Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, July 15, 2008

Pasal... The Sweetest Things

Salam...

Masa Ewan 3 hari, dia dah boleh tegakkan kepala dia. Kami tidurkan dia menelangkup, dia boleh alih kepala dia.

Masa dia nak masuk 3 bulan, Ewan dah boleh terlentang dan terlangkup sendiri. Me baringkan dia, then pusing ambil pampers, pusing balik tgk dia dah terlangkup. Huwaaa...

Masa dia 40 hari, dia dah pandai pegang puting sendiri.

Masa 99 hari, Ewan dah mula ikut me menyanyi bersama. Lagu favorite dia, Summer Love by Justin Timberlake.

Masa balik Penang haritu, Ewan makan durian. 5 biji! Yang isi putih, yang isi kuning, yang isi merah...

Ewan dah pergi Cameron 2 kali! Makan ice cream strawberry 2 mangkuk!

Ewan dah pergi Pulau Besar dan cecahkan kaki di air laut kat sana... Dia suka laut!

Ewan dah pergi Ulu Yam, tapi dia tak suka air sungai, sejuk. Kecut muka dia yang dah sedia kecut bila Babah rendam dia dalam air...

Ewan sangat suka makan eskrem! Tambah kalau dibubuh Hersey's chocolate syrup sekali. Kalau habis semangkuk, dia jerit minta lagi...

Ewan suka bubur ikan bilis yang Ibu masak, sebab Ibu goreng dulu bagi wangi, then tumbuk halus, then campur dgn bawang besar yg digoreng dgn minyak lebih goreng ikan bilis tu dan ditambah sedikit oyster sos.

Ewan suka spent masa dengan Babah lepak bengkel MAG. Sampai Ibu kena call Babah suruh balik, nak maghrib. Kat sana banyak yang melayan Ewan.

Ewan suka sangat tengok claymation Shaun The Sheep, Bob The Builder, Thomas And Friends, Postman Pat, Fireman Sam... Kalau Ewan tengah menonton tu, tak payah kacau la.

Ewan suka sangat tidur bila dalam kereta. Tapi kereta tu mesti ada air-con dan bergerak. Kalau kereta berhenti, Ewan akan bangun dan buat bising macam komplain, "Apsal keter tak bergerak?"

Ewan kalau tinggal dengan Ibu, baik betul! Kalau Ewan tertidur then woke up Ibu tader sbb pergi mandi ke, kedai ke, Ewan rilek jer layan TV ke, main dengan puting ke...

Tapi kalau dengan Babah... Babah tak boleh bergerak langsung... Ewan sure bising. Hehehehe...

Satu benda yang selalu buat Ibu terharu... kalau Ibu menangis, Ewan sure akan pusing ngadap Ibu dan hulur tangan kat Ibu. Ada sekali Ewan pegang tali bahu baju Ibu dan tarik supaya Ibu dekatkan muka Ibu pada Ewan, then Ewan pegang hidung Ibu. Kensel trus Ibu nak sambung nangis...

These are among the sweetest things about you...

Yang datang dan baca blog me... Harap lepas ni, jangan la nangis, sedih or rasa kesian untuk Ewan lagi. Dia memang tak suka orang sedih-sedih ni... lagipun dia dah in a better place...

All these thought la yang buat Azwan dan me strong sampai sekarang... Kita pk yg baik jer... OK? OK!

7 comments:

adha said...

bersabar la.. simpan semua kenangan manis tu erat2 dlm ati.. aku almost every minute missed my late doter... perit memang perit.. mcm ko ckp la.. now they in the best place ever...

cik jz said...

yes kak tatty.

ewan da berbahagia kat sana.

kita doakan arwah ewan dari sini.

amin!

mrs hafiz said...

:) ewan sweet...

MsAnak said...

He sure is in good hands now. :)

Our Dreams Of Life said...

alhamdulillah...aznie tabah hadapi semua ni & boleh berfikiran +ve...tak ramai yg mcm aznie ni...

Ibu_Hamzah said...

waah.. ewan mmg anak yg baik.. tak nyusahkan ibu dia ye...

sama mcm anak kita suka tgk shaun, postman pat etc.. sampai hafal lagu..

tp perkembangan ewan lagi terkedepan dr anak kita.. sbb tu tuhan syg sgt dgn dia..

salam perkenalan..

Sapiah Hussien said...

Ups! dah tenangis!. Tak sengaja lar..sowy...salam perkenalan dari saya.

Related Posts with Thumbnails