Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, May 5, 2009

Pasal... Kesedaran Sivik!

Salam,

Korang masuk surau. Niatnya 1 jer. Nak solat. Menunaikan kewajipan kepada-Nya.
Korang buka tudung, nak pergi ambil wuduk tiba-tiba ada minah baru masuk surau letak beg telekung dia atas sejadah yang tinggal 1 kosong tadi. Ko geleng kepala dan terus pergi ambil wuduk.

Korang dah selesai berwuduk. Semua sejadah dah penuh. Ada 2 muslimah dah habis solat. Sorang tengah sikat rambut, sorang lagi tengah godek-godek beg sejadah. Korang dok berdiri tepi. Sudah tentu mereka nampak korang yang dah siap bertelekung, siap hendak bersolat tapi masih pura-pura tak tahu apa yang korang nak.

Korang terpaksa bentang sejadah kat belakang. Sedang korang solat ada muslimah ni lalu depan sebab nak pergi depan cermin. Bila korang nak bagi salam, muslimah tadi lalu lagi siap tersadung sejadah korang.

Tu tak termasuk para muslimah peramah yang berborak hal-hal negara dengan suara lantang persis sedang berceramah.

Korang dah habis berdoa, korang cepat-cepat lipat sejadah dan beralih dari tempat tu. Korang bersiap nak pakai tudung depan cermin wakaf. Tiba-tiba ada muslimah ni datang depan dan selamber bermake-up. Lama! Calit ni, tempek tu, conteng sini, lukis sana tapi cantiknya macam tu juga. :P

Tolonglah jangan buruk laku kat surau wakaf!
Tolonglah jangan sesuka hati book sejadah kalau korang rasa sejam lagi baru korang nak mula solat!
Tolonglah slowkan sora sumbang korang kalau nak berborak dalam surau!
Tolong jangan biadap halang pandangan orang lain bila depan cermin wakaf!

Kesian muka cantik, kerja gempak tapi tak ada kesedaran sivik tak guna! Dari hidup baik terjun longkang!


6 comments:

kabussenja said...

Noi, longkang kecik sgt, soh terjun lombonggg...

adha said...

masa me keja kat HQ, dorg siap tido2ran dlm surau... pas tu org nk solat, wat2 x nmpk

oMMy fiRuz said...

wah..ni mesti kes bengang ni..i rase pg kat mane2 surau pun situasinye same jugek..potpetpotpet tu dah jd xtvt wajib..sbb tu la i selalu msuk surau lmbt sbb x nak bersesak2..x nak dpt dosa kering..:D

Nurul Aznil said...

@kabussenja - longkang cukup la kot. la ni air longkang pun bleh tahan baunya :p

@adha - tido kat belakang diam-diam OK, tapi jgn sampai berdengkur. itu sudah lebih :P

@oMMy - bagi saya ni 1st surau yang special mcm ni. kat phileo damansara OK lagi tau. maybe sbb surau tu besaq, plaza masalam ni kecik jer suraunya.

blackpurple @ jowopinter said...

Kasihan pada dorang kan. Jahil agaknya. Semoga Tuhan memberi dorang petunjuk. :)

kecik said...

ish..ish..kuang ajo betul tuh.. mmg takde kesedaran sibik langsung..aku bet nih mesti bukan local kan..

Related Posts with Thumbnails