Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, February 24, 2011

Pasal... Fire Drill

Salam,

Pagi tadi Fire Drill North Tower.
Dalam opis me ada 5 orang termasuk me.
Tapi me dah halau bebudak tu pi sarapan.
Why?
Entah la. Sepatutnya tak payah kan?

So lepas alarm berbunyi, me pun sarung vest, bawa sepanduk, make sure henpon ada then kluar turun tangga.
Berkumpul kat area ditetapkan.
Then Coordinator datang ambil 'kedatangan'. Opis ada 26 orang, tapi sorang jer terconggok.

Tak lama lepas tu, sorang-sorang orang opis sampai. 6 orang semuanya.
Lepas sejam, boleh bersurai tapi Chief Floor Warden (me la tu!) kena pi post-mortem meeting.

Patutnya dalam 10 minit tapi drag dari 10:30 ke 12:00. Manalah tak lama, ada pakcik giler limelight dan penuh soalan tu dok cakap banyak. Dia sorang lebih setengah jam. Betapa kat tempat lama dia dulu Bomba sungguh bagus la, apa la...

Nak jer me sound, Pakcik, ni baru test yang pertama, sure ada kekurangan. Tu nak meeting, nak cari flaws then cari solutions. Then geng opis dia siap demand air! Dia kata kat KLCC dulu ada air disediakan. Tader orang kalu, kena jugak lantik orang untuk lari pi beli air. Dasat kan?

Then Pakcik tu bambu lagi management.

Me dah resah gelisah, giliran me bila plak ni? Dah dekat tgh hari ni.Lapaq!
So me angkat tangan cerita betapa 2 hari sebelum drill me me hantar email kat semua staff SiripBiru tentang camner me nak depa menyelamatkan diri (walaupun hakikatnya pagi tu me sorang jer yang join). Me cakap me sediakan layout opis, bahagikan kepada 2 bahagian sebab ada 2 Floor Warden. So depa tau, kalau depa kat sini, depa kena kluar kot pintu ni. Me siap snap gambar pintu-pintu yang depa kena guna. Pintu ke tangga kecemasan pun me letak. Pintu mana depa akan jumpa pun me bagi. Me jugak bgtau depa kat mana tempat bebudak SiripBiru ni nak berkumpul.

Me cakap, benda ni me akan includekan dalam sesi orientasi untuk setiap bebudak baru join. Make sure depa faham dan aware pasal ni. "It's like, we cannot just wait for the Management to do everything. They have big crowd to handle so we can help them a little by educate our people in our organisation first" macam tu la ayat. Me tak ingat sangat, mengigil me time tu. Abeh yang join meeting tu mostly senior-senior. Budak hingusan (literally - really! idung me dok sok-sek sok-sek time tu. lupa bawa tisu) macam me nak bagi idea, tercalar la kredibiliti depa, kan? Ada yang cebek mulut (me perasan yang agak berusia yang buat camni), ada yang angguk-angguk setuju (mostly golongan muda la).

Come on la! Bertindak locally dulu, baru globally, kan?

So entah bila lagi nak buat drill. FAIL big time tau!
Estimate 20 minit, tapi 1 jam baru selesai. Kompom kena buat lagi.

video

Video singkat yang my friend tangkap pagi tadi. Biasalah, my face nampak macam bulan mengambang.

1 comment:

Aan Andes said...

Haha propernya fire drill korang. kitaorg punya ala tak ala je.. mmg semua org hangus :P

Related Posts with Thumbnails