Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, January 23, 2013

Pasal... Gangguan Selepas Tengah Malam

Salam,

Elia Amira, semalam mengamuk-mengamuk tak tido lepas ZwanZwan balik dari meeting pasal tanah retak belakang rumah kekami. ZwanZwan balik dalam pukul 12:30am.

Me dah called ZwanZwan byk kali, nak minta dia balik, tapi dia silent-kan phone. Dia balik lambat pun sebab tolong kemas kerusi meja. Niatnya baik, tapi natijahnya, teruk!

Elia Amira tanak tido. Tido setengah jam, terjaga, melalak. Then tido balik, terjaga nak main. Sampai pukul 3am dia masih boleh gelak-gelak time me salinkan diaper dia. Lepas pukul 3, dia lena tapi by 5:30am dia melalak lagi. Ya Allah tension seh!

Akibatnya kekami melajakkan tido lepas subuh. Hambik ko!

Amalkan la balik memalam buta, tak basuh kaki, tangan, muka then sambut anak-anak. Me ingat citer-citer tu saja nak takutkan ibubapa since 2 anak jantan me OK jer. Nah dengan anak dara ni, kena. Kena stand by air Yassin balik ni... Or advise techician opis ni, letak 1 gayung air dengan secubit serbuk kenyit untuk buat cuci tangan. Hm... petua orang India, katanya... Bleh try, no harm...

Nah cuci mata, gambo ZwanZwan kat meeting. Me pinjam gambar ni dari FB Indahria yang dipetik oleh Encik Moosa.



1 comment:

Unknown said...

noi..tak pun calit celak kat dahi elia. biar 'benda' tu tak berkenan kat elia. my anak bujang, dari kecik sampai skg, asal balik kampung i je, kenalah calit celak kat dahi dia..kalau tak asyik kena ganggu je.

Related Posts with Thumbnails