OK Ahkak kembali lagi. Lama giler tak ber-blog. Malas or tak sempat... entah lah. A cocktail of both maybe.
Anyway, sempena jualan buku murah-murah giler-giler kat Big Bad Wolf Books yang sedang berlangsung dari 27 Mei - 5 Jun 2016 di The Mines 2, Ahkak dah hangkut satu Family Package berharga RM160 untuk satu kotak kecil dan 1 kotak besar. Dia macam konsep kotak prabayar Pos Laju la... beli kotak then isi lah barang dalam tu. Bezanya event ni, beli kotak, isi penuh-penuh buku korang nak. Asalkan penutup kotak tu bercantum elok bila ditutup, semua buku tu, ko korang punya. Tak kisah la walau pun korang bayar RM160 jer untuk kotak tapi buku dalam tu bernilai RM500! Hebat kan? Kami spent dalam 2 jam mencari dan menyusun buku (selain beratur untuk bayar dan ambil kotak di kaunter). Berbaloi-baloi.
So, Ahkak nak ajak kenalan Ahkak berkongsi rezeki dengan memenangi satu set buku cerita kanak-kanak. Macam mana? Tengok gambar kotak-kotak Ahkak hangkut semalam yang penuh buku, dan teka berapa bilangan buku yang ada dalam tu? Senang kan? Tak dapat tepat pun, sipi-sipi pun OK lah. Ahkak tak berkira sangat sebenarnya. Kehkehkeh...
Untuk mengetahui cara nak join, sila ke SINI ye'!
Good Luck!
Hadiah yang ditawarkan. 1 set buku Five-Minutes Story (9 buah buku bernilai RM72) |
Kedua-dua kotak yang Ahkak hangkut |
Ukuran kotak-kotak tersebut |
Diantara buku-buku yang terdapat di dalam kotak kecil |
No comments:
Post a Comment