Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, January 9, 2013

Pasal... Eiman Dan Sekolah

Salam,

Meh citer pasal Professor Emeritus Eiman Ariq pulak.
Makin cerdik! Tapi kami last minit tak bagi dia masuk tadika sebab diberitahu last minit, pada hari ke2 persekolahan.

Begini, kan last year me dok canang nak masukkan dia sekolah kan?
Sampai bulan lepas kami tunggu, mananya jawapan. Dok tanya MamaRuby every week ada ke surat dari sekolah untuk Eiman? Tapi tak ada. 

Pada masa yang sama jugak, me tengah tunggu result OUM tentang pendaftaran me yang sangkut sebab certs tidak disahkan. Then me dapat 1 SMS kata boleh buat pendaftaran dengan waktu pendaftaran yang diberitahu adalah dari pukul 9am sehingga 12noon. Me boleh ingat itu SMS dari OUM, tapi boleh question, apsal waktunya kejap jer? Tak kisah la. Me pun dok harassed Affizz budak OUM tu, since dalam website OUM tulis tak boleh diproses lagi.

Sekali pada hari ke2 sekolah dah mula, Cikgu call ZwanZwan tanya, "Eiman Ariq ni nak masuk sekolah ke tidak?" Mengelupur kekami time tu. Perang mulut kejap la ZwanZwan dengan me sebab Cikgu tu kata, dia dah SMS me, tapi me no respon. Apakah. Sekali SMS yang me ingat dari OUM tu adalah dari sekolah Eiman Ariq. 

Namun, selepas diPK-PK, kekami buat keputusan tak enroll Eiman Ariq ke sekolah, since too last minit dan dia pun cakap masih tak betul. Kekami pun kurang faham, apatah lagi Cikgu or worst, kawan sekolah. Ada jugak kena rimbuk plak sebab salah faham nanti. Akhir tahun ni lah kami kena apply lagi dan tahun depan la Professor Emeritus Eiman Ariq akan bersekolah bila masa umurnya 5 tahun on the year tapi baru 4 tahun 15 hari on earth...

Rajin tolong ZwanZwan menyapu dan basuh balkoni (sebab boleh main pasir or air lepas tu)
Acara wajib tahunan for his birthday, pergi Fun Fair Shah Alam
Seronok betul Eiman Ariq baik ride. Yang sebelah tu lagi seronok :P
Menonton Miniscule dengan Elia Amira, fav TV show derang berdua

No comments:

Related Posts with Thumbnails