Salam,
Hari ke-3 puasa.
Ada yang dah ponteng ka?
Ada yang dah mula turun berat badan ka?
Saya puasa penuh setakat ni.
Saya maintain berat badan setakat ni.
Alhamdulillah...
Saya ada ternampak sapatah letak kat FB, dia punya perancangan menu seminggu berbuka puasa dan sahur. Idea menarik, maka saya pun ikut jugak.
Lepas balik opis semalam, saya pergi kedai dan beli segala bahan-bahan untuk masak selepas buat perancangan kat opis masa rehat tu.
Traffik dari kedai ke rumah selalunya kurang 5 minit waktu jalan biasa, 10 minit waktu balik opis tetapi semalam 30 minit adalah masa yang diambil untuk sampai rumah... pitam sekejap!
Sesampainya dirumah, rehat kejap dan buat apa yang patut. Kemudian mula memasak.
Lauk biasa jer, ayam goreng, bayam tumis air dan sambal ulek. Sambal ikan bilis baki semalam pun ada lagi.
Air milo panas dan tembikai.
Anyway, makanan tak penting sangat bulan ni, yang penting ibadah kita. Kalau boleh dan mampu, buat lah lebih dari biasa. Kalau dulu solat hujung-hujung waktu, bulan ni awal-awalkanlah... moga jadi tabiat baru kita. InsyaAllah...
Selamat Berpuasa buat semua muslim dimana sahaja berada!
No comments:
Post a Comment