Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, January 19, 2010

Pasal... Gaduh Lagi!

Salam,

Lepas ZwanZwan pergi kerja, tinggallah me ngan Eiman kat rumah.

Sejam tadi dia bangun tido dan macam biasalah, nak minum. Me bagi direct... dia nyot-nyot sikit then nangis. maklumlah baby boy selera besar, semua nak laju, nak mudah... meraunglah dia sbb direct dia kena 'kerja kuat' hisap baru kluar susu. Flow susu pun tak selaju botol. Meraunglah dia lagi.

Then dia diam, lena sekejap... tak sampai 5 minit dia bangun balik. Me hulur lagi sebelah... kanan lebih mabeles dari kiri hasilnya... meleleh-leleh kluar susu dari mulut Eiman, still dia tak puas! Meraung lagi...

Me tetap paksa dia minum... tapi since suara dia pun dah serak and me takut dia kena hernia sbb teran menangis sgt, me stop...

Me cakap... "Eiman don't love Ibu more, is it? Eiman love bottle more then Ibu, right? You're making Ibu sad. You're making Ibu angry. You're making Ibu cry..."

Eiman terdiam dan pandang dan renung jer muka me. tak berkelip... me paling muka belah lain. Dia tetap pandang me...

Alahai, me tewas lagi... so me bagi jugak la 3oz susu perah kat dia.. lepas minum dia baring dan tetap pandang me dok menaip nie...

alahai anak Ibu~

4 comments:

Aan Andes said...

At least susu u byk utk perah. Me perah 1 jam baru dpt 2oz tu pun kadang2 1 1/2oz.. my baby ok direct bf, tapi lama sgt and me penat and then susu tak kuar terus pastu give up pastu kena panaskan ebm pastu kalau ebm dah abes kena bagi formula so that me can rest :(

::alifdalmim:: said...

so sweet...

tak sabar nk jumpa baby boy tuh..

Nurul Aznil said...

@Adam - mai ler...

@Aan - jgn stress... tu jer petuanya... yg lain kita buat pelan-pelan..

RUDIAH said...

semangat bila baca blog2 ibu..saya pun terpaksa memaksa arsyad minum direct. tp bak kata kak tatty, baby boy ni selera kuat..dia marah2 bila susu kuar perlahan..(tp tgh 2-3 pagi dia ok je kalu kasi direct, maybe tgh ngantuk kot!)

kadang2 sedih gak sbb TERPAKSA bg formula kat dia..susu stok kami x byk..huhu..susu stok saya prepare utk tinggalkan arsyad pada auntie utk ujung minggu jaga dia..takut kang dia merajuk xmo formula, marhaban lak saya nak lari ke selayang time kelas. huuhu

tp apapun saya still keep on trying utk bg arsyad yg terbaik..air rebus longan still minum..aritu g farmasi takde pun pil yg akak bgtau tu.last2 saya surf kat susuibu.com..and baru try beli FG..mudah2an bykla susu kitaaa..aminnnn

ps: sorry terpinjam blog ni lak. heehehe luahan perasaan ibu yg tgh berusaha utk bykkan susu

Related Posts with Thumbnails