Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, July 10, 2008

Pasal... Dah Seminggu Dah...

Salam...

Hari ni, 7 hari lepas, waktu ni... Ewan Ariff masih tidur, lepas makan pukul 8 tadi... Ibu dia pun tidur lagi... hehehehe...

Pukul 9 nanti, ibu dia bangun, baring kat hall kemudian terlelap lagi depan TV...

Sejam lepas tu, ibu bangun, tengok Ewan pun dah bangun, tapi Ewan good boy, dia tak nangis, just main sorang diri dengan puting dia tu... Ibu bagi Ewan minum susu...

10.30 pagi, ibu bagi Ewan mandi. Tapi ibu takut sgt sbb tgk mata Ewan keatas macam orang kena sawan. Ibu tegakkan badan Ewan, bagi Ewan tengok botol-botol syampu dan sabun yang berwarna-warni tu. Lepas pakaikan Ewan pampers, Ibu call Babah, bagitahu Ewan pelik skit hari ni.

10.45 pagi... Ibu pun dah siap mandi. Ibu gulung Ewan dalam towel... ala yang selalu Atuk Amin buat kat Ewan tu... selalunya Ewan akan tidur... Tapi hari tu, tak pula... So Ibu pun kemas baju dalam almari sambil borak dengan Ewan...

11.30 Ibu bawa Ewan lepak depan sambil tgk TV. Ibu pakaikan Ewan baju sleeveless merah putih dengan seluar lubang-lubang warna purple lembut. Alahai, sungguh tak padan warnanya. Ibu bancuh nestum, Ewan makan 3 suap jer. Ibu buat susu coklat, Ewan tanak minum. Ibu bancuh air suam dengan madu, Ewan minum sikit jer.

12.35, Ewan dah lelap lepas Ibu pun baring sama sebelah. Ala, manjanya anak Ibu ni. "Nasib baik awak sorang jer... kalau ada adik, bergaduh la..." Ibu murmur dalam hati... ibu cari resepi nasi tomato dan ayam masak merah... Ibu ambil duit... Ibu pergi kat Ewan, Ibu kiss Ewan dan kata... "Ewan, Ibu nak pi kedai tau. Ewan tido ye... Ibu nak masak nasi tomato utk Babah balik nanti"...

Tak sampai 5 minit lepas tu, Ibu balik, tapi dari luar boleh dengar Ewan menangis. Lain sangat... Tak pernah dengar Ewan nangis macam tu. Berdebar Ibu buka pintu. Ibu campak jer barang tu dan tengok Ewan. Oh my god... Ibu baring sebelah, tepuk-tepuk Ewan. Ewan nangis jugak. Ibu dukung, Ewan nangis lagi... Ibu buai Ewan dalam dakapan Ibu, Ewan nangis jugak...

Ibu panik, Ibu dah nangis... then Ibu stop. Crying won't help! Ibu call Babah, suruh dia dengar suara Ewan menangis... Ibu suruh Babah balik sekarang jugak! Ibu terus buai Ewan, Ewan nangis lagi. Ibu suruh Ewan pegang tangan Ibu... Selalunya Ewan akan hulur tangan Ewan lembut jer, tapi hari tu Ewan just hulur tangan Ewan yang kurus dibalut kulit saja tu dan genggam tangan Ibu kuat, kuat sangat.

Ibu bawa Ewan berbaring. Ibu tepuk-tepuk buntut Ewan yang tak berisi tu lembut, macam selalu. Ewan mula gasping for air... then stop for about 4-5 seconds... then another breath... Ibu dah meraung. Ibu menangis... Habis air mata dan air hidung Ibu keluar. Basah lengan baju Ibu guna untuk kesat air-air tu... Eeeek!

"Ewan please jangan buat macam ni kat Ibu. Ibu tak kuat. Tunggulah Babah balik. Ibu sorang, Ibu tak kuat. Please..." rayu Ibu... Dan macam biasa, Ewan sebagai anak yang baik, Ewan tunggu Babah balik dalam kesukaran nak bernafas tu...

25 minit lepas Ibu call Babah... Babah sampai... Babah terus baring sebelah Ewan. Ibu sediakan mangkuk dan letak Vicks dan air panas. Maybe Ewan susah nak bernafas sbb hingus byk sgt kot. Babah dukung Ewan. Nothing. Takda hingus.

"Kita pergi hospital ye?"... Babah setuju. Ibu tukar baju. Siapkan barang nak bawa, incase kena tahan wad. Bila Ibu nak angkat Ewan, Ibu tengok hujung jari Ewan dah biru. Ibu menjerit, Ibu meraung... Ibu takut sangat... Babah marah Ibu... Babah kata "Jangan nangis dulu".

Babah bawa barang pergi kereta. Ibu dukung Ewan. Abang kedai tu hairan tengok kita terkoncoh-koncoh masuk kereta...

Ibu terlangkupkan badan Ewan, sbb Ibu tahu Ewan selesa baring macam tu. Ibu bacakan ayat kursi dan selawat kat Ewan.

Masuk jalan yang ada pokok bunga kenanga ditepi-tepi tu, Ewan meronta. Ibu dukung dan suruh Ewan nangis lagi kuat, supaya lagi banyak oksigen masuk peparu Ewan. Tiba-tiba badan Ewan lembek. Darah Ibu macam terberhenti. Ibu terlangkupkan Ewan lagi. Ibu tepuk-tepuk belakang Ewan. Then Ibu tunduk...

"Kalau Ewan kuat, Ewan stay la. Kalau Ewan dah tak larat, awak pergi la, Ibu tak kisah. Apa saja awak makan, Ibu halalkan... Tiap titik susu Ibu, Ibu halalkan. Kat sana, kirim salam kat Hamiza Izzati tau. Ibu ngan Babah ngan semua sayang awak tau..."

Sampai Poliklinik Salam, Babah buka pintu, azan Zohor baru berkumandang... "Allahuakhbar... Allahuakbar..." Ibu tengok Ewan, mata Ewan dah pejam... peacefull jer muka Ewan. Ibu meraung lagi. Ibu menangis tutup muka. Babah marah Ibu lagi. Dia kata, "Jangan nangis dulu!"...

Babah dukung Ewan masuk dalam hospital. Hujan renyai-renyai masa tu. Gerimis... Ibu keluar kereta, macam orang bodoh, "Nak masuk dalam ke, nak park keter? Tapi nak park kat mana...?" Ibu murmur.

Babah keluar dah alihkan kereta ke tepi. Kami masuk dalam. Then Babah kata, dia nak pi parking kereta elok-elok. Tinggal Ibu termanggu seorang diri. Bila Babah masuk semula, nampak misi muda, cantik, lari keluar dari bilik rawatan tu.

Lepas tu... lepas tu...

Doktor panggil Babah dan Ibu, tanya apa sebenarnya plan rawatan untuk Ewan... Kami cakaplah 'skrip' yang kami dah ulang banyak kali. Tunggu setahun + 10 kilo. Bagi UDC, bagi gamat... bla bla bla.

Doktor ajak masuk bilik... dia bgtau... Ewan dah takder nadi masak sampai situ tadi. Babah terdiam. Ibu tersentak sikit. Tapi Ibu tau, Ewan memang dah tak ada... tak ada...

Lepas tu... lepas tu...

Hari ni, dah seminggu Ewan takda. Malam tadi Ibu lena sambil sebut nama Ewan banyak kali. Tapi Ibu tak nangis sebab Babah tak bagi. Ibu tak tau bila baru Babah bagi Ibu nangis...

Ewan tak marahkan, kalau Ibu tak nangis...?

14 comments:

cik jz said...

tatty..
sayunye.
tp kami tao tatty mmg kuat.
sebak.

Our Dreams Of Life said...

tak dapat dibygkan if i were in ur shoes..xleh nangis pulak tu..sy ni mmg kene menangis kalo nak lepaskan perasaan..isk..kagum dgn aznie

adha said...

aznie.... terharunya aku... masa2 mcm tu mcm maner ko boleh teringat kat arwah anak aku? terima kasih la... skrg mereka berdua sedang bergembira.. aku tak setabah ko.. setiap kali aku teringat hamizah izzati aku pasti menangis.. setiap kali ziarah ke pusaranya, aku pasti menagis.. wpun aku tahu dia sedang bergembira di sana....

mrs hafiz said...

sedihnye...
tatty me taktau pe nak ckp..
situasi tu.. sungguh memilukan..

fara mustapha said...

Im ur silent reader sejak awal lagi....sedikit sebanyak kisah idup Tatty n Ewan menceriakan idup I sepanjang I membaca blog u...Takziah utk Tatty n Hubby...Sedihnyerrrrr....tak tau nak kata apa dah...

ellyn said...

tabanhya ko aznie...aku dah menangis dah ni...
kalu aku mesti panik gile...sabar ye aznie...arwah mesti dah jumpa hamiza kat sana kan

Aan Andes said...

Tatty! Sorry kalau me lari topic. But it is well written! And sampai kat hati me. Me ternanges sket.

Btw, me hope you both still strong and all of us know, Ewan ok kat sana.

It's ok to be sad. I hope you are doing well, without Ewan. God knows best for all of us.

lebahkenit said...

sayu sgt hati...
apa2pun, me tau ibu ewan ni seorang yg kuat... x mcm me..
tengok gambar ewan, buat me nangis...

sarahpia said...

sis...
no one can ever understand unless they've been into this situation...
dan sarah rase,if i were in your shoes,i wont be as strong as u...
ape2pun,laluinyelah dgn hati yg tabah k?
we all do miss him...

azam said...

hai dear..
x tau nak cakap apa...sebab i pun baru baca sekerat dah dah tahan, ni tengah sedaya upaya sabar utk baca perenggan berikutnya....
u take a great care ya!

Nurmala Mazlan said...

Tak tau nak cakap apa. Sedih. Dah nangis dah ni.

Ibu Ewan sabar ye.. Allah nak menguji kita. Dia takkan uji kita kalau kita tak mampu menghadapinya.Allah sayangkan Ewan.

Kita tau,tempat Ewan mmg disyurga. Dia sedang gembira dengan kawan-kawannya..

Al-Fatihah..

aNNe said...

Salam Aznie,

sy ikuti gak kisah ewan kat forum cari tp tak pernah bls apa2 pun..silent reader jer. Sedih baca kisah ewan ni..takziah utk u sekeluarga..semoga roh ewan dicucuri rahmat..Amin!

farah sr said...

al-fatihah utk ewan.. dia bahagia di sana..
tak dapat bayangkan kalu saya di tpt akak...
tabah, kuat..

NiaMubs said...

tau kiter ketinggalan..tapi not too late ..Takziah ..

but me nangis ..

Yes dia bahagia kat sana..Allah sayang kan Arwah.

Related Posts with Thumbnails