Didalam memastikan objektif memiliki berat badan unggul tercapai, saya dengan ini sedang didalam program detoxify. Program ini adalah selama 7 hari dimana setiap hari menu yang perlu diambil adalah seperti berikut:
Hari 1: Buah-buahan sahaja kecuali pisang
Hari 2: Sayur-sayuran sahaja. Jika perlu dimasak, cukup dengan hanya merebus
Hari 3: Kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran
Hari 4: Terdiri dari hidangan pisang dan susu sahaja
Hari 5: Semangkuk kecil nasi hanya diwaktu pagi dan tengah hari dengan tomato sebagai hidangan sampingan (mentah atau direbus sahaja).
Hari 6: Semangkuk kecil nasi hanya diwaktu tengah hari dengan sayur-sayuran sebagai hidangan sampingan
Hari 7: Semangkuk kecil nasi hanya diwaktu tengah hari dengan sayur-sayuran sebagai hidangan sampingan ditambah dengan jus buah-buahan
*Air kosong perlu diperbanyakkan pengambilannya bagi melancarkan proses detox
Adakah program ini berkesan dan boleh dipercayai?
Mungkin! Banyak testimoni positif dari negara seberang yang boleh didapati secara atas talian.
Memandangkan saya pernah mengikuti diet ALSDII yang hanya membenarkan pengambilan protin saja, maka program diet ini bagi saya kurang 'kejam dan menyeksa' (prfffft) berbanding ALSDII (sebab ai memang suka buah also sayur tak susah nak disediakan) Cuma saya agar keberatan (memang berat pun, tu nak diet tu) dengan menu hari 4. Saya memang tidak suka pisang!!! Namun begitu, memikirkan tentang suami saya, saya redha.
Menu untuk hari ini. Buah-buah import y'oll! Satgi me nak pi cari guava plak... nyum! |
No comments:
Post a Comment