Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Sunday, October 7, 2012

Pasal... Selamat Dilahirkan

Salam,

Hari Ahad. Maulidur Rasul.
Baby tak bergerak aktif macam biasa. Risau betul.
15 minit sekali perut keras macam contraction. Bila rasa gitu me akan berpeluh dingin.
Lepas Zohor masih berkeadaan begitu even dah over 90 minit.
Me minum air ais sejuk dan baring. Rasa Baby gerak tapi ZwanZwan dah kancheong.

Zoom pi sepital. Buat check dan ctg.
Sejam lebih dapat news kena tahan semalam.

Lepas Asar doktor datang dan ZwanZwan setkan Isnin tu potong pewot.
Kami balik rumah dan Eiman dihantar ke rumah MIL sebelum kami check-in sepital dalam pukul 8 gitu.

Malam tu tidur tak lena. Asyik terkejut-terkejut jer.
Bangun subuh, rehat dan kemas mana yang patut. Pukul 9am nak pam susu tengok-tengok misi ketuk pintu nak bawa masuk OT. Mengelupur tepon ZwanZwan yang bersarapan kat luar.

Masuk OT me rasa dihempap perasaan MALAS.
Sampai nak bernafas pun me rasa malas. 
Lepas doktor bius masuk nak enjek belakang, me mengeluh kuat giler. Dia tanya kenapa, me jawap.. "Entah la, I just feel ... malassss".
Abis enjek, baring. Pasang drip kat tangan kiri dan pam check pressure tangan kiri.

Doktor Kamal masuk, selawat, bismislah dan potong pewot. Time tu jugak la me rasa hidung gatal macam kena miang rebung. Dalam keadaan separuh sedar me garu idung. Tak ingat tangan mana, maybe tangan kiri. Lepas garu tu rasa lega betul.

Kali ni, me tak tidur sepanjang operasi. Terjaga-terjaga kejap terutama time depa tolak baby keluar. Dengar jugak doktor dok borak dengan nurse pasal kawin amender tah, gelak-gelak gedik lagi you~ 

By 10am++ Elia Amira selamat dilahirkan. Doktor angkat tunjuk kat me 'baby' dan me angguk lemah jer. Abih semua, ditolak masuk bilik. Apa yang pasti, me rasa sejuk sangat-sangat-sangat. Dalam bilik, ekon off, berselimut 2 lapis, me still rasa sejuk. Terbalik dari time Eiman. Time Eiman me panas giler-gile sampai ZwanZwan tak tahan sejuk ekon.

Time mengigil tu me kata taubat tanak ngandung dan beranak dah!!! Serik sangat-sangat operate. ZwanZwan la tanak tunggu hari Khamis untuk try tengok kot baby nak keluar secara normal. *sob *sob

Itu citer dulu, 8 bulan lepas...

No comments:

Related Posts with Thumbnails