Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, July 31, 2013

Pasal... Duit Raya RM500 Pak Najib

Salam,

Semalam, first time berbuka kat kedai. Kedai tomyam tepi jalan jer.
Sampai setengah jam awal. Bagi bebudak aktif riang-ria ni makan dulu.
Tapi biasalah anak-anak cerdik ka, dengan Professor Emeritus Eiman Ariq berlari kesana melompat kesini.
Dato' Dr Elia Amira plak dengan sibuk nak panjat keluar babychair dan berdiri atas meja.
By the time berbuka ZwanZwan dan me macam Ultraman lampu berkelip-kelip. Hahhahahaha

Habis makan (more like melantak hokey!) Kekami pergi ke PKNS. Cari baju Dato' Dr Elia Amira dan Professor Emeritus Eiman Ariq. Warna biru tua untuk Professor Emeritus Eiman Ariq dan biru muda untuk Dato' Dr Elia Amira; itu pun lepas meronda keluar PKNS ke kedai seberang jalan. (BTW, deret gerai tu ada jual dodol yang depa dok kacau kat situ jugak!)

Me nak cari tudung. Biru, kuning dan beige. Tapi macam biasalah, tak terbeli. 1 sebab kedai yang jual tudung yang me berkenan, peniaganya tak ada. Tak ada here meaning dok sebok gebang, tak layan pelanggan. 2 sebab kedai lain tudung-tudungnya pendek nampak ketet. Hahhahaha.

Apa-apa pun ZwanZwan lah paling lucky sebab tetiba me TERbeli kat dia baju (sahaja) melayu warna biru tua untuk dia. Happy dia! Ni kalau mood me ok, satgi nak pi cari seluar panjang warna hitam plak.

Then ZwanZwan return favor belikan me balang kuih raya sekali dengan lampu lip-lap baru since yang lama reput dan relai lepas 2 tahun tak buka kotak. Hihihihi...

Lega dah settle yang penting-penting ni. Sabtu Ahad ni kena berkurung dalam rumah jahit langsir-langsir. Lipat baju juga masuk dalam agenda selain sental lantai toilet dan lap kekipas. Malas nak pi shopping hari minggu. Ramai umat nampak macam ulat, merumut gitu. Huhuhuhu... Ai is takut anak-anak terlepas. Nauzubillah~

Makanya, macam... nampak macam me tak akan beli tudung me sampai ke sudah! Hahahhahaha... selalu macam tu. 

Itulah kisah bagaimana saya menghabiskan duit raya Pak Najib bagi... Terima kasih.
(sebenarnya itu gaji, tapi nnt masuk duit raya tu, ganti ler - GEDIK!!!)

No comments:

Related Posts with Thumbnails