Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Sunday, January 3, 2010

Pasal... Saya Bukan Cikgu

Salam,



Cadangan Rancangan Pengajaran Seni Visual dan Muzik

Tarikh:

-

Waktu:

-

Kelas:

-

Durasi:

45 minit (untuk menghasilkan topeng)

15 minit (untuk aktiviti nyanyian)

Topik:

Muzik dan Seni Visual

Sub-topik:

Melukis, mewarna, membentuk topeng haiwan ladang

Menggayakan pergerakan dan bunyi haiwan ladang

Pengetahuan sedia ada:

Kanak-kanak telah mengenali haiwan ladang serta bunyi yang merka hasilkan

Kanak-kanak mengetahui lagu ‘Old McDonald Had A Farm’

Hasil Pembelajaran:

Diakhir pembelajaran, kanak-kanak akan:

i. Mengembangkan kreativiti menghasilkan topeng haiwan ladang

ii. Mengetahui gaya pergerakan dam memadankan bunyi yang dihasilkan haiwan ladang

Nilai-nilai murni:

  1. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan semua orang
  2. Sayangkan alam sekitar – memelihara dan memulihara kehidupan fauna untuk kesejahteraan hidup
  3. Berani mencuba – berani melakukan perkara baru untuk kebaikan diri sendiri
  4. Daya usaha – berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti

Kemahiran berfikir:

Memadankan bunyi dan pergerakan haiwan ladang dengan rupa bentuk mereka dengan topeng wajah yang dihasilkan

Menghasilkan topeng wajah haiwan

Alatan bantuan mengajar:

Radio, pita/kaset/cakera padat lagu kanak-kanak, gambar/carta gambar haiwan yang biasa terdapat diladang, kepingan kad manila yang dipotong 8, pensil warna, krayon, gunting, gelang getah, penebuk lubang

Langkah-Langkah

Kandungan

Aktiviti Mengajar dan Pembelajaran

Nota

Set induksi

(5 minit)

1. Memaparkan gambar haiwan ladang,

S1. “Anak-anak, haiwan apakah ini?” (lembu, ayam, itik dll)

S2. Selalunya haiwan ini kita boleh jumpa dimana?” (ladang/kebun)

“Bagus, sekarang, cikgu nak kamu semua pilih satu haiwan dan lukis mukanya untuk dibuat topeng muka

1. Guru mempamerkan sebuah gambar/carta mengandungi gambar-gambar haiwan yang biasanya terdapat di ladang.

2. Guru bertanya kepada kanak-kanak samada meraka kenal haiwan didalam gambar.

3. Guru membantu kanak-kanak untuk menjawap soalan yang dikemukakan.

Kemahiran berfikir:

Memperkenalkan haiwan ladang

Alat bantuan mengajar:

Gambar/carta bergambar

Nilai murni:

Sayangi alam sekitar

Ramah mesra

Langkah 1

(30 minit)

2. Mengarahkan kanak-kanak melukis wajah haiwan yang mereka pilih pada sekeping kad manila dan mewarnakannya

1. Guru membantu kanak-kanak untuk melukis wajah haiwan supaya menyerupai atau hampir menyerupai.

2. Guru memberi pendapat tentang warna yang boleh digunakan untuk mewarna wajah haiwan.

Kemahiran berfikir:

Menghasilkan topeng wajah haiwan

Alat bantuan mengajar:

Kad manila, pensil warna, krayon, gambar/carta haiwan

NIlai-nilai murni:

Ramah-mesra

Daya usaha

Langkah-Langkah

Kandungan

Aktiviti Mengajar dan Pembelajaran

Nota

Langkah 2

(15 minit)

1. Memotong keluar bentuk wajah haiwan yang telah siap diwarnakan.

2. Memasang gelang getah pada lubang ditepi topeng.

1. Guru membantu kanak-kanak menggunting bentuk wajah haiwan.

2. Guru kemudiannya membuat lubang ditepi topeng untuk mengikat gelang getah.

Kemahiran berfikir:

Menghasilkan topeng wajah haiwan

Alat bantuan mengajar:

Gunting, gelang getah

Nilai-nilai murni:

Berani mencuba

Daya usaha

Langkah 3

(5 minit)

1. Mendengarkan lagu ‘Old McDonald Had A Farm’ kepada kanak-kanak.

2. Mengajak mereka menyanyi bersama.

3. Menunjukkan gaya pergerakan haiwan serta bunyi yang mereka hasilkan.

1. Guru memasang pita/kaset/cakera padat kepada kanak-kanak.

2. Guru mengajar kanak-kanak menyebut lirik, gaya pergerakan dan bunyi haiwan dengan betul.

Alat bantuan mengajar:

Radio, pita/kaset/cakera padat

Langkah 4

(5 minit)

1. Menyanyikan semula lagu dengan semua kanak-kanak melakonkan gaya pergerakan dan bunyi haiwan.

1. Guru mengarahkan semua kanak-kanak berdiri dan bersama menari dan menyanyi.

Alat bantuan mengajar:

Radio, pita/kaset/cakera padat

Nilai-nilai murni:

Berani mencuba

Langkah-Langkah

Kandungan

Aktiviti Mengajar dan Pembelajaran

Nota

Penutup

(5 minit)

Kesimpulan

1. Kanak-kanak memakai topeng yang dihasilkan dan menyanyikan semula lagu dengan menggayakan pergerakan dan bunyi haiwan

2. Kanak-kanak memperolehi keseronokan dan dapat bersenam ringan.

1. Guru meminta kanak-kanak melakukan semula aktiviti nyanyian berserta lakonan gaya pergerakan dan bunyi.

Nilai murni:

Ramah mesra

Berani mencuba




OK tak? bleh jadi cikgu tadika tak? hahahhaha
ni sebahagian dari tugasan me sem lepas... mcm tak percaya jer bleh dapat markah tinggi.
Tapi part 'Notes' terpotong plak. tak muat kat ruang ni... hantam sajalah!

TERIMA KASIH buat Ustaz Adam dan kawannya yang bersusah payah scanned dan email kat me contoh RPH depa! Mmg mabelesss lah! lengkap betul dan meliputi semua area... WoooHooo...

BTW, my application utk tangguh exam... 'MASIH DALAM PROSES' sedang exam dah selamat dah last week! adeh~

5 comments:

::alifdalmim:: said...

eeewwww..tak suka buat Set Induksi!..

hahaha...knp ada label 'Riak'?? hehe

Unknown said...

@Adam - RIAK sbb me bgtau dpt markah tinggi... :P

Aan Andes said...

Wahh giler lengkap and so cute the content. Ehh me mcm interested pasal ur course ni and what's ur plan semua. Nnt la me ym k.

Unknown said...

Aan - if nak ambik kos ni dan ada budjet lebih better ambik kat UM...
OUM pening skit~

mar!ahaf!z said...

whoa.. sgtla detailed.. chegu aznil.. :p
my mom, cikgu tp me tak penah bother isi kandungan buku aktiviti mengajar dia.. eheheh, tp dia utk sek men.

Related Posts with Thumbnails