Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, January 30, 2013

Pasal... OUM: Drama Drop & Add Subjek

Salam,

UPDATE:
Dah dapat repy dari Puan Haniza. Dia suruh pi LC untuk pengesahan dan jadual kelas baru.

Alhamdulillah...

**************** 

Lama tak mengarok pasal OUM. Hahahahha...

Me berjaya transfer 8 subjek. Kos? RM1200 i.e. RM150 per subjek.
Tapi me tak bayar lagi.

Kos untuk sem ni, RM1863, tapi me dapat 10% diskaun sebab Alumni (5%) dan bayar sebelum tarikh yang ditetapkan dapat lagi 5%. Ni dah settle semua.

Now, masa me register, me register untuk 1 subjek jer sebab lagi 2 tu subjek yang me akan transfer kredit.
So ding-dong, on 19hb Jan kot, transfer kredit berjaya. Ada jumpa mamat fakulti Management ni, Syamsul a day before. Dia yg escalate transfer kredit tu. Dia jugak kata akan minta Puan Haniza tolong drop subjek tu dan tambah 2 subjek baru. Kiranya me akan join senior la. Dia suruh check petang tu or malam tu, so that esok pagi me bleh pi ke LC Shah Alam dan check if the new added subjects adalah pada hari Sabtu or Ahad.

Tunggu punya tunggu seminggu, nothing happen. 25 Jan lepas me pi LC Shah Alam. Turn out, SEMUA staff fakulti Management BERCUTI. Yang ada pun seorang tapi dia Lecturer. NiCE!!! Maka, tertunggak lagi.

Bila buka portal, 2 subjek yang me tak register ada dalam tu, siap nama tutor, e-tutor dan dateline tugasan lagi! Apa jadi dengan drop and add subjek?

Selasa, semalam la... me called Puan Haniza. Baru nak explain masalah dia suruh me email. Me email, tapi sampai sejam tadi, NOTHING. Called tadi, dia kata, tak dapat email dari me pun. Fine, me fwd the email from my Yahoo email and OUM email. If tak dapat lagi, Jumaat ni me SERANG OUM lagi.

Dah 1 tahun me tinggalkan OUM. Ingatkan dalam 12 bulan adalah perubahan pengurusan dan birokrasi ni. NOPE, still the same... Alahai! Menenangkan fee depa murah dan diskaun yang dapat jer le me ke sana lagi. hehehehhe...

No comments:

Related Posts with Thumbnails