Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, November 17, 2009

Pasal... Inai Di Jari

Salam,

Tak lama lagi cuti sekolah. Secara tak langsung musim orang kawin-kawin-kawian jugak la kan?
Maka me nak perturunkan tip untuk bakal pengantin...

Tip camner nak pakai inai...

Remeh jer... hahahhaha... tapi sebenarnya, me yang kepochi ni tak puas hati tengok pengantin la ni inai depa takat merah oren jer... tak merah gelap gitu... maybe depa tak suka, maybe tak bleh dapat warna camtu...

Intro... Me mula pakai inai since darjah 1. by darjah 3 me dah bleh pakai inai sendiri. masa kawin pun me pakai inai sendiri.. hehehe... by darjah 5 me dah giling inai sendiri...

anyway... orang india kata, lagi gelap warna inai, lagi sayang MIL kat kita... hahahhah... tapi since me melayu, angguk jer la... (tapi OK what MIL sayang? kan?!)

1st step: sila potong/trim/manicure/pedicure kuku sebelum pakai inai. so senang nak tempek inai tu nanti.

2nd step: sediakan air semangkuk yang dicampur dengan jus limau kasturi/lemon/nipis

3rd step (optional - sesuai bagi mereka yang tidur ganazzz) : lekatkan salotep bawah sedikit dari line ruas hujung jari. jgn ketat sgt ye...

4th step: basahkan hujung jari dengan air limau then mulalah tempek inai. pastikan lapisan inai tak terlalu nipis atau terlalu tebal. (tapi la ni ramai sgt guna inai siap tu. few jer pakai daun inai betul)

5th step: pakai inai tu sekurang-kurangnya 1 jam. lebih takpa. jangan biar inai tu kering. titikkan air limau kat inai so that it won't dry.

6th step: bila dah cukup time, buang inai TAPI jangan basuh. lumurkan dengan minyak masak or baby oil. lap dengan tisu untuk buang sisa inai then re-apply minyak tu semula. <- inilah yang menjadikan warna inai dari oren/merah ke merah gelap!!! biar paling kurang 15 minit (for me me biar sampai esok pagi)

7th step: basuh dan sabun tangan. perhatikan warna inai anda. KOMPOM lah lagi gelap dari warna sebelum anda letak minyak... PERCAYALAH!!!

inai giling: bagi yang guna daun inai betul, tak payah campur benda-benda lain utk pekatkan warna inai. nasi, arang... semua tu me dah cuba... tader kesan pun. minyak tu yang menjadi...

inai segera: inai jenis ni susah nak dapat warna gelap macam inai giling, tapi bila tambah minyak... kira bleh la bertambah kegelapannya...

3 comments:

Aan Andes said...

Haa me tak pernah dengar tips ni. Selalunya org letak nasik la arang la. Alaa..since me tak pakai inai, nnt me try kat my sisters hehehe

Unknown said...

asslm..nk tnye..klau gne bby oil dri bbyjhnsontuh blyh ke..?

Unknown said...

baby oil johnson & johnson? minyak tu la me pakai masa kawin dulu... :)

Related Posts with Thumbnails