Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, June 16, 2010

Pasal... Jatuh

Salam,

Sebagai meraikan Eiman 6 bulan, Eiman telah MENJATUHKAN dirinya secara terjunan somersoult dari katil kami petang semalam.

Sebelum dia menjatuhkan diri, Eiman telah memberi mukadimah kepada Babahnya dengan menjatuhkan stacking toy. Sebaik sahaja Babahnya pusing untuk melihat apa yang berlaku, Eiman telah diudara melakukan somersoult pertama didalam hidupnya.

Sebaik sahaja Eiman mendarat diatas lantai yang kebetulan dialas bantal sedikit, dia terpempan. Apabila Babahnya mendukung Eiman dengan pantas, Eiman baru tersedar bahawa dia telah mengalami pengalaman agak mengerikan dan mula menangis semahu-mahunya.

Babahnya telah menelefon Ibu Eiman yang pada ketika itu berlumuran habuk kerana mengemas meja baru untuk New Starter dan bertanyakan secepat manakan Ibu Eiman boleh pulang ke rumah. Ibu Eiman berasa terkejut dan bertanya sebanyak dua kali akan sebab mengapa Babah bertanyakan soalan begitu. Walaubagaimanapun Ibu Eima ntidak dapat pulang awal ke rumah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Seterusnya, masa-masa Ibu Eiman dipejabat sangat lambat berlalu dan segala kerja yang dilakukan adalah serba tak kena seperti sesi mengepam susu yang selalu membuahkan paling kurang 6oz hanya memperolehi 5oz serta mengogok terus susu dari dalam kartonnya.

Setelah selesai segala kerja dan mesyuarat video dengan ibu pejabat, Ibu Eiman bergegas pulang bersama beg-beg yang telah disaratkan dengan laptop, double pek ais krim Wall's Selection, anggur merah tanpa biji dan dua set ayam goreng Popeye.

Perasaan risau yang melampau membuatkan Ibu Eiman memecut kereta Kataknya pada kadar selaju leretkan kad kredit sewaktu sales besar pasar raya. Namun begitu perasaan itu hilang serta-merta apabila Ibu Eiman melihat Eiman sedang bermain di ruang depan rumah mereka dan melemparkan senyuman paling manis Eiman kepada Ibunya.

Lege seh~
Alhamdulillah nothing bad happen.
Takder muntah, luka, lebam dan sewaktu dengannya...

6 comments:

adha said...

mujur la tak apa2... ish ish.. test power ker leh terjun ngan baik atau tak?? hahaha eiman... eiman...

Aan Andes said...

Hehe comel laaaa cara u narrate. Anyway thank God takde apa2.. my mom cakap selalu org cakap malaikat sambut. Aminnnnn :D

♥ Che NamNam ♥ said...

owhh anak-anak kalo jatuh memang merisaukann tetambah kalo jatuh kener lak tang kepala...hushhhh sekali ngan kiter berderau darah naik..

mar!ahaf!z said...

hero dagu tajam nak buat stunt tu.. :)

maryam pun ada 2-3 jatuh, sbb me tak pasan skill dia dah improved.. tau2 je "gedebuk"..

oli said...

hahahahaha...
enjoynya baca entry u!!!
apa-apa pun, mujur eiman tak ada apa-apa...

kotoko_pink said...

entry u best.. :)
kalo i, konfem wat kje sume xkena, xpon MIA la jwbnyer :P

Related Posts with Thumbnails