Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, February 17, 2010

Pasal... Cuti CNY

Salam,

Jumaat pagi dan Sabtu pagi berurut di Sg Besi. Lepas tu zoom balik Melaka. Kami lalu hiway Lekas... mmg lekas pun sampai N9. Tak ada jem langsung. Singgah rumah Mak Lang ZwanZwan. Makan nasi dengan lauk rendang kambing. SEDAP! Mandi air kolah yang sejuk macam air ais even tengah hari panas then gerak ke Melaka.

Macam selalu, kalau senggah Terachi, kami akan balik Melaka melalui jalan dalam. Seronok tengok pepokok hijau... Since ada kemungkinan jem teruk, kami lalu kot jalan Seri Menanti dan jalan dalam sampai Senaling. Pemandangan memang seronok tengok kampung orang... rasa damai jer...

Sampai Merlimau rehat-rehat kejap then malam tu kami makan kat sempadan Sg. Rambai - Johor. Tempat favorite ZwanZwan makan mee bandung.

Pagi Ahad kami menerai kerusi paling mahal dalam rumah tu. My Mum beli Ogawa massage chair. Kurang seribu bleh beli my old Kancil Kooorap cash! Tengah hari pergi kenduri kawan sekolah ZwanZwan.

Sungguhpun me kenal beberapa kengkawan ZwanZwan tapi me malas nak kacau sbb tu moment ZwanZwan, so lepas makan me ngan Eiman dan Ili balik. ZwanZwan dihantar kawannya. Malu plak bila teringat betapa semaknya rumah my Mum. Adeh~ (BTW, kot ada org nak buat penggambaran filem bungalow semak berhantu, sila konteki me! :P)

Petang tu, kami gi JJ. Ramai giler orang. Kami just pergi beli hadiah utk kenduri kawin jiran then lepak J. Co donut then balik. Sampai rumah tengok makanan abih, so me masak megi chap-chap utk ZwanZwan.

Isnin... nothing special... cuma malam tu kluar makan reramai dengan Ayah Ahmad semua. Lama tak makan burung puyuh. Sedap la plak goreng garing.

Selasa... bersiap balik, nak isi air panas dalam termos, me tgk my Mum letak luar mee dan sayur. Dia tak sempat nak masak sbb dia kena gi meeting ngan Dato' manatah untuk perasmian Klinik 1Malaysia. Maka being a goos sister (:P) me pun gorenglah. Macam tak sedap, tapi ZwanZwan kata sedap... hm... Farhan tak terkata apa, sbb sekali makan separuh mee tu dia ceduk... huhuhh...

Gerak balik ikut jalan dalam, tak masuk hiway PLUS langsung...

Eiman suka sangat rumah Mama... besar dan banyak angin. Banyak benda bleh tengok... lembu, kambing, burung, pokok... Kalau turun tangga masih dalam rumah... Lepas mandi siap pakai baju dia minta dukung... jalan dari my bilik ke bilik Mama pun dah macam ujung rumah me ke ujung 1 lagi... blum lagi jalan ke balkoni...

Seronok punya pasal, Eiman banyak minum susu! Seronok kami suami isteri, cuma bila balik Shah Alam, dia macam cranky... maaf lah nak oi.... Ibu tak mampu nak beli rumah besaq macam GrandMama... so far ini jer lah yang ada...

2 comments:

Aan Andes said...

Best kan mak kita x duduk bandar, so anak kita ada kampung. Boleh merasa jalan jauh, pack baju, tgk pokok semua. Tapi time kita nnt tatau la mcm mana..kg konkrit je kut

Kuacibunge said...

Dah sehat betul heh...ni kalau koci naik kereta jauh2 sure sakit perut...anyway jaga luka caeser you elok2 nnt next baby boleh cuba bersalin normal (trial of scar)...sebab bila dah ada parut caeser nak bersalin normal ada kemungkinan scar tenderness...bahaya

Related Posts with Thumbnails