Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, June 17, 2010

Pasal... Beriya Masak

Salam,

Minggu ni, me tido awal. Pukul 10 dah selamat...

Sejak Isnin lepas me pujuk ZwanZwan posa Rejab sama.
Dia setuju dan nak buat hari Khamis, which is today.

Semalam lepas pergi pasar malam, kami op tanak tapau.
Me rasa nak masak jer sardin my MIL style.
ZwanZwan dengan pantas setuju.

Pukul 1am, me bangun pam susu.
Then mula masak. Tapi angin jer cili padi tader...
Lagi tambah angin bila dalam keadaan separa sedar me terlebih perah limau dan letak garam.
Kan dah masam masin. Nasib baik boiled potato blended Eiman ada. Me campak dalam tu. Masin hilang tapi masam masih ada skit lagi. Tanak nasi then tido.

Sayangnya me tak bleh fall asleep macam selalu. Maka dok melayan otak pk ni, pk tu. Plan ni, plan tu. Rasanya masuk tido pukul 2.30am, pukul 3.30++ baru lelap kot.

Set alarm tepon pukul 5 then letak TEPI bantal.
Nak jadi citer, tepon tu termasuk BAWAH bantal, dan end up me bangun dalam pukul 5.50am (jam kami dipercepatkan waktunya).

Gerak ZwanZwan minta dia senduk nasi. Me carik kuali nak goreng telur incase ZwanZwan tak selera lauk sardin. Eh, ZwanZwan tak kluar bilik lagi? Me bersangka baik... Dia dalam toilet kot. Me sendukkan nasi. Time me lepas tuang kicap kat telur, angkat masuk pinggan bawa ke meja dah azan. Bunyi azan diselang suara ZwanZwan berdengkur.

Geramnya...
Me sergah ZwanZwan. Me katalah, "Kalau tanak posa bgtau la awal-awal. Gagah saya goreng teluq kot awak tak lalu sardin sampai saya sendiri tak sempat minum sahur. Awak makan jer la nasi ngan lauk saya masak buat sarapan". Me dah moncong dah...

Mandi, solat (merajuk punya pasal, tader jemaah dah! Solat sorang jer... marah betul ni!) dan bersiap. Muka masam lagi. ZwanZwan tak terkata apa. Biar isteri dia layan perasaan dulu.

Lepas hantar Eiman me bangkitkan isu tu balik. Baru ku tahu kenapa dia tak bangun segera. ZwanZwan rasa macam dia dalam tidur dan bermimpi. Selalunya me memang tak masak nasi. Selalunya me akan gerak ZwanZwan masak nasi even pukul 2-3 pagi.

Me plak tak gerak dia bangun masak nasi sebab me tau dia tido lewat. Every Monday, Wednesday ngan Friday me bagi pelepasan untuk dia lepak bengkel sambil buat inventori kat bengkel Mamal. Man do need time to be apart from their wife sometime~

Maka, kerana sesuatu berlaku diluar kebiasaan, mengakibatkan plan yang diatur cantik turn baaaaad!

So here I am, posa sengsorang lagi...
Sedihnya ~
sob sob~

4 comments:

Nieza Ishak said...

nieza pun skrg pose sorang22 ... org tak sudi nak temankan ...

*** lauk sardin ...sedapnyaaa

Aan Andes said...

Me pun posa sorang2 :( ni la akibat tanak ganti awal2 haha. Anyway this shows how important postmortem and communication is kan..kalau tak, sampai ke sudah merajuk sorang2

dulu me awal2 kawen selalu merajuk diam2 and tanak cakap, but lelaki ni sometimes common sense kurang so tak faham why kita merajuk.Now ni faham la, kalau merajuk kena cerita the issue, baru la dia faham so akan dipujuk hehehe

Unknown said...

@Nieza - selamat berpuasa...
sedapkan sardin. tapi my bahagian me sudah gaul sama nasi bagi anak kucing makan...

@aan - ya betul. kena citer A - Z. baru depa tau citer. kalau diam, tak settle la persengketaan.

mommy anis said...

shin...

awat tulisan kecik sgt...tak brp nampak..jenuh dok jegil..

Related Posts with Thumbnails