Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Wednesday, December 5, 2012

Pasal... Mem-khinzir Buta

Salam,

Semalam kena marah secara mem-khinzir buta oleh boss.

Gini, citernyer...
Cheque ada 2 keping. Ada 2 request untuk payment. 1 untuk buat TT dan 1 untuk bill tertunggak.

Me masuk opis, me tengok line internet tader. Phone tak boleh pakai. Called TM. Depa kata bukan depa punya kuasa. Call Unifi tengok dan betul la, line kena potong sebab tak bayar bill. 2 bulan. I was on the phone, my own phone for like 30 minutes try to find out what actually happen. Rupanya, Minachi sebelum me ni, minta bill dihantar ke personal email dia. Manalah me nak tau pasal bill Unifi tu. Tak ada rekod bertulis tentang akaun Unifi atau bill dalam fail langsung. Tapi me akui salah me tak tanya bos (namun begitu hati me kuat berkata, if tanya bos, dia akan pok-pek macam maknenek citer panjang tapi pointnya tak sampai jugak. Buang masa!)

So taulah masalahnya bill tak bayar. Me tulis cheque. Guna salah satu cheque yang ada berbaki 2 dalam buku tu. Tunggu boss masuk untuk sain cheque. Patutnya sebelum lunch tapi selepas lunch baru dia sampai.

Sekali dia balik, dia bising sebab tader internet. Dia marah! Dia kata dia marah sebab kena potong line ni adalah kesalahan paling utama, paling tinggi dalam senarai dia. Nasib baik me baru mula kerja, so dia marah sikit jer, katanya. 

Dia masuk bilik dan tetiba marah lagi bila tengok cheque untuk TT tak ada. Tak ingat apa dia kata, tapi marah sangat la. Me nak jer cakap, lain kali bgtau yang mana yang paling penting. Aku mana tau pririority ko macam mana. Tapi tak terucapkan. Me just buat muka juah jer. Amoi depan me pun macam tertanya apa la yang boss ni marah sangat.

Ternyatalah, boss me telah marah me mem-khinzir buta!!!



No comments:

Related Posts with Thumbnails