Warning! AKUNOI Warning!


Diingatkan, blog ni akan citer pasal me. Pasal kecomelan me, kepandaian me, kehebatan me. Akan ada entry yang menunjukkan
keriakkan me, kesombongan me, ... Segalanya about me, me, me dan me... The world does revolves around me, thingin'. Kot ada yang rasa geli-geli, meluat bila baca, me cadangkan, baik tutup jer window ni ye... Karang tak pasal-pasal korang muntah hijau plak... Anyway... pada yang tak kisah untuk muntah hijau... selamat membaca...


Thursday, November 8, 2012

Pasal... Kekecohan Nursing In Public

Salam,

Saja gedik nak tulis...

Sejak kebelakangan ni, banyak pihak macam attack/insult/misinform perihal ibu-ibu yang menyusukan anak mereka ditempat awam.
Macam dalam minggu ni saja kita ada dari TV, kemudian radio, selepas tu dari online blog.
Ramai ibu-ibu memberikan komen dan pendapat mereka mereka. Tak ketinggalan bapa-bapa yang menjadi penyokong setia penyusuan ibu ini.

Me pun salah seorang yang berkobar-kobar reply dengan penuh emosi tapi masih waras.
Then terdetik something. Bagi menghadapi masalah ini, me rasa yang perlu di-educate adalah ibu-ibu itu sendiri.

Kenapa?
Kita mulakan dari sumber itu sendiri. Ibu-ibu yang menyusukan anak mereka ditempat awam atau NIP that stand for Nursing In Public dalam bahasa omputehnyer~

Bagaimana?
Kita kena sentiasa ingat-mengingati agar para ibu ini memastikan bahagian tubuh mereka tidak terdedah semasa menyusukan anak. Pelbagai cara boleh dilakukan; poncho, nursing cover, shawl, towel, tudung kepala yang dilabuhkan, pakai baju yang besar, pakai selapis lagi baju dibawah baju (mcm singlet gitu) dan macam-macam cara lagi. Disini peranan kaum bapa amat diperlukan agar menjadi mata ke3 kepada isteri untuk memeriksa sekiranya ada  bahagian yang masih terdedah. Selain itu, perbincangan secara bersemuka, dalam forum, dalam kumpulan sokongan oleh ibu-ibu ini dengan rakan-rakan dan kenalan juga sangat baik.

Seterusnya khabarkan kepada mereka yang merasakan NIP ini sesuatu yang tidak elok, bahawa NIP adalah sebaliknya. NIP adalah sangat baik! NIP boleh dilaksanakan tidak kira waktu atau masa, oleh setiap ibu kerana ia boleh dilakukan disamping tetap menjaga kehormatan, tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada mata-mata yang memandang dan amat mudah untuk dilaksanakan. 

Sesungguhnya NIP adalah melaksanakan tanggungjawap semulajadi seorang ibu untuk seorang anak seperti yang telah dilakukan sejak wujudnya manusia di muka bumi, sebelum adanya susu formula dan botol-botol susu. NIP juga mewujudkan hubungan kasih sayang dan kekeluargaan yang lebih erat. 

Bagi para ibu dan bapa-bapa serta individu yang ingin memberi teguran terhadap mereka yang perpandangan negatif ini, tegurlah secara berilmu, waras dan dengan susunan kata yang elok serta sedap didengar. Api tidak boleh dilawan dengan api kerana ia akan menjadi lebih besar dan akhirnya memakan diri. Kita yang rugi nanti.

___________________________________

Ok, me rasa cukup takat ni. Me rasa nak pecah pewot tahan gelak tulis macam nak masuk pertandingan tulis cerpen jer ni. Apa-apa pun, para ibu yang NIP, marilah kita ber-NIP secara sopan so that tiada lagi suara-suara tak syok kedengaran. Okey~?

Me NIP-ing in Mid Valley. Tak nampak macam Elia tengah menyusu, kan? More like she's sedap punya terlentok tido gitu.

2 comments:

Hanna said...

ada pro & kontra psl isu ni..pd sy ada segelintir ibu2 yg x peka ttg tubuh bdn ms NIP membuatkan semua ibu2 NIP yg lain dicop jugak mcm tu..diorg nilah yg merosakkan nama baik berkenaan penyusuan ini..

hanya tersenyum ....

Madam Sooyaree said...

Anak dah lapar, susukan je la. Ala, orang memang suka mengata. Pakai sexy orang kata, pakai tutup orang kata. What to do, adat dunia.

Related Posts with Thumbnails