Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Friday, September 12, 2008

Pasal... Sebalik Senyum + Raya

Salam,

Adalah sorang colleague opis baru me ni kata me ni ceria. Tader ruper orang dah kawin apa lagi ada anak. Hehehehehe... kembang sekejap.

Tapi hati dalam siapalah yang tahu kan?

Me dok senyum, buat lawak, ketawa tak ingat dunia bila depan ramai orang...
Tapi bila me sengsorang... time nak tido, senyum gelak tu dah hilang.

But anyway... dalam 2 minggu lagi nak raya kan?
Alahai projek langsir me masih terbengkalai. Baru siap langsir pintu. Tingkap apa pun tak buat lagi. Stuck sbb tak jumpa jejurai/ropol yang matching dgn kain. Nak biar kosong rasa macam pengantin pakai baju kawin jer tak set rambut, tak make-up...

Kuih. Ha kuih kena buat 2 jenis. haper tah ngan haper tah. Me jumpa resepi, alter skit then siap. But my mum kata tu semua kuih main-main. Main-main pun main-main la, janji sedap! Kena buat koman-koman pun 200, 50 utk me, 50 utk MIL, 50 for Mama, 50 for Tok Baseah. Nasib baik kuih main-main, cepat la skit nak siap...

Baju. Since ZwanZwan dah borongkan 2 pasang jubah, 1 pasang baju kurung dan dah beli kain utk 1 lagi baju kurung untuk opis baru me ni, maka officially me tak layak dapat baju raya dah tahun ni. Hahahahha... Ditambah sepasang Ao Dai yang dia pesan dari Sarip yang pergi Vietnam... lagi tetambah la me tak layak dapat baju baju untuk anniversary tahun depan. Hahahhahah... Mmg banyak! Me pun macam tak percaya je. So lepas ni kena tapis mana baju nak pakai lagi, mana nak let go.

picture taken from: http://www.vietvaluetravel.com/Travel_Guide_Ao_Dai/151

Rumah. Alahai, tak ada penambahan perabot tahun ni, alhamdulillah. Rumah kami dah sesak sangat tu. Tengah pening, mana nak tolak katil double decker tu... Ada sesapa nak beli katil 2 tingkat? RM300 me jual free kipas meja me bagi. Hahahhaha...

Cukup la sampai sini me merapu. Malam karang balik Melaka. Esok malam bebuka puasa dgn bebudak TERATO.

1 comment:

mrs hafiz said...

at least ada kuih menmain.. me kuih tunjuk pun belum tentu lagi..

Ao Dai? tak penah tgk lagi.. nak google jap hehe

Related Posts with Thumbnails