Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Sunday, January 10, 2016

Pasal... 2015 ke 2016

Salam,

Wah, lama tak bermonolog disini. 2015 dah habis, 2016 pun dah nak masuk separuh bulan. Pencapaian 2015 OK jer, ada tak best, ada best. Paling best is sudah tentu belajar naik motor.

Last bawa motor adalah masa kawan dengan budak Johor ni, me bawa motor, dia dok belakang. Tu jer. Sekali. 10 Okt tu adalah hari pertama naik motor sendiri, seorang. Takut!!! First time bawa motor ke opis, tangan menggigil, tambah plak tadak lesen lagi time tu. Pergh!

Seterusnya staff baru ganti staff yang byk masalah sebelum ni. Yang baru ni diva la plak. Kalau di biar, dengan me sekali dia mengarah! So, occasionally kena bring him back to earth. Hahahaha.

Boss pun dah tukar. Dapat boss yang specialty dia adalah tai-chi. Dulu kalau pasal nak order merchandise opis, aku BG cadangan jer, lain semua boss buat. La ni aku proposed, aku cari budget, aku minta approval COO. Jangan lupa part dia suka men-joyah, melebar-keti dan menjadikan simple 2 pages memo ke 4 pages.

Anyway, Professor Emiratus Eiman Ariq dan Sugar-Plum Elia Amira dah tak pergi rumah MamaRuby. Berair mata MamaRuby masa last visit kami haritu. Now kami hantar depa kat taska bawah rumah jer.

Eiman pun dah mula darjah 1. Kami masuk kan dia ke sekolah yang ada mix races dan most of the parents cakap 'omputeh'. Hope boleh improve English dia. Kawan kelas pun ada yang OK, ada yg sememeh. Oh, siap ada buat group WhatApps wooo. Hahahaha.

ZwanZwan? Hahahaha, dah mula buat business kecil-kecilan. Dapat side income untuk cover transport sekolah Eiman pun cukup la. Tak nak aim tinggi sangat. Sebab nak dapat income tinggi kena spent banyak masa, and I don't like that. Hahahaha...

Anyway, welcome 2016. Please be kind to all of us. InsyaAllah ~

2 comments:

Rizziela said...

2016 yg penuh dgn cabaran & dugaan

mrs zach said...

me pun dapat boss pakar taichi dan kuntau. nyampahhh

Related Posts with Thumbnails