Salam,
Me lagi sanggup masak laksa dari goreng bihun. Cukup takut nak kacau bihun tu bagi sebati dengan rencah-rencahnya. Takut bihun hancur. Maybe sbb dari kecik dah biasa makan bihun yang panjang, sekali ceduk 1 mangkuk tersauk sekali.
3 malam lepas, tengok citer Anna Maria, Fahrin ngan Elly Mazlin berlakon kot... entah tak kenal... tapi ada part sarapan makan bihun goreng. Ya Allah! Nampak sedap sgt... So Ahad lepas bungkus bihun goreng makan kat rumah MIL. Tapi dari rupa dah tau bihun tu tak sedap, so me makan bihun goreng tu dengan kuah laksa. Sedap wooo... typical orang Penang tau la kot menu ni... :P... teringat time sekolah kat Penang dulu. Waktu rehat berebut beli bihun goreng then minta Pak Cik kantin tambah kuah laksa. Macam pelik kan? Tapi korang jgn buat muka geli-geli kalau tak pernah cuba lagi... satgi dah cuba trus jatuh cinta...
Then tak puas hati, semalam berkobar-kobar masak sendiri. Tapi rencahnya fishball jer, no udang, no sotong, no ayam, apa lagi daging. Sayur taugeh ngan kobis. Simple-simple jer...
Tapi garnishnya me letak tauhu goreng potong, telur dadar nipis dimayang halus, daun sup dan bawang, cili merah... bawang goreng jer tader... Bihun ni makan ngan cili merah potong + jus limau + sos tomato + kicap! SEDAP wa cakap lu!!! cubalah!
Selain tu, buat tauhu sumbat. Kuah pekat kali ni, syok lagi terasa bila dimakan!
Sorry tader gambo... lapaq sgt!
Apa-apa pun, me masih takut nak masak bihun goreng... :P
2 comments:
my feveret la mehun grg.. heheh
hmmm ahad lepas mkn laksa penang.. kuah sedap.. tp aksesori laksa tu failed.. da rasa makan laksa penang ulam pegaga.. ahahah
laksa penang ni sebenarnya bleh aje dimakan dengan pelbagai jenis ulam... cuma kita jer tak biasa...
Post a Comment