Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, October 2, 2012

Pasal... Weekend Merlimau Yang Malas

Salam,

Seronoknya balik Melaka lepak-lepak.
Careless about outside world.

Bertolak dari Shah Alam tengah hari lepas kemas rumah, basuh baju sidai segala.
Stop sekali lepas Exit ke Pilah tu untuk beli buah.

Masuk kot Exit Melaka since nak jumpa Jueleeana untuk pass EBM Aan. (Tahniah Aan dapat anak baru :D) Sampai rumah Jue, melantak mee kari sedap giler! Nasi lemak ZwanZwan kata sama macam MIL punya. Halamak! TERBAEK! Me paling suka meja penuh candied dan ada coklat fountain lagi you! Air mata kucing penuh 2 balang macam orang berniaga tu pun terbaek!

Lepas makan sampai nak pecah pewot, kami gerak ke Merlimau dalam pukul 4 gitu. Sampai sana rehat solat kejap then berkebun. ZwanZwan tarah pokok meliar kat tepi rumah Wak. Malam tu drove pi arah Muar cari nasi beringin. SEDAAAAAP! Sayangnya me jer dapat makan sebab orang surau dah booked. Kesian ZwanZwan makan mee bandung manis melecas! On the way balik, singgah kat kedai buah tepi jalan ni beli kepala pandan 2, jambu air madu ngan mangga lily. Tak pernah menghampakan buah-buahan kedai tu sepanjang-panjang our visits! Akak tu pun peramah. Ada anak dara sunti 2 lagi you! Eiman tak henti lambai tangan masa keter gerak. Hadoi ~

Hari Ahad pagi, Mama bgtau menu untuk malam tu, since Ili ngan Farhan pun nak balik. Daging sate, lontong, agar-agar santan! Kami gerak pi shopping kat Mahkota Parade. Adoi la, if tak ada iman didada, me dah belikan Eiman mainan tool set yang harga asal RM79.90 turun ke RM49.90 tambah lagi 20% diskaun! Me juga terasa gedik-getik nak belikan Elia set periuk masak-masak so bila dia dah besar skit, mainan dia dah ada. Begitu juga set bricks giant yang super murah. Fuuuuuuuuuh, skitttt lagi me nak beli tapi fikir bulan ni nak beli Lipid, me tahan. (Oh, I just realized, this is my first selfish act this month :P) hahahaah, ketepikan anak-anak demi nak kurus, bleh?

Balik rumah, masak semua (Mama masak, me menyibuk jer) then tunggu Ili, Farhan sampai. Sampai jer, semua bedal! ZwanZwan buat air bandung tapi perisa strawberry. Dah rasa macam gula-gula zaman dulu-dulu la plak...

Isnin pagi, bangun, mandi. Ingat nak pi tempah baju kurung kat my favorite tailor sekali tengok kain tertinggal maka kami melencong ke kedai plastik jer. Borong lagi... Nak balik singgah beli kuih dan air tebu... SEDAAAAP! Sampai rumah melepek atas sofa. Sedar-sedar ZwanZwan ajak lunch. Asam pedas ikan duri... sotong kunyit. hehehhehe... Lepas tu, me terlena time susukan Elia. Bangun dan petang, me keluar teman Eiman main pasir kat luar. Then me ambik cangkul, cangkul pokok melata kat the other side dan bakar sampah! Pencemaran! Pencemaran! 

Pukul 6, mandi siapkan beg, tunggu Ayah Ahmad balik, pi makan then balik rumah masuk barang dalam keter dan gerak balik Shah Alam, konvoi dengan Ili... Abih la weekend kami.
Tak ada xtvt fancy, tapi seronok... Eiman la paling seronok bleh main pasir. Tapi apakah Hero Dagu Tajam tu takut ayam dan api bakar sampah tu? *geleng kepala...

Gambar? tader tader tader~

Nota kaki: Eiman sedang potty-train

No comments:

Related Posts with Thumbnails