to swallowed but he managed! :P
Buah renda blum masak. klu masak jadi merah hati.
pic from: http://bumiselawat.multiply.com/photos/photo/151/1

Kami gerak pi bungalow Pak Cik Jali then ke rumah Pak Long. Joined by Pak Su Dolah later... ZwanZwan ajak Adam(my sepupu, dah bertunang, sorry) pi tapau mee sotong ngan mee rebus. Layan!!!

Lepas abih tu, pi rumah Tok Njang plak kat Kg Seronok. (ZwanZwan pi kata kampung senyum. rumah bini nombor berapa la kg senyum tu) Kali ni ZwanZwan hepi giler sbb kuah kacang Tok Njang sama macam kuah kacang mak dia. Bertambah-tambah dia makan. Me nak try tapi gastrik melanda diri...

Dekat 6.30 kami semua gerak balik. Niatnya nak pi rumah Mak Tam Imah plak malam tu nak bincang-bincang pasal arrangement kenduri Adam.

Sayangnya lepas Maghrib, Shamil (anak Mak Tam) mai rumah Tok kata mak pak dia tadok... So lepak rumah jer la... So me pun masuk la tido...

Dekat pukul 11 bangun, lapaq. Tgk ZwanZwan masak nasi putih, sardin ngan telur dadar. Layan! Dapur me tgk dah kemas... Tu dia... Cucu Menantu Tok Baseah mengemas habis dapoq, bilik ayaq semua! Malam tu Pak Su mai tidoq rumah Tok... so meriah la...

Yang tak syok, pukul 2 pagi, me kena heartburn dan sengal kat bahu yang mahahebat! tak pernah kena sebelum ni pun. ZwanZwan tolong urut tapi tak jalan. Me dah nangis... Maka ZwanZwan kena pi beli ubat plak. Dia cari sampai Sg Nibong tu... Balik, minum ubat, sapu minyak... still tak jalan... Seksanya! Tidur jaga, tidur jaga... sedaq-sedaq dah subuh.

Bagitau la kat Tok, kata me sakit, so dia ajak pi rumah Tok Chik minta buat air penawar. Ah, selamber! Kita berusaha jer sebelum bertawakal dan terima apa dugaan... Alhamdulillah, lega... FUH!!!

Balik rumah Tok, kemas barang, rumah semua... tengok Mak Ngah pun dah sampai. Depa nak pi rumah Chu Yang kat Seberang. kami tak ikut sbb nak balik jauh tu, Melaka...

Maka bertolaklah kami balik ke Melaka tengah hari tu...
OR so we'd planned... :P

4 comments:

adha said...

huwahhh laksa makan kat muntut.. hik2..

yummy sedapnye laksa..

aku mabuk laksa johor.. ari2 mkn laksa johor.. pck aku masak 1 periuk besaq.. mkn smp pengsan.. tp tgal mkn je.. tak de hal.. ahahaha

Aan Andes said...

Buah rokam ngan buah renda tu mcm mana? Teringinnya laksa kedah..hmmm

Aan Andes said...

Ehhh hari tu me tgk takde gambaq. Anyway me tauuuu buah renda! Tapi rokam tu still mcm tatau hehehe

Nurul Aznil said...

@Aan - kalau nak buah rokam, yg jeruk punya adalah kat rumah kami... tapi jeruk buat sendiri la... kecut-kecut dah buahnya... nak ka? kalau nak, bgtau la... kami minta ZwanZwan hantar kat opis awak nnt...
(bangsar - brickfiled bukan jauh sgt)

Related Posts with Thumbnails