Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Friday, December 3, 2010

Pasal... Buih-Buih

Salam,

Dah sebulan lebih kami belikan Hero Dagu Tajam mainan peniup belon air sabun tu.
Hadiah la tu sebab dia dah boleh berjalan... alhamdulillah.

Beli kat medan selera veladrom Cheras lepas layan nasi campur dan ayam kampung (oh air liur ku merembes!).

RM12 kot? Entah! Dah tak peduli harga sebab seronok sangat!

So pasang kat rumah, Alhamdulillah Eiman suka sangat. Bagus dipasang kalau nak mandi ka, nak solat ka, nak melabur ka, sebab mainan tu buat Eiman leka seketika.

Ada lampu dan musik (taken from one of the songs in Sound of Music), disambil 4 rotating hoops. So takyah sesusah tiup, motor tu akan generate angin dan tiup!

Ni 1 gambar goyang me snap time Eiman tengah menikmati belon buih-buih sabun...
(sila ignore lemari semak-samun-compang-camping)


1 comment:

Aan Andes said...

me nak beli!!!! Bestnyaaaa! Tapi me pernah jumpa RM30! So rasa mcm mahal and tak beli la hahaha. Ok now dah tau benchmark harga dia.

Related Posts with Thumbnails