Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Friday, March 7, 2014

Pasal...Kenapa Dia Dan Bukan Kamu

Salam,

Kali pertama aku ke rumahnya, disambut ramah oleh ibunya. Siap disuruh aku makan nasi panas-panas dengan lauk ikan siakap yang ditangkap oleh kakaknya.

Dengan kakak kamu, aku disambut dengan kata makian sumpah seranah. Itu baru on the phone. Kalau berdepan aku kena cat-attack kot. Kali pertama aku berjumpa ibu kamu adalah di pejabat pengetua berdepan dua cikgu disiplin. Siap speaking omputeh lagi ibu kamu. Memang hebat! Katanya aku mengganggu pelajaran anak lelaki tunggalnya yang menjadi harapan keluarga.

Seterusnya dia berusaha mendekatkan aku dengan keluarganya, baik dekat mahupun jauh. Diusungnya aku balik ke kampung. Aku tak boleh lupa kata-kata arwah Uwannya, "dak Dwan ni macam takdo laie oghang molayu nak buek istori. Chino dikawinnyo". Nak tergelak, tapi ku tahan. Chino pun chino lah Uwan. Mak Lang dan Mal Ngah dia memang champion! Tak pasti aku je ke yang perasan lebih, ke memang llayanan depa to me memang extra special. My own mum pun tak layan begitu sekali.

Keluarga kamu? I had no idea selain, your father side suka perempuam berkulit putih kalau nal jadi menantu. Kecut perut aku. Maklumlah , aku tak putih sangat sebab selalu bersukan tengah panas.Lain-lain cerita tak pernah dengar, apa lagi nak ajak kenal mahu pun berjumpa.

Aku rasa cukup setakat ni aku kongsi kenapa aku pilih dia dan bukan kamu. Aku takut lagi banyak aku list, lagi banyak jin syaitan ko kirim kat aku...

No comments:

Related Posts with Thumbnails