Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, August 2, 2012

Pasal... Update Anak-Anak : Eiman Ariq

Salam,

Mari update perihal anak-anak since harini seriously tak ada kerja!
Sangap seh melangut depan ni trying to look pretty while you are feeling sleepy. Very sleepy...


Professor Emeritus Eiman Ariq
2 tahun 8 bulan

Perkembangan Fizikal
Masih dalam lingkungan 10kilogram. 
Tinggi dalam 1meter gitu (tak pernah plak ukur betul-betul. Main agak-agak jer)
Psikomotornya berkembang dengan normal. Maka dia boleh berlari, melompat, memanjat (sangat pandai!), menari, menendang bola dan banyak lagi. Menumbuk bawang menggunakan lesung batu pun pandai. :D
Boleh memegang pensil dengan betul dan melukis bulatan tanpa bantuan. Boleh mewarna tanpa banyak yang terkeluar 'area'. Boleh mengutip duit syiling atau benda kecil atas lantai. Baru berjinak-jinak dengan blocks (mainan macam Lego) and loving it!

Perkembangan Bahasa
Masih pelat (since kami pun kengkadang cakap pelat dengan dia - NOT GOOD!) dengan beberapa perkataan. 
Boleh cakap ayat 4-5 perkataan mostly using Bahasa Melayu, little English.
Suka mengikut nyanyian lagu-lagu rancak seperti lagu Boboiboy. Words yang dia tak tahu dia akan hums.
Faham arahan simple seperti, "tolong ambilkan remote control". "Pergi buang sampah dalam tong sampah".

Perkembangan Kognitif
Part ni memang salah kami tak dedahkan dia awal. Tak pernah test samada dia boleh sort by colours, size dan macam-macam lagi. Kena buat ni. Tapi dia tahu if benda ada cili bermakna benda tu pedas. If benda ada ice cube, benda tu sejuk. 
Menyebut sehingga 10 sudah boleh tapi ikut mood la. A-Tu U-We E-Ge, Mm-Pat, E-Me, Mm-Nam, U-juh, A-Pan, Mm-Bi-Lan, E-Pu-Loh. Atau Wan, Tu, Tu-We, Po-Or, Pa-I, Sik, E-Ven, Eik, Nai, Ten.
Membilang dia masih merangkak dan perlu bantuan kita untuk sebutkan sukukata pertama nombor itu.

Perkembangan Sosio-Emosi
Keupayaan dia untuk bergaul, berinteraksi adalah pada tahap memuaskan bagi kami. Jika the company yang dia play with jenis main kasar, dia akan ikut main kasar. If jenis main biasa, dia pun akan mellow down. Kadang-kadang dia menangis sebab benda kecil macam kena marah dengan kami (more like tengking actually). Kami make sure kami pujuk dia lepas 2-3 minit. Selalu juga kami bagitau dia tak payah menangis sangat. Bagitau jer apa masalah dia macam dia nak portion makanan lebih ke, nak coklat ke, nak main kat luar ke. "If Eiman cry, Eiman tanak bgtau Ibu Eiman nak apa, macam mana Ibu nak bagi. Eiman tell Ibu, what do you want." Also we ALWAYS berikan support dan pujian sekiranya dia boleh menguasai emosinya. "Cayalah Abang! Camni le Good Boy. See Elia smile at you. She must be proud of you!" If nak minta tolong on something, kami pastikan kami guna bahasa yang lembut dan elok. Hormat dia walaupun dia kecil :D
Paling kami banggakan, if dia nampak ada luka ke, bekas garisan pada kulit sebab terhempap lama ke, dia akan datang, tanya sakit ke dan pi ambil ubat untuk sapu. If nampak orang nangis kat tv ke, live ke dia akan kata kesian dan cakap "dah, dah", sambil usap kepala Auwwww


Elia Amira... to be continue... 

1 comment:

Qhaifa Nur said...

sedap namanya...
moga jadi anak yg soleh...

Related Posts with Thumbnails