Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Tuesday, August 26, 2008

Pasal... Bungalow Ewan Ariff

Salam...

Ni bungalow Ewan. Still under construction. Nnt nak tambah bebatu keliling pokok bunga then tabur pasir yang kami ambil kat pulau beras basah, langkawi aritu.... Nak bubuh marble tepi-tepi tu, tapi tak jadi sbb kawasan kubur kan tanah wakah. Tak elok sgt berhias melampau-lampau. Baik guna duit dia pi sedekah kat yang memerlukan, lagi best!

Melilau me ngan Azwan ditemani Ili Nur pi cari pokok ni. Me suka bau dia, wangi dan calming. Tapi sampai la ni me tatau apa nama pokok ni. Tak berapa nampak sangat, tapi ada banyak bunga tengah nak keluar. Masa kami jumpa pokok ni, tuan kedai letak dia kat belakang kedai. Merajuk pokok tu, mabuk daun. Bila kami tanam jer kat bungalow Ewan, daun dia gugur banyak... then kluar kudup bunga.... banyak!

Ni pakcik tukang buat batu tanda salah eja. Bila masa me kawin dgn AZMAN dan dapat anak dengan encik AZMAN? Uwaaaa... tu la dulu me suka buat lawak pasal apek bertukang memalam kat kawasan kubur. ada bebudak muda melepak tegur, "apa buat apek?". apek reply "chilaker itu olang salah eja nama gua".... now kan dah kena kat anak me... kui kui kui

Di deretan bungalow-bungalow para malaikat, kawan Ewan kat syurga. Main elok-elok tau...

6 comments:

mar!ahaf!z said...

ewah conpom bungalow.. kita ni.. hmmm.. semoga hepi2 kat sana ewan.. doakan ibu n babah selalu..
kalau nak selit doakan auntie pun, alhamdulillah ... ;)

adha said...

ok la tu... tersusun jek tmptnyer.. aku ni da lama ziarah bungalow hamiza.. rindu gilak.. tp hb tak bg nak buat mcm maner.. tgu pas bersalin la baru g...

Unknown said...

maria: aah kan, dia dah kompom bungalow... kita-kita ni... tatau lagi la. takpa... sesama la kita bykkan ibadah.. insyaAllah, tak dpt bungalow, dpt apartment pun OK la... :P

adha: awak tu tgh ngandung, betul la kata encik Zul, tunggu dah bersalin, lepas hari nnt pergi la. bawa adik jumpa akak. syoknya dapat baby.

tunggu kehadiran 'me junior' 2010 nanti, insyaAllah...

madam kheyr hameed said...

dear tatty..
mak kiter kate kan..bila pohon2 merimbun atas pusara tu, maknanya pusara ewan tu akan subur+meriah dengan tasbih2 dr pokok tu. mak kiter kate lg..tiap tumbuhan tu berzikir dan bertasbih tanpa henti.alhamdulillah..banglo ewan walaupun tanpa marmar berkilat bagai, tapi tetap bersinar dgn tasbih *wink*

*enjoy reading ur stori~

SAPIAH HUSSIEN said...

Alfatihah.. anda sungguh tabah. Saya yang cengeng bangat dengan cite anda. InsyaAllah, saya doakan anda akan dikurniakan "rezeki" yang melimpah selepas ini. Amin...

Naz Nur Nhazzla said...

salam kenal mama ewan n eiman..besday arwah ewan sama dgn naz..4hb 2..nampak kat batu pusara

Related Posts with Thumbnails