Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, July 9, 2008

Pasal... Kenapa aku tak menangis?

Salam...

Sebelum ni, ingat nak buat kronologi hidup me, dari kecik sampai ke lebar begini. Tapi ...
Anyway... this is my first entry...




Kenapa Aku Tak Menangis...?

Kenapa aku tak menangis masa badan Ewan Ariff tiba-tiba lembek?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff menutup matanya kali terakhir atas pangkuan aku?
Kenapa aku tak menangis masa doktor kata semasa kami bawa Ewan Ariff masuk bilik dia, nadi Ewan dah tak ada?
Kenapa aku tak menangis masa aku nampak tubuh Ewan Ariff terbujur kaku atas katil itu?
Kenapa aku tak menangis masa aku sentuh badan Ewan Ariff yang sejuk itu?
Kenapa aku tak menangis masa aku telefon beritahu tentang Ewan Ariff kepada Mama dan Mak Mertua aku?
Kenapa aku tak menangis masa aku sms kawan-kawan dan family lain tentang Ewan Ariff?
Kenapa aku tak menangis masa tengok tubuh kaku, sejuk Ewan Ariff dibalut kain putih?
Kenapa aku tak menangis masa bawa balik Ewan Ariff ke rumah Mak?
Kenapa aku tak menangis masa drive bawa jenazah Ewan Ariff?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff diletak di tengah rumah rumah dan ramai yang datang bacakan dia Yassin?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff dibawa ke masjid untuk dimandi dan dikapankan?
Kenapa aku tak menangis masa baju yang Ewan Ariff pakai kali terakhir tu dipotong dan dia ditelanjangkan?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff dimandikan, digosok dan disabunkan?
Kenapa aku tak menangis masa aku mandikan Ewan Ariff untuk kali terakhir?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff diletakkan diatas kain putih, pakaian dia yang terakhir?
Kenapa aku tak menangis masa aku kucup 3 kali dahi Ewan Ariff sebelum balutan kain kapan ditutup?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff dibawa ke tanah perkuburan?
Kenapa aku tak menangis masa Ewan Ariff dimasukkan dalam liang lahad?
Kenapa aku tak menangis masa mereka kambus tanah untuk semadikan Ewan Ariff?
Kenapa aku tak menangis masa tinggalkan Ewan Ariff bersendirian di tanah perkuburan itu?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Mungkin kerana aku dah lama bersedia dan nantikan hari itu?
Hari untuk Allah tamatkan dugaan yang dia turunkan kepada anak aku?

Mungkin aku seorang insan yang kejam, tak berperasaan?

Mungkin aku dah lali dengan kesedihan?

Aku tak tahu. Aku tak nak tahu.

Apa yang aku tahu... Ewan Ariff sedang bergembira di syurga.

Aku tahu yang dia tahu, aku sayangkan dia dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk dia.
Nah, dia di syurga, itulah perkara paling baik yang aku mahukan untuk dia.



Ewan... buat masa sekarang, awak pergilah bermain dengan kawan-kawan. Enjoy yourself. Nanti bila Babah, Ibu nak masuk sana, insyaAllah, awak jemputlah kami... Now, awak tak payah tunggu kami lagi, awak pergilah main dulu ye...

Sayang, sayang Ewan... sayang, sayang Babah... sayang, sayang Ibu... sayang semua...

9 comments:

Pompuan Emosi said...

Tak salah kerana tidak menangis.

Yang penting, both of u had done ur best to be parents for ewan.

Mungkin dia terlalu kecil untuk memahami apa-apa, but subconciously, I believe that he was grateful to have you to from the very first day until the last.

Semuanya ada hikmah. Banyak persoalan yang kita ada, tidak terjawab, dan tercapai akal kita untuk menjawab. Hanya Dia saja yang Maha Mengetahui.

Have faith.

Hope to see both of you soon with smile on your faces.

*muah*

Siberkop said...

Apa yang lebih penting masa tu kita tunaikan fardhu kifayah. Mandikan, kapankan, kuburkan. Doakan yg sepatutnya dan beringat yg bila2 sahaja kita semua boleh dijemput.

Akak dan Azwan, apa yg saya nampak haritu, adalah keredhaan. Itulah yg terbaik dirasakan masa tu betul tak?

Redha.

MsAnak said...

Takpe, Allah lebih tau kan ape yang terbaik for us.

Be strong sis.

oli said...

banyak-banyak bersabar ya!
a very big big big hug for u,
my friend...

mommy anis said...

aznie...bukan seksaan yg ALLAH berikan pada ewan....jgn sesekali buruk sangka pada ALLAH...

tp adalah dugaan buat ibu/bapa...now dugaan dah berakhir...ALLAH dah berikan aznie n azwan yg terbaik...

now ewan my brave little boy dah aman di sisi penciptaNYA....

mar!ahaf!z said...

tatty...

when u informed me bout ewan..
me dah bertakung air mata..
me xleh buat keje..
me x pernah jumpa ewan..
ewan pun tak pernah kenal me..

tp ntahla.. me leh nangis sebab ewan..

hopefully ewan bahagia di sana..
tempat yg di idamkan semua umat manusia.. tempat itu paling terbaik untuk dia.. ewan sudah pun berada di sana.. kita belum tentu..

tp keistimewaan u n azwan, ewan pasti sudah adakan, dan ewan boleh slalu mendoakan..

al-fatihah.. utk arwah baby ewan ariff

aku said...

al-fatihah...
cukup kuat semangat awak
kalau saya x tau le...boleh ke x lagi posting entry camni


-salam perkenalan-

irasilver said...

i just can't stop my tears while reading this!!!! :( :(

Alfatihah..

Lenny said...

:((

pastuh i yg nangis!!!

you're such a strong person nurul...

i adore you for that!

Related Posts with Thumbnails