Sabtu ni adik-beradik suka-sakat dari Penang nak mai. Dengaq-dengaq 2 van, 2 keter. Ahad kenduri kawin sepupu kat er... bangi... Depa dah booked homestay. tapi tatau la ada makanan or not.
Me tak larat nak jengjalan sgt, so tanak jadi macam dulu melilau cari kedai makan. So me dah oder nasi ayam kat La Rizz dan sikit kuih-muih from MIL. (orang Penang suka giler karipap my MIL buat) Then nnt usung lah bekas air 2, 1 utk air sejuk, 1 utk air panas... bleh bancuh kat sana la kot...
Pick up makanan pukul 4 gitu, trus pi homestay tu. Niat dihati nak tido sana, tapi sure rumah tu penuh umat... so berulang lah kot! Hm... harap Allah bagi kekuatan utk me time tu... lepas tu, nak beranak on Monday pun tak kisah dah :P
No comments:
Post a Comment